DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 July 2008

Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA umum keluar parti


KLANG: Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dengan alasan MCA bukan lagi satu wadah berkesan untuk membela nasib rakyat dan negara.

Dr Tan, 57, yang juga anggota jawatankuasa pusat MCA dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, memberitahu sidang akhbar di sini hari ini bahawa beliau telah memberitahu ibu pejabat parti mengenai keputusannya itu melalui satu faks yang dihantarnya pagi tadi.

Ketika ditanya parti mana yang beliau akan sertai selepas ini, katanya beliau akan mengumumkan perkara itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun apabila didesak pemberita, Dr. Tan berkata: "Mungkin Parti Keadilan (Rakyat)."
Dr. Tan berkata beliau mendapati perubahan politik dalam negara telah menyakinkannya bahawa MCA bukan lagi satu wadah yang berkesan untuk membela nasib rakyat dan negara.
Katanya amalan berpuak-puak juga menular dalam MCA yang menyebabkan berlaku pertelingkahan dalaman.

Dr Tan berkata tindakannya itu adalah bagi mengambil peluang untuk menyertai perkembangan sistem dua parti dalam arena politik negara yang telah menampakkan bibit-bibitnya selepas plihian raya umum Mac lepas.

"Kita semua akan bersetuju bahawasanya satu parti politik yang dominan tidak baik untuk demokrasi dalam negara yang berbilang kaum. Hanya sistem dua parti boleh melengkapkan keperluan 'pantau dan imbang' dalam sistem politik untuk memelihara demokrasi, kesederhanaan dan keamanan dalam negara kita," katanya.

Mengenai sama ada pengikutnya akan menyertai beliau, Tan mengingatkan mereka supaya membuat keputusan bijak dalam menentukan arah tuju politik masing-masing.

Dalam sidang media yang sama, Dr. Tan turut ditanya mengenai desas-desus bahawa tindakan beliau keluar daripada MCA ada kaitan dengan tawaran kepada beliau menjadi Yang Pertua Majlis Perbandaran Klang oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai perkara tersebut. Dr. Tan, pernah digantung perkhidmatan sebagai Timbalan Ketua Wanita selama setahun bermula Ogos 2005 oleh Majlis Presiden MCA kerana didapati bersalah mengedar rakaman video pergaduhan melibatkan ahli parti itu semasa pemilihan cawangan MCA Jalan Young di Klang pada 17 April tahun yang sama.

Walaupun dengan tindakan itu, beliau kekal memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada ketika itu.

Hukuman terhadap beliau kemudiannya dikurangkan kepada enam bulan ekoran rayuannya.
Beliau tidak mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Wanita MCA dalam pemilihan parti pada tahun yang sama disebabkan penggantungan tersebut. Dr Tan dilantik sebagai ahli jawatankuasa pusat parti selepas tamat tempoh penggantungan itu.

Nadi REFORMIS


AMK Gelang Patah

No comments: