DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

25 December 2008

Kenyataan Media Presiden PKR

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 19 DISEMBER 2008
Parti Keadilan Rakyat semalam telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru . Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.
Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.
Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Kami percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Tahniah kami ucapkan di atas perlantikan saudara/i sekalian.
Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah

Adikku hilang - Rabiatul Adawiyah Bt Ngah



Assalamualaikum.. .
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h)atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.

Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.

Yg m'mnta kerjasama
Hazlan Bin Ngah
07-55556562(office)

03 December 2008

JANGAN KACAU BABI LA..... BABI

6 KETUA MENTERI, 6 ADUN, BABI TETAP TERPELIHARA

Terserlahnya sikap double standard pihak kerajaan BN yang masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Kerajaan negeri sanggup menganyang khasnya orang melayu itu sendiri demi menjaga kepentingan politiknya. Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka yang hidup bergelomang dengan bau najis babi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Bayangkan seorang anak jati kelahiran di situ yang sekarang sudahpun berusia 42 tahun, penternakan babi di kawasan itu masih lagi beroperasi seusia pemuda tersebut.

Ini bermakna ternakan babi di situ sudah ada sejak sebelum pemuda itu lahir lagi. Siapa sebenarnya yang hendak masyarakat persalahkan? Penternak atau pihak-pihak yang terbabit seperti pengeluar lesen, Pejabat Tanah, Jabatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Pihak Majlis Perbandaran dan apa sahaja yang berkaitan. Apa yang pastinya agensi-agensi ini ada hubungan langsung dengan pihak kerajaan negeri. Mengapa mereka ini tidak mengambil tindakan sewajarnya dari dahulu lagi? Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok di Melaka pada tahun lepas adalah merupakan peluang terbaik kerajaan negeri untuk melaksanakan tuntutan rakyat.

Namun ianya terpaksa ditangguhkan apabila berlaku ketegangan di antara penternak dengan pihak berkuasa. Namun pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang.

Apakah maknanya semua ini yang timbul berbagai persoalan dari rakyat kenapa dan mengapa kerajaan negeri takut untuk bertindak? Kini sudah 6 Ketua Menteri Melaka dan beberapa ADUN kawasan tersebut telah bertukar tangan, namun babi di situ tetap gagah berdiri dan Melaka tetap akan terkenal lagi sebagai pengespot utama babi di Asia Tenggara. Syabas, kerajaan negeri dan bertepatan dengan slogannya Melaka Dimana Segalanya Bemula.!!
Demontrasi oleh UMNO DUN Kuala Linggi yang dibuat di Pekan Kuala Sungai Baru pada 24 November 2008, yang turut disertai perbagai pertubuhan kawasan tersebut.

KULAT: Hairan juga dengan kepimpinan kerajaan negeri Melaka ni terutama Calon Timbalan Presiden UMNOnya . Kisah babi yang belum dilaksanakan di negeri Selangor dan Kedah, bukan main kritik lagi. Tapi di negeri sendiri yang sudah wujud sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu tak dapat diselesaikannya walau 5 Ketua Menteri sudahpun bertukar tangan . Apa dah jadi dengan ADUN kawasannya?? Bagaimana dengan belanja pilihanraya?? Adakah kerajaan negeri atau YB2 kawasan ini suatu ketika dulu pernah mendapat sumbangan dari mereka?? Wallahualam.

SEDIKIT CORETAN MENGENAI REMAJA ISLAM YANG MURTAD DI MALAYSIA

Nauzubillah.... jauhkan lah anak dan cucu kita dari golongan kafir seperti ini... amin... Muslimin dan muslimat....................,

Sebarkanlah walau sepotong ayat.

Wassalam Just forwardkan utk makluman kita semua...

Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah,Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada1. Polis Bukit Aman 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas paderi Abd Ra! hman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun.En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat: 1. Tidak boleh hisap rokok, 2. Tidak boleh minum arak, 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah, 4. Tidak boleh kahwin. Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun.

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhn! ya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yg paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Keduanya, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun. Pada minggu lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dgn seorg yg berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway ! Cheras); diajar dan diKristiankan oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut diatas sekarang berada di Ulu Yam untuk pemulihan akidah.

Kalau kita semua boleh recall, pada beberapa tahun lepas, terdapat seorg paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini. Terdapat satu kes; recently; dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yg tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yg pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin ! menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dgn nama yg jelas bukan nama seorg penganut Islam. Jabatan Agama Islan dgn kerjasama Perkim telah berjaya membawa 'lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si'claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan. Di Kedah yg suatu ketika dahulu sibuk dengan Black Metal , kini terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah.

Cara mereka men'declare'kan diri mereka free-thinker adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi! unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah kambing kalau tak silap). Kemudian minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi utk mengesahkan mereka bukan lagi Islam, ada sedikit kelainan. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yg koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan.. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli yg hanyut itu. Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya sendiri.

Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an! . Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar. Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari saya; dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorg penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible . Tujuan saya bukan utk mengaibkan dia, t! etapi untuk kita jadikan sempadan. Kisah Aisyah Bukhari dan kawan saya ini mempunyai persamaan; good religious foundation but got carried away. Missionary agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu, mereka menggunakan issionary mereka dgn cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan mangsa; kurang pasti cara mereka tackle. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yg mampu atau yg sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yg berkenaan kerana bantuan yg diterima tidak mencukupi. Dgn caruh dgn adanya sumber kewangan yg kukuh. P/S:Tolonglah 'forward'kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita. Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun dakyah kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri.INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati!

INI ADALAH HANYA SEBAHAGIAN DARI KISAH REMAJA MELAYU KITA YANG MURTAD....TERDAPAT RAMAI LAGI YANG SUDAH TERPESONG AKIDAH MEREKA........

Sekarang aku mintak kawan² semua tolong fowardkan email ni pada seberapa ramai saudara² seagama kita semoga ia menjadi ikhtibar & peringatan... untuk manfaat bersama