DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 July 2008

Anwar tidak digari, pasukan FRU berkawal di Jalan Hang Tuan depan IPK Kuala Lumpur...




Selepas lapan jam ditahan polis, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini memberi jaminan kejadian "mata lebam" yang pernah dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis pada 1998 tidak akan berulang kali ini.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR ) itu ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat.


Sehingga 12.10 tengah malam, menurut peguamnya Sankara Nair, Anwar akan ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini. Sivarasa berkata, polis juga menolak permohonan keluarga Anwar untuk membebaskannya malam ini dan ekoran itu Anwar dijangka terus ditahan dan bermalam di IPK Kuala Lumpur.Difahamkan beliau akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok (Khamis) untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan polis meneruskan siasatan dan mendapatkan keterangan beliau berhubung kes liwat itu.


Ia merupakan kali kedua Anwar ditahan polis dalam 10 tahun dan kali kedua berhadapan dengan dakwaan meliwat - kali ini membabitkan bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23.Naib Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali berkata, jaminan itu diberikan ketika beliau menemui Abdullah di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini malam ini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati serta bimbang terhadap cara polis mengendalikan penahanan Anwar, yang juga Ketua Pakatan Rakyat.Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Azmin berkata, Perdana Menteri telah mengambil maklum terhadap kebimbangan yang beliau suarakan terhadap keselamatan Anwar yang kini berada dalam tahanan polis.


Anwar ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari tadi sekembalinya beliau dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan bagi kes liwat.Kata Azmin, dalam pertemuan itu beliau telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap beberapa perkara antaranya termasuk penahanan Anwar lebih awal daripada tempoh yang diberikan oleh polis.Azmin berkata, Abdullah telah memberikan reaksi positif dengan mendengar serta mengambil maklum segala aduannnya itu dan menambah bahawa peluang sebegini tidak beliau dapati ketika Anwar ditahan pada tahun 1998.


Azmin berkata perbincangan antara beliau dengan Perdana Menteri berjalan dalam suasana cukup baik.Dalam pada itu, setelah enam jam disoal siasat di IPK Kuala Lumpur, Anwar, 61 diiringi polis dan peguamnya, Sivarasa telah bergerak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan ujian kira-kira pukul 8.35 malam tadi.Anwar telah ditahan polis pada pukul 1.15 tengah hari berhubung dakwaan meliwat Mohd Saiful. Setibanya di HKL pada pukul 8.45 malam ini, beliau ditempatkan di Wad Diraja hospital itu. Anwar yang tidak bergari sempat melambaikan tangan kepada penyokong yang menunggunya di luar.Selepas dua jam berlalu, kira-kira pukul 10.35 malam, Anwar tiba semula ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.Seorang lagi peguam Anwar, R. Sivarasa berkata, ketika di HKL bekas Timbalan Perdana Menteri itu hanya menjalani pemeriksaan biasa dan tidak membenarkan sampel DNA diambil.


Keputusan sama ada Anwar akan ditahan reman akan diketahui sebentar lagi. Anwar sempat melambai tangan kepada wartawan dan penyokongnya. Anwar sebelum itu menaiki kenderaan empat roda bernombor plat WKP 5641.Kumpulan 500 anggota polis termasuk FRU dengan dibantu enam buah jentera anti rusuhan dilihat memperketatkan kawalan keselamatan bagi menggelak kumpulan itu yang mula berkumpul sejak 2 petang ini daripada mendekati pintu masuk utama IPK Kuala Lumpur.Setakat ini, polis menahan seorang wanita kerana mencemuh dan mencaci anggota polis yang berkawal.Polis juga dilihat dapat mengawal keadaan dan tidak mudah bertindak secara emosi walaupun beberapa kali dihasut kumpulan itu.


Selain itu, kira-kira 15 orang penyokong Anwar juga dilihat duduk sebaris di jalan raya itu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin PKR itu.Sebelum itu, Anwar yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di IPK Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan tersebut, ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.


Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA."Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.Semalam polis telah mengeluarkan waran tangkap dan mengkategorikan Anwar sebagai suspek dalam tuduhan Mohd Saiful bahawa majikannya itu telah meliwatnya beberapa kali termasuk pada 26 Jun lalu.


Kira-kira 200 penyokong Anwar pula sudah mula membanjiri kawasan berdekatan dengan IPK. Dia membuat laporan polis dua hari kemudian.Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan dakwaan seumpama itu selepas kali pertama pada 1998 dan September tahun itu juga beliau ditahan polis di rumahnya.Polis mengatakan bahawa anda (Anwar) ditahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, Anwar akan direman 24 jam," kata Sankara dan menambah, polis perlu mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah jika mahu menahan Anwar lebih daripada 24 jam.


Bagaimanapun, kata Sankara Anwar tidak digari semasa dibawa ke IPK.Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari.Beliau ditahan berhampiran dengan rumahnya di Segambut selepas pulang dari memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya yang dibuat terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pada 1 Julai lalu.Anwar keluar dari pejabat BPR pukul 12.10 tengah hari.Ketika ditemui wartawan di Putrajaya, Anwar berkata, beliau telah meminta BPR supaya proses memberi keterangan ditangguhkan kerana perlu hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat.Kata beliau:


"Oleh kerana waran tangkap sudah dikeluarkan, saya perlu berada di IPK Kuala Lumpur dengan segera."Ketika ditanya mungkin ditahan, Anwar memberitahu, beliau bersedia jika polis hendak menahannya dan BPR boleh mengambil keterangan di lokap.Wartawan mStar Online yang berada di IPK Kuala Lumpur melaporkan Anwar dibawa dalam Pajero dengan diiringi kira-kira 15 buah kereta, dipercayai dinaiki anggota polis dan peguamnya.


Surat arahan polis bertarikh 15 Julai (semalam) menyebut Anwar perlu hadir di IPK Kuala Lumpur dan menemui pegawai penyiasat Jude Pereira pada pukul 2 petang ini.Di IPK Kuala Lumpur Anwar ditemani peguam Sankara dan R. Sivarasa.Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula tiba di IPK dari Parlimen selepas dimaklumkan mengenai tangkapan Anwar.Beliau disusuli kehadiran peguam Karpal Singh yang tiba lima minit kemudian."Sekarang tidak tahu keadaan lagi. Cara polis (menangkap Anwar) ganas, akan cuba menjamin beliau secepat mungkin," kata Azizah kepada para pemberita.Selepas keluar dari IPK, Dr. Wan Azizah meminta semua orang supaya bertenang.


"Saya kecewa kerana polis bertindak sedemikian. Ini tidak diperlukan, saya kesal kerana suami saya ditangkap."Kami sudah memberi jaminan bahawa Anwar akan datang sebelum pukul 2 petang," katanya lagi.Anak Anwar, Nurul Izzah memberitahu wartawan selepas memasuki bangunan IPK kira-kira 3.30 petang bahawa bapanya telah meminta ahli keluarga dan penyokongnya supaya berdoa.Terdahulu Karpal pula memberitahu, setakat ini (sehingga pukul 2.30 petang) Anwar tidak ditahan, cuma dibawa untuk memberi keterangan kepada polis.Sama ada ditahan ataupun sebaliknya hanya akan diketahui selepas keterangan diambil, kata Karpal.Beberapa pemimpin parti pembangkang juga kelihatan berada di IPK sejak Anwar dibawa masuk.


Antara yang berada di ibu pejabat polis kontinjen itu ialah anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Tian Chua, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.Sejak lewat petang tadi, jalan menuju ke Jalan Hang Tuah ditutup dari kedua-dua arah. Pasukan FRU turut mengawal di hadapan jalan menuju ke IPKKL.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: