DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

28 July 2008

Anwar harap sokongan rakyat Bandar Tun Razak


CHERAS - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam menyatakan minat untuk mengambil alih kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang kini disandang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


“Saya akan bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan saya umumkan dalam beberapa hari ini. Mungkin saya akan pilih di sini (Bandar Tun Razak) dan berharap mendapat sokongan pengundi di sini. “Pasti orang UMNO di luar sana terpukul dengan kenyataan saya. Walau apa yang berlaku, saya harap sokongan anda tidak akan berbelah-bahagi dan terus-menerus menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.


Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 2,000 penyokong yang membanjiri kawasan Masjid Isaniah, Bandar Tun Razak untuk mendengar ucapan bekas Perdana Menteri itu sempena siri jelajah ke seluruh negara sejak isu meliwat timbul sebulan lalu. Kata Anwar, beliau akan mengumumkan kerusi mana yang menjadi pilihan minggu depan. Selari dengan pengumuman itu, Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat (PR) yakin akan membentuk kerajaan baru 16 September ini.


“Kita semakin hampir dengan tarikh itu dan jarak kita untuk ke Putrajaya juga semakin dekat. Saya tidak akan menghentikan perjuangan ini walaupun dipenjarakan,” katanya. Minggu lalu, Anwar dalam satu kenyataan memberitahu beliau mungkin memilih Kulim-Bandar Baharu sebagai kerusi yang bakal ditandinginya. Anwar mendedahkan beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan penyandang kerusi berkenaan, Zulkifli Noordin.


“Saya sudah berbincang dengan Zulkifli dan beliau memaklumkan bersedia untuk memberi laluan kepada saya jika pilihan raya kecil diadakan,” katanya. Mengenai nama empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang disebut-sebut akan menyertai PR, Anwar berkata, ia akan diumumkan sebaik sahaja beliau menang kerusi Parlimen pada pilihan raya kecil yang diadakan nanti. Anwar yang memperoleh ‘lampu hijau’ untuk aktif berpolitik dua bulan lalu memberitahu, beliau sudah berbincang dengan pemimpin PKR, Pas dan DAP bagi sebarang kemungkinan menghadapi pilihan raya kecil yang pengumumannya ditangguhkan oleh mahkamah sehingga 16 Ogos ini. Pada 26 April lalu, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang kalah kepada Zulkifli dengan perbezaan 5,583 undi memfailkan petisyen mendakwa Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya pilihan raya umum ke-11.


Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini menyatakan kesudiannya untuk mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar bersuara di Dewan Rakyat.


Kata Abdul Khalid, beliau tiada halangan sekiranya kawasannya menjadi pilihan atau kawasan lain yang paling sesuai dan dapat menjamin kemenangannya. Selain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne juga sedia berbuat demikian semata-mata memberi laluan kepada 'boss'nya itu.

No comments: