Saya dimaklumkan bahawa beberapa perancangan telahpun dipersetujui oleh Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Johor untuk memantapkan lagi hubungan dan semangat kerjasama antara parti komponen. Perkembangan positif ini amat2 dialu-alukan dan berharap agar ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mampu memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat Negeri Johor mampu menjadi kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang sedia ada sekarang ini.
Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor terutama Ketua2 Cabang perlu bersedia untuk menerima apa juga tanggungjawab yang diberikan. Pegawai2 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) perlu lebih kerap turun ke Cabang2, bersuai kenal dengan pimpinan peringkat cabang serta menyelami permasalahan di setiap Cabang. Masing2 perlu bersikap terbuka jika mahu melihat kemantapan Parti Keadilan Rakyat di Cabang masing2. Ketepikan segala masalah titik bengik yang mencengkam pemikiran kita selama ini. Berselisih pendapat itu perkara lumrah dalam organisasi namun yang lebih penting adalah fokus kita untuk memenangkan parti dalam PRU-13 nanti.
Persedian awal bagi menghadapi PRU-13 nanti wajar dilakukan seberapa segera kerana situasi politik dewasa ini tidak sama seperti pada PRU-12. Jika kajian dari "Merdeka Center" dijadikan rujukan, persediaan lebih rapi dan program bertemu dengan rakyat perlu diperhebatkan lagi. Kemantapan organisasi cabang perlu diperkemaskan lagi.
Pimpinan AMK Cabang perlu lebih proaktif memainkan peranan menarik golongan muda untuk bersama-sama dalam Parti Keadilan Rakyat. Program2 yang mampu menarik golongan muda perlu diadakan seperti sukan dan kebudayaan. Disamping itu juga, program2 berbentuk ilmiah juga perlu kerap diadakan bagi mendidik anak2 muda "bijak berpolitik". Jangan sampai anak2 muda beranggapan bahawa Angkatan Muda Keadilan Cabang adalah sebuah organisasi yang pasif, hanya tahu berdemontrasi. Persepsi sedemikian perlu ditangkis. Justeru setiap AJK AMK Cabang perlu memainkan peranan masing2 dan tidak meletakkan tanggungjawab itu dibahu teman2 yang lain. Walaupun kita bergerak dalam keadaan serba kekurangan namun percayalah kemuafakatan mampu menyelesaikan kekurangan itu. Jika kita bergerak dalam serba kekurangan namun mampu mengerakkan jentera politik kita dengan baik, ianya pasti akan menggerunkan pihak lawan yang serba lengkap. Lupa jawatan, lupakan niat untuk menjadi calon pada PRU-13, yang penting organisasi dan jentera politik Cabang perlu mantap serta kukuh. Jika anda benar2 komited dengan gerakerja parti, pasti satu masa nanti balasan yang baik tetap kamu perolehi.
2 comments:
Ghairahnya memperjudikan nasib dalam berjuang untuk memantapkan PKR di negeri Johor. Tahniah di ucapkan.
Tetapi sdr harus ingat, perjuangan PKR akan lebih sia-sia malah lebih mendukacitakan jika sdr cuba memantapkan pelbagai agenda dan dasar tanpa diterapkan nilai-nilai perjuangan sebenar seperti Kesedaran Cintakan Parti. Banyak yang saya dengar, PKR hanya gah pada nama tapi isinya belum tentu ada.
Kalau nak dibandingkan dengan rakan sebumbung PKR iaitu DAP dan PAS, mereka lebih berkeyakinan dan committed dalam perjuangan. Bertemu rakyat sekerap mungkin, menyelesaikan masalah rakyat sebaik mungkin dan mendekati rakyat seerat yang mungkin. Itu yang mereka lakukan selepas PRU12 untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka bukan sekadar bernyawa menjelang PRU. Tetapi mereka bernyawa dan terus bernyawa sepanjang hayat biarpun denyut nadi mereka agak perlahan menanggung siksa dan derita.
Mana hilangnya taring dan pedoman bekas-bekas calun PKR yang kononya akan berjuang mempertahankan rakyat, sanggup berkorban demi rakyat dan macam-macam lagi janji Pilihan Raya yang bermain difikiran rakyat hingga ke hari ini. Namun akhirnya Calun PKR lari membawa hati yang luka mahupun dendam tersirat akibat dari kekalahan dalam perjuangan sebelum ini.
Saya juga rakyat biasa yang hidup dalam politik, kemantapan kita bukan bergantung kepada sokongan semata-mata, tapi kemantapan, keberanian dan keikhlasan dalam perjuangan akan lebih bermakna jika HATI kita dapat menerimanya.
Teruskan perjuangan selagi terdaya...
Komen yang membina dari Pena Usang. Terima kasih atas komen anda. Insya-ALLAH akan kami jadikan panduan. Anda seorang yang berani tampil dengan cadangan dan idea bernas untuk mebina kerangka parti yang lebih kukuh dan disulami dengan elemen2 perjuangan yang hebat agar bisa dijadikan dinding perjuangan yang utuh...
Kami mengharapkan komen semacam ini.. terima kasih pena usang..
Post a Comment