Saya hanya ingin mengulas mengenai 13 Program YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Negeri Selangor. Kalau Ketua AMK Johor "cemburu" saya juga begitu. Apatah lagi Negeri Johor ini seolah-olah kurang mendapat perhatian dari Pimpinan Pusat. Dimanakah silapnya...????
Antara pemimpin PKR Pusat yang kerap ke Johor ialah Sdr. Shamsul Iskandar, Che'gu Bard, YB Amiruddin Shari, YB Nik Nazmi dan sekali sekala kedengaran Sdr. Fariz Musa, YB Noor Azan, YB Yaacob Sapari, Utz. Badrul Amin, YB Tian Chua dan YB William Leong. Terima kasih kami ucapkan namun kebanyakan pemimpin2 ini datang sekadar untuk berceramah bukan untuk berkongsi idea dan pengalaman, bagaimana cara gerakerja yang mantap bagi menumbangkan kerajaan Umno/BN di Johor ini.
YB Azmin, YB Saifuddin dan beberapa nama besar Pimpinan PKR Pusat sudah tidak kedengaran lagi suaranya di Negeri Johor. Mengapakah kami seolah-olah di anak tirikan. Apakah benar pimpinan tertinggi parti mahu menjadikan Johor ini sebagai Muzium Umno sehingga kami disini kurang mendapat perhatian.
Kami amat berharap Pimpinan Parti di Peringkat Pusat dapat memberi sedikit tumpuan dan peduli kami di Negeri Johor ini agar kami tidak rasa terpinggir. Kami juga mahukan kemenangan dan mungkin dengan pengalaman serta perkongsian idea antara pimpinan parti di peringkat pusat bersama pimpinan parti diperingkat Cabang/Negeri dapat membantu kami memantapkan lagi gerakerja bagi menumbangkan kerajaan Umno/BN di Johor ini.
"Keseriusan" semua pihak dalam usaha2 memenangkan Parti Keadilan Rakyat di Negeri Johor ini amat2lah diharapkan.
"Lawan Tetap Lawan"
No comments:
Post a Comment