DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

09 July 2008

SUPP-Gerakan bergabung? Masuk Pakatan Rakyat??

KUALA LUMPUR: Betulkah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan bergabung?Berdasarkan spekulasi pemerhati politik dan cakapcakap anggota keduadua parti itu berikutan rentetan peristiwa yang dilalui parti berkenaan akhirakhir ini, perkembangan ke arah itu nampaknya sedang berlaku.Bagaimanapun, pemimpin tertinggi SUPP dan Gerakan menolak andaian itu dan menegaskan bahawa perkara sedemikian tidak mungkin berlaku, walaupun keduadua pihak mempunyai hubungan erat kerana mengamalkan pendekatan politik pelbagai kaum serta sama-sama menganggotai Barisan Nasional (BN).Walaupun isu penggabungan bukan perkara baru bagi dua parti berkenaan, namun spekulasi tentang penggabungan mereka semakin hebat diperkatakan selepas Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon terbang ke Bumi Kenyalang bagi mengadakan perjumpaan dengan Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam di Kuching Isnin lepas.Chan bagaimanapun cuba mengelak timbulnya pelbagai andaian tentang perjumpaan itu apabila beliau berkata, "ia hanya pertemuan biasa antara pemimpin parti untuk bertukar pendapat dan bersantai kerana kami pun sudah lama tidak bertemu," semasa ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia selepas perjumpaan itu.Keenganan Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, menjelaskan secara panjang lebar tentang pertemuan mereka, mendorong anggota media membuat andaian bahawa kedua-dua pemimpin itu telah berbincang tentang penggabungan antara SUPP dan Gerakan.Isu penggabungan itu menarik perhatian ramai di Sarawak apabila pemerhati politik berkata kemungkinan dua parti berkenaan akan bergabung tidak boleh ditolak memandangkan SUPP dan Gerakan kini menghadapi masalah yang hampir sama.Gerakan mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, manakala SUPP pula tewas lapan kerusi pada pilihan raya negeri kesembilan pada Mei 2006."Ini mendorong mereka untuk berfikir secara mendalam dan oleh itu, kemungkinan tersebut tidak boleh diketepikan memandangkan kedua-dua parti itu berkongsi persamaan iaitu mempunyai anggota yang terdiri daripada majoriti kaum Cina dan memiliki asas kekuatan di kawasan bandar dan separa bandar," kata seorang pemerhati politik.SUPP, parti komponen BN kedua terbesar di Sarawak, bertanding bagi 19 kerusi pada pilihan raya negeri 2006 dan kalah sembilan daripadanya Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Engkilili, Maradong, Bukit Assek dan Kidurong kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Nasional Sarawak (SNAP).Pada pilihan raya umum 8 Mac, SUPP kalah satu daripada tujuh kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu kerusi Bandar Kuching.
Bagi Gerakan, pilihan raya umum 8 Mac mencatat titik hitam apabila parti itu hilang kuasa di Pulau Pinnag, yang selama ini menjadi kubu kuatnya, setelah memenangi hanya dua daripada 15 kerusi Parlimen yang ditandinginya serta empat daripada 20 kerusi Dewan Undangan Negeri.

"Inilah yang menyebabkan isu penggabungan ini timbul semula kebelakangan ini. Kedua-dua parti itu meneroka semua kemungkinan kerana mereka perlu mencari jalan untuk membolehkan mereka terus bernafas pada pilihan raya umum akan datang," kata seorang pemimpin peringkat akar umbi SUPP, yang percaya bahawa penggabungan antara kedua-dua parti itu antara langkah yang boleh memastikan kelangsungan hidup mereka."Suka atau tidak, keadaan sudah berubah. SUPP tidak boleh lagi mengehadkan pergerakannya sebagai sebuah parti Sarawak sematamata, manakala Gerakan pula tidak boleh lagi wujud sebagai sebuah parti yang memberi penekanan di Pulau Pinang sahaja," katanya.Pemimpin itu berkata beliau yakin perkembangan politik terkini di Sarawak seperti penggabungan antara Parti Rakyat Sarawak (PRs) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) serta kemungkinan entiti yang digabungkan itu menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada masa akan datang, merancakkan lagi cakap-cakap tentang penggabungan antara SUPP dan Gerakan.

Penggabungan antara PRS dan SPDP akan memberi kesan besar terhadap SUPP kerana ini bererti ia akan menjadi parti komponen BN paling kecil di Sarawak, sedangkan pada masa ini, SUPP adalah parti komponen BN kedua terbesar di negeri itu, selepas PBB.Malah, apabila diminta mengulas tentang penggabungan PRS-SPDP, Chan berkata, parti komponen BN di Sarawak sepatutya melangkah setapak lagi dengan tidak menolak kemungkinan kesemua empat parti komponen BN di negeri itu bergabung menjadi sebuah entiti suatu masa nanti."Jika boleh, kenapa tidak! Sekiranya langkah ini lebih baik bagi kami semua, maka kami patut melakukannya."Juga, kerana saya fikir, politik perkauman sudah kurang pentingnya hari ini.

Orang tidak lagi jadikan isu perkauman sebagai isu penting dan mereka menjadi semakin terbuka serta tidak merasakan bahawa politik perkauman begitu penting lagi di Malaysia sekarang, khususnya di Sarawak," kata beliau.Bagaimanapun, Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sim Kheng Hui memberi beberapa penjelasan tentang pertemuan antara Chan dan Koh Isnin lepas dengan berkata bahawa SUPP telah menjemput Koh mengadakan dialog berhubung beberapa perkara berkaitan pilihan raya umum 8 Mac lepas.Kata Sim: "Kami berbincang tentang suasana politik semasa di Sarawak, seperi sentimen rakyat dan kenapa mereka tidak berpuas hati, keputusan pilihan raya umum 8 Mac serta cara bagi menangani dan mengatasi masalah politik kami sebagai parti komponen.

"Setiausaha Pengelola SUPP, Datuk Peter Chin Fah Kui pula berkata, walaupun perkara berkaitan penggabungan keduadua parti berkenaan tidak ditimbulkan pada perjumpaan anatara Koh dan Chan, ini tidak bererti perkara itu tidak akan dibincangkan pada masa akan datang."Seperti yang anda sedia maklum, politik adalah sesuatu yang dinamik, apa saja boleh terjadi. Inilah politik. Apabila dua parti bergabung, ia menunjukkan mereka boleh bergerak seiringan. Dalam kes ini, kenapa SUPP tak boleh?", tanya beliau.Chin, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata beberapa anggota parti mengusulkan perkara itu memandangkan SUPP dan Gerakan berkongsi platform sebagai parti pelbagai kaum, walaupun setakat ini belum ada perbincangan secara serius dan rasmi tentang perkara itu dalam parti berkenaan sendiri atau dengan Gerakan.

Bagaimanapun, spekulasi tentang rundingan berkaitan penggabungan itu reda apabila Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye menafikan wujudnya perbincangan sedemikian walaupun, kata beliau, SUPP dan parti itu memang menjalin hubungan kerja yang rapat sejak sekian lama."Bagaimanapun, buat masa ini, tidak ada perbincangan tentang penggabungan," katanya.Penganalisis politik, Datuk Seah Chee Kim pula berkata, beliau percaya penggabungan Gerakan-SUPP tidak akan berlaku kerana kedua-dua parti itu amat mementingkan "status quo" masing-masing."SUPP parti sosialis. Mereka lebih mementingkan manfaat bagi rakyat Sarawak. Gerakan pula langsung tidak wujud di Sarawak. Oleh itu, amat ganjil bagaimana mereka boleh bergabung walaupun mereka berkongsi idea serupa."Lagipun, perjuangan dan struktur mereka berbeza. SUPP ada agenda berlainan.

Saya kenal pemimpin Gerakan dan SUPP. Daripada apa yang saya faham, tidak wujud idea tentang penggabungan dua parti itu. Dalam perkataan lain, perkara ini tidak akan terjadi kerana mereka mempunyai perbezaan yang terlalu banyak," katanya.Seorang penganalisis politik yang rapat dengan Gerakan, Khoo Kay Peng pula berkata, walaupun kemungkinan tentang pengabungan dua parti berkenaan tidak boleh ditolak, namun hakikat yang ada ialah SUPP dan Gerakan sukar untuk bergabung kerana langkah itu tidak akan menghasilkan sinergi."Bagi saya, penggabungan (Gerakan) dengan MCA kelihatan lebih mungkin terjadi pada masa akan datang. Walaupun keduadua pihak (SUPP dan Gerakan) menyokong pendekatan pelbagai kaum, bagi saya, gabungan MCA-Gerakan lebih mempunyai sinergi berbanding penggabungan Gerakan-SUPP," katanya.

"Sekiranya kedua-dua mereka bergabung bagi menjadi sebahagian daripada parti politik tidak berasaskan kaum yang lebih besar, maka saya bersetuju. Tapi, pada masa sekarang, penggabungan antara parti yang tidak berasaskan kaum, terutama dalam kalangan parti komponen BN, tidak mungkin berlaku. Apa lagi antara SUPP-Gerakan," katanya.

Nadi Reformis
AMK Gelang Patah

"Kerajaan yang Adil Disanjung, Kerajaan yang Zalim Dipancung "

No comments: