DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

03 December 2008

JANGAN KACAU BABI LA..... BABI

6 KETUA MENTERI, 6 ADUN, BABI TETAP TERPELIHARA

Terserlahnya sikap double standard pihak kerajaan BN yang masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Kerajaan negeri sanggup menganyang khasnya orang melayu itu sendiri demi menjaga kepentingan politiknya. Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka yang hidup bergelomang dengan bau najis babi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Bayangkan seorang anak jati kelahiran di situ yang sekarang sudahpun berusia 42 tahun, penternakan babi di kawasan itu masih lagi beroperasi seusia pemuda tersebut.

Ini bermakna ternakan babi di situ sudah ada sejak sebelum pemuda itu lahir lagi. Siapa sebenarnya yang hendak masyarakat persalahkan? Penternak atau pihak-pihak yang terbabit seperti pengeluar lesen, Pejabat Tanah, Jabatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Pihak Majlis Perbandaran dan apa sahaja yang berkaitan. Apa yang pastinya agensi-agensi ini ada hubungan langsung dengan pihak kerajaan negeri. Mengapa mereka ini tidak mengambil tindakan sewajarnya dari dahulu lagi? Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok di Melaka pada tahun lepas adalah merupakan peluang terbaik kerajaan negeri untuk melaksanakan tuntutan rakyat.

Namun ianya terpaksa ditangguhkan apabila berlaku ketegangan di antara penternak dengan pihak berkuasa. Namun pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang.

Apakah maknanya semua ini yang timbul berbagai persoalan dari rakyat kenapa dan mengapa kerajaan negeri takut untuk bertindak? Kini sudah 6 Ketua Menteri Melaka dan beberapa ADUN kawasan tersebut telah bertukar tangan, namun babi di situ tetap gagah berdiri dan Melaka tetap akan terkenal lagi sebagai pengespot utama babi di Asia Tenggara. Syabas, kerajaan negeri dan bertepatan dengan slogannya Melaka Dimana Segalanya Bemula.!!
Demontrasi oleh UMNO DUN Kuala Linggi yang dibuat di Pekan Kuala Sungai Baru pada 24 November 2008, yang turut disertai perbagai pertubuhan kawasan tersebut.

KULAT: Hairan juga dengan kepimpinan kerajaan negeri Melaka ni terutama Calon Timbalan Presiden UMNOnya . Kisah babi yang belum dilaksanakan di negeri Selangor dan Kedah, bukan main kritik lagi. Tapi di negeri sendiri yang sudah wujud sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu tak dapat diselesaikannya walau 5 Ketua Menteri sudahpun bertukar tangan . Apa dah jadi dengan ADUN kawasannya?? Bagaimana dengan belanja pilihanraya?? Adakah kerajaan negeri atau YB2 kawasan ini suatu ketika dulu pernah mendapat sumbangan dari mereka?? Wallahualam.

No comments: