DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 July 2008

Anwar sambung keterangan di BPR, serah bukti

PUTRAJAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambung keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Anwar yang ditemui selepas memberikan keterangan hampir tiga jam kepada BPR berkata kehadirannya buat kali kedua dalam tempoh seminggu adalah bagi memperkemaskan hujah dan bukti mengenai dakwaan pemalsuan fakta yang dilakukan oleh Abdul Ghani dan Musa pada tahun 1998.

“Hari ini saya memberikan semua dokumen yang ada di tangan saya sebagai bukti seperti yang diminta oleh BPR,” katanya.

Beliau berpuas hati kerana BPR menjalankan proses secara profesional dengan merekod dan mencatatkan setiap keterangan yang diberikan.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keterangan yang diberikan kepada BPR, mereka merekodkan semua keterangan saya.

“Mereka (BPR) juga berpuas hati dengan kenyataan saya. Saya juga memberitahu mereka yang saya bersedia untuk kembali jika mereka masih memerlukan sebarang maklumat,” katanya yang mengesahkan proses memberi keterangan itu selesai.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta BPR menyiasat berhubung dakwaan menutup jenayah yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor (isu mata lebam), pemalsuan serta menghilangkan keterangan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) beliau yang diambil pada tahun 1998 digunakan untuk merekacipta bukti bagi mendakwanya.
Beliau hadir bersama peguamnya, R. Sivarasa kira-kira jam 9.50 pagi tadi.

Anwar memberitahu media sampel darahnya telah diambil pada tahun 1998 serta sehingga tahun 2004, sampel darahnya telah diambil sebanyak lima kali.

“Sudah tentu saya benarkan mereka mengambil sampel darah saya kerana ia adalah keperluan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan saya,” katanya.

Tambahnya lagi apa yang ingin ditunjukkan sekarang ialah kaedah yang sama telah digunakan oleh mereka yang terlibat untuk mengaibkan dirinya seperti yang didakwanya terdapat unsur khianat dalam kes 1998.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung Musa dan Abdul Ghani tidak akan terbabit dalam siasatan kes dakwaan liwat terhadapnya, beliau menghargai langkah sedemikian.

“Sama amat hargai perhatian yang diberikan Abdullah walaupun ia telah satu bulan lewat setelah proses siasatan bermula dan beberapa maklumat telah dikeluarkan,” katanya.
Namun katanya sekurang-kurangnya ia menunjukkan kedua-dua mereka tidak boleh dipercayaai untuk menguruskan kesnya.

Ditanya mengenai Pas dan Umno yang menjalankan muzakarah, beliau berkata “itu bukan satu masalah. Azizah (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin Ali pun jumpa Abdullah.”
Beliau turut mengakui bahawa kehadirannya diangap sebagai satu ancaman politik kerana kekuatan perancangan yang sedang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

“Saya percaya kami (Pakatan Rakyat) boleh lakukannya. Kami akan teruskan perancangan untuk perubahan dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Penasihat Umum Pakatan Rakyat itu juga memberitahu. semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi memaklumkan pendirian parti itu untuk bersama Pakatan Rakyat.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: