DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

06 August 2008

Usahawan Kecil Johor mulai terasa kezaliman Iskandar Malaysia


Dikirim oleh HermanSamsudeen

Rumusan berita yang dipetik dari web Shahir Abdul Samad


Pada sidang akhbar selepas majlis dialog bersama Persatuan Peniaga dan Penyewa Terminal Awam Larkin malam tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad mengakui bahawa Iskandar Malaysia sehingga kini masih belum menunjukkan manfaatnya kepada rakyat tempatan khususnya usahawan kecil yang berada dikawasan yang seluas 2,217 kilometer persegi di selatan Johor itu.


Beliau juga turut menyedari bahawa projek berkenaan hanya memberikan manfaat kepada pelabur asing yang mana tidak mustahil kawasan berkenaan akan beralih tangan kepada milikan asing.


Sehingga kini, jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia mencecah RM33 bilion iaitu kira-kira 70 peratus daripada sasaran RM47 bilion yang ditetapkan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pelaburan-pelaburan asing itu melibatkan syarikat dari Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Lebanon dalam bidang kewangan, hartanah, pelancongan serta rekreasi.


Seorang peniaga, Abu Talib Alias, 45 mahu kerajaan menetapkan dasar yang membolehkan para peniaga tempatan menyertai pembangunan di wilayah itu.


“Kita boleh nampak sekarang ini bagaimana kompleks beli-belah tumbuh bagai cendawan di Johor Bahru. Kami bimbang syarikat-syarikat besar itu akhirnya akan menelan peniaga-peniaga kecil terutama orang Melayu,” katanya.


Bagi seorang lagi peniaga, Johar Ariffin, 52, dengan ekonomi negara yang terjejas akibat kenaikan harga petrol dan diesel, projek pembangunan tersebut sewajarnya menjadi penyelamat dalam memberi peluang kepada para peniaga tempatan.


“Amat menyedihkan, kita belum nampak lagi manfaatnya Iskandar Malaysia kepada para peniaga tempatan. Saya amat berharap penjelasan dapat dibuat segera mengenai hala tuju pembangunan ini,” katanya.


Seorang lagi peniaga, Awalluden Ahmad, 38, berkata, projek Iskandar Malaysia terlalu tertumpu kepada pelaburan asing dan keadaan tersebut boleh mengakibatkan penduduk bandar raya ini, khususnya para peniaga, berasa tersisih.


“Bagi saya, cukuplah kita kehilangan Batu Putih, takkanlah kita mahu perniagaan anak-anak tempatan pula hilang,” katanya.


Melihat kepada kenyataan-kenyataan ini jelaslah pada kita bahawa projek mega di selatan Tanahair ini telah dirangka dengan menghitung nafsu buas segelintir pemimpin negara yang langsung tidak memikirkan nasib rakyat yang telah lama hidup di Wilayah berkenaan.
Ini adalah suatu perderhakaan pada rakyat Johor dan Malaysia amnya dan selayaknya pemimpin Umno yang beria-ria meluluskan projek ini meletakkan jawatan. Rakyat Johor hanya menang sorak dan kini kampung halaman mereka sedang tergadai.


Pemimpin Umno telah bersuka ria kerana rancangan mereka untuk menjual tanah berkenaan atas tiket ‘pelaburan’ telah berjaya. Untung sudah dikaut, rakyat juga yang terhimpit.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: