DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

14 July 2008

Kenyataan Media Anwar Mengenai Perintah Mahkamah dan Salahguna Undang-undang


14 Julai 2008


Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen esok.


Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen. Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.


Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut.ANWAR IBRAHIM

No comments: