DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 May 2008

WANITA JIM BIDAS AHLI PARLIMEN KELUAR KENYATAAN "CHAUVINISTIC"

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Wanita Jemaah Islah Malaysia (Jim) meminta supaya ahli-ahli parlimen berhenti mengeluarkan kenyataan sinis serta gurauan berbaur 'chauvinistic' dan berat sebelah pada masa hadapan.Ketuanya, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata, ini bagi meraih rasa hormat yang tinggi di kalangan rakyat jelata yang memantau prestasi mereka sebagai wakil yang diberikan mandat oleh rakyat.
Katanya, Wanita Jim terkilan dengan pandangan dan saranan yang diutarakan Ahli Parlimen Pasir Putih, Dato' Ibrahim Ali, dalam sidang parlimen pada 23 Mei lalu yang mendakwa permasalahan rumah tangga dan keluarga berpunca daripada keengganan wanita menerima poligami.
"Menurut laporan Akhbar The Star Online 23 Mei lalu, beliau (Ibrahim) berpandangan "wanita tidak memahami keperluan suami yang masih mahukan keseronokan, terutamanya semasa wanita itu hamil selama sembilan bulan atau semasa wanita mengalami putus haid," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Jim, dekat sini hari ini.Bahkan katanya ahli perlimen berkenaan menyarankan diadakan kempen besar-besaran mendidik wanita agar menerima poligami.
Dr Harlina berkata, pendapat dangkal dan tidak berasas itu mungkin dimaksudkan sebagai gurauan dalam perbahasan di parlimen tetapi Wanita Jim melihatnya sebagai satu pandangan mengenai institusi keluarga Islam yang perlu diperbetulkan sebelum diterima pakai umum.Dalam masa sama katanya, Wanita Jim tidak sama sekali menyangkal keharusan hukum berpoligami di dalam Islam ataupun mahu menafikan hikmah yang terkandung dalam keharusan hukum tersebut.
"Realitinya hari ini menunjukkan perkahwinan poligami di kalangan umat Islam di negara ini sering kali dikaitkan dengan pelbagai isu sensasi," katanya.Ini kataya, berdasarkan kajian yang dijalankan Prof Madya Dr Leha @ Zaleha Muhamat menunjukkan 60 peratus isteri dan anak-anak terseksa dan ditinggalkan suami setelah berkahwin dengan isteri baru."Jelas terdapat ketidakadilan dan ketidakseimbangan dalam perkahwinan poligami di negara ini," dakwanya.
Beliau berkata, punca utama kegagalan rumah tangga poligami adalah kejahilan dan kurangnya sikap tanggung jawab pihak terbabit khasnya para suami."Poligami bukanlah setakat memenuhi keperluan suami yang 'still wanted to have fun," katanya. - mns

Petronas biaya Orkestra RM3.5 juta sebulan!

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Sudah pasti rakyat 'menitis' air mata dan 'terhiris hatinya apabila Petronas yang diharapkan membantu rakyat di kala krisis minyak yang melanda sekali gus membebankan kos sara hidup 'berbelanja' mewah semata-mata untuk hiburan untuk golognan elit.
Parlimen dua minggu lalu menyaksikan pendedahan Ahli Parlimen (DAP-Bagan) Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.
Menurut laporan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang diimpot malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia.
"Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat, sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang satu peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?" kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya. Kata Roslan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini dan rakyat disarankan untuk berjimat-cermat maka penjimatan yang paling utama adalah untuk menghapuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini.
"Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor orkestra ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah."Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1,200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300," Dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini!," katanya dalam blog n32blogspot.

AZALINA HALANG PELANCONG DI LIMA NEGERI MILIK PAKATAN RAKYAT

SHAH ALAM, 30 Mei (Hrkh) - UITM Shah Alam mendapat arahan daripada pihak atasan supaya tidak menerima dana daripada Kerajaan Selangor dan tidak membenarkan sebarang jemputan kepada exconya untuk menghadiri program berkenaan pelancongan.Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping dalam kenyataan medianya.
Beliau mendesak Menteri Pelancongan, Dato' Azalina Othman Said perlu mengkaji semula kewajaran pembatalan Memorandum of Understanding (MoU) terhadap lima negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.Katanya, exco pelancongan di lima negeri itu sedia berunding dengan pihak kementerian agar pelancongan di Malaysia boleh dibangunkan tanpa halangan fahaman politik."Jika Azalina benar-benar ikhlas untuk membangunkan sektor pelancongan di Malaysia semua projek tersebut perlu diteruskan demi produk dan infrastruktur pelancongan di Selangor dapat dinaikkan tarafnya," tegas beliau.
Menurut beliau, kerajaan Pusat perlu menghormati dan menerima hakikat bahawa rakyat Selangor telah memberi mandat dan amanah kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor.Disamping itu katanya, rakyat Selangor turut membayar cukai pendapatan dan taksiran kepada kerajaan Pusat oleh itu segala pembangunan dan peruntukkan yang diberikan mesti berlandaskan prinsip tanpa diskriminasi.Tambah beliau, pembatalan MoU dan melantik Adun sesama parti politik dengan Menteri Pelancongan untuk menjadi Pengerusi MTPN Selangor tanpa mengumumkan kepada pihak kerajaan negeri.
Beliau berkata, tindakan itu jelas membuktikan bahawa Kementerian Pelancongan masih mengamalkan diskriminasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.Halangan daripada Menteri Pelancongan secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan sektor pelancongan negeri Selangor telah berlaku.
"Minit bebas yang dikeluarkan oleh Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia pada 26 Mac 2008; "Adalah dimaklumkan bahawa senarai acara bagi beberapa negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan kelantan digugurkan daripada senarai acara `Signature Events'."
"Sehubungan itu pihak tuan adalah dipohon untuk tidak menyenaraikan acara berkenaan dalam Calender of Events, Laman Web secara bahan promosi dan publisiti'.
Beliau kesal dengan tindakan Azalina yang masih mengamalkan diskriminasi terhadap lima negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. - mr


Salam Reformasi
Zulkaria Ali
Angkatan Muda KeADILan Gelang Patah

30 May 2008

Kekalkan Tambang Pengangkutan Awam


in: Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa kerajaan tidak melayan permintaan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Pan Malaysia untuk menaikkan tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sebanyak 100 peratus, sebaliknya menumpukan perhatian terhadap penstrukturan semula subsidi bahan api dan lain-lain kos yang ditanggung oleh pengusaha.
AMK akur bahawa industri pengangkutan awam dan barangan merupakan salah satu nadi utama perjalanan ekonomi negara. Sebarang kepincangan yang berlaku kepada kedua-dua sektor ini mampu merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Namun, kebajikan rakyat terbanyak harus diseimbangkan dalam mengejar kemajuan ekonomi negara.
Kenaikan tambang pengangkutan awam, walaupun hanya 10 peratus cukup memberi kesan keatas golongan berpendapatan rendah yang terpaksa menggunakan kenderaan awam ini setiap hari. Kenaikan ini, ditambah dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah ini semakin tersepit. Namun dengan mengekalkan kadar tambang yang kali terakhir disemak pada awal 2005, sedangkan harga diesel telah meningkat lebih sekali ganda akan menyebabkan ramai pengusaha terpaksa melakukan penjimatan kos, sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Sebagai langkah penyelesaian, AMK mencadangkan kerajaan membantu pengusaha bas terbabit melalui Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA), yang ditubuhkan pada 2006 bertujuan untuk membantu mereka yang terbabit secara langsung oleh kenaikan harga minyak seperti bas dan teksi; bot penumpang; lori yang membawa barangan makanan serta bekalan ubat-ubatan. Melalui bantuan tersebut, diharap pihak pengusaha bas dapat mengekalkan kadar tambang serta meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Langkah tersebut dapat menarik lebih ramai penumpang, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka sehingga tahap mampu diri, tanpa mengharap bantuan dari kerajaan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, AMK turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mempengerusikan jawatankuasa khas KWAPA supaya mendedahkan kepada rakyat kemanakah wang KWAPA hasil pengurangan subsidi minyak sebanyak RM 4.4 bilion itu dibelanjakan!
Hasmuzair Hassan
Exco merangkap Timb Pengerusi Biro Hal Ehwal Kepenggunaan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Ezam sedia tanding ketua Pemuda...?


Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor berkata beliau bersedia bertanding jawatan ketua Pemuda Umno jika kedudukan tersebut mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.Bagaimanapun, katanya, kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam Umno tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.Namun, menurut laporan Bernama, Ezam berkata beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya."Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati oleh bangsa-bangsa lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam Umno ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Ezam menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai semula Umno Rabu lalu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

29 May 2008

7 bekas pemimpin AMK ikut Ezam


Tujuh orang bekas pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan (AMK), termasuk bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menurut jejak langkah bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor untuk menyertai Umno.Mereka ialah Anuar Shaari, Abdul Ghani Haron, Khairul Anuar Ramli, Ahmad Daud Che Ghani, Azwandin Hamzah, Mohd Nazmi Rosli dan S D Johari Md Yassin.Hasrat mereka itu diumumkan oleh Ezam dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya pagi tadi.Azwandin dan Abdul Ghani adalah bekas exco AMK, manakala Anuar merupakan setiausaha sulit Anwar di Kementerian Kewangan dan juga bekas ketua PKR Permatang Pauh.Nazmi pula adalah bekas setiausaha AMK Selangor dan Johari merupakan bekas setiausaha AMK pusat.Khairul Anuar pula adalah bekas ketua AMK Kedah dan Ahmad Daud pula bekas ketua AMK Perlis.Anuar dan Khairul Anuar telah menyerahkan borang keahlian mereka kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen petang ini.
Manakala yang lainnya akan menyerahkan borang keahlian masing-masing dalam masa terdekat ini.
Majlis penerangan"Saya dapat kira-kira 1,000 sistem pesanan ringkas (SMS) dengan majoriti positif apabila saya menyertai semula Umno.
"Reaksi itu termasuk dari pemimpin PKR di negeri yang diperintah oleh parti itu sendiri," kata Ezam.
Ezam berkata, beliau akan membuat penerangan ke seluruh negara untuk memberitahu ahli PKR mengenai keputusannya menyertai semula Umno.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan memaksa mereka untuk mengikut jejaknya menyertai Umno.
"Saya membuat penerangan supaya mereka dapat membuat keputusan sendiri," katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada beliau akan terus berada dalam Umno jika agendanya membawa perubahan di dalam Umno tidak berjaya, Ezam berkata, beliau tidak boleh meramalkan masa depan.
"Kita tidak tahu masa akan datang. Dalam politik ada keluar masuk. Tetapi saya bukan keluar Umno tetapi dipecat pada 1999 kerana mengkritik presiden parti ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.

Sebelum Ganti Daftar Pemilih, Rashid Perlu Letak Jawatan


in: Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang positif langkah yang ingin diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggantikan daftar pemilih yang akan melibatkan pendaftaran semula pengundi.

Pun begitu, AMK berpandangan bahawa adalah lebih wajar bagi kerajaan untuk menggantikan kepimpinan SPR sedia ada agar sebarang langkah ke arah reformasi sistem pilihanraya yang hendak diambil tidak sekadar melepaskan batuk di tangga.

Imej SPR telahpun tercalit dengan pelbagai masalah, termasuklah isu pengundi hantu, kesahihan daftar pemilih dan yang terbaru ialah pembatalan penggunaan dakwat kekal yang jelas menggambarkan kecederungan SPR menjadi salah satu komponen Barisan Nasional (BN) untuk memenangkan BN dalam pilihanraya umum.

Tidak ada sebarang masalah untuk menyokong apa jua langkah-langkah positif, malah AMK bersedia untuk menjadi pendukung kepada reformasi sistem yang hendak diambil. Tetapi reformasi sistem ini perlulah bermula dengan ‘pembersihan’ SPR daripada sebarang bentuk kepimpinan lemah dan dangkal yang tidak mampu menjamin sebarang impak positif daripada pendekatan-pendekatan yang diambil.

AMK tidak mahu pendekatan ini sekadar menjadi satu lagi ‘projek terbaru tajaan SPR dan BN’, yang akhirnya tinggal retorik murahan semata-mata.

Justeru, AMK berpendapat, untuk menggambarkan keikhlasan SPR untuk mendepani usaha membersihkan sistem pilihanraya Malaysia, ia wajar bermula dengan perletakan jawatan kepimpinan SPR, khususnya Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

Shamsul Iskandar Mohd AkinKetua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah

Operasi Risikan Antarabangsa (Episod 3)

Dalam mana-mana operasi risikan, perkara yang paling diutamakan adalah;

1. Pengumpulan Maklumat (intelligence)2. Pengagihan kawasan pemantauan (recon area)3. Penyusupan (intrusion)

Ketiga-tiga elemen diatas memang telah lama digunakan oleh pemuka-pemuka (agen asing) terutamanya dari pihak agensi risikan dan keselamatan Singapura (dengan bantuan MOSSAD Israel) yang diketahui telah dioperasikan sejak dari tahun 1985 lagi.

Bagi ketiga-tiga elemen ini, ianya amat mudah dilakukan. Apa yang diperlukan adalah sebilangan orang @ aset (pemuda/pemudi) yang telah ditanamkan dengan semangat patriotik sesuatu negara. Mereka ini perlulah mempunyai kepakaran dan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pentadbiran, perniagaan, komputer dan kejuruteraan.

Dengan mudahnya pihak yang berkepentingan boleh menyediakan “aset” ini dan kemudiannya diarahkan untuk memasuki beberapa organisasi yang penting seperti syarikat telekomunikasi, perbankan, agensi kerajaan dan sebagainya.

Untuk memudahkan anda memahami operasi risikan ini, kita boleh ambil contoh sebuah negara yang bersempadan dengan Malaysia yang telah lama membuat risikan didalam Malaysia. Negara ini adalah negara Singapura.

Pada tahun 1975, telah wujud satu arahan didalam Kerajaan Singapura untuk mengetahui segala maklumat yang penting mengenai Malaysia supaya mereka boleh bersedia “selangkah awal” berbanding Malaysia. Dengan ujudnya beberapa kepentingan yang perlu bagi Singapura, maka mereka telah menyediakan beberapa pelan untuk melakukan operasi risikan terhadap Malaysia.
Beberapa aset (mole) telah dikenalpasti oleh pihak Singapura lalu mereka menyediakan satu pelan tindakan yang cukup teratur dengan meletakkan beberapa aset utama mereka dibeberapa syarikat utama termasuklah didalam GLC di Malaysia pada awal tahun 1980′an.

Aset-aset utama ini kemudiannya telah melatih beberapa lagi aset tambahan yang kemudiannya diserapkan didalam beberapa agensi Kerajaan. Kebanyakan aset-aset tambahan ini belum lagi diaktifkan sepenuhnya melainkan cuma membuat pengumpulan maklumat dan skop pemantauan.

Walaupun pihak agensi keselamatan tempatan (Malaysian Special Branch) dan Biro Siasatan Negara (BSN) telah berusaha sedaya upaya mereka untuk mengenalpasti dan menahan aset-aset Singapura yang berada didalam pelbagai organisasi didalam Malaysia, namun ianya masih jauh lagi daripada selesai. Malah terdapat pula beberapa halangan dari beberapa pihak yang berkepentingan di Malaysia yang selalu menggagalkan usaha SB dan BSN.

Apa yang pasti, aset-aset asing ini berkemampuan untuk melakukan serangan pemula (PreEmptive Strike) dengan cara memusnahkan kemampuan dalaman negara seperti perkhidmatan utiliti (air/elektrik/telefon), perbankan serta keselamatan. Ini telah pernah dibuktikan dalam beberapa insiden peperangan yang telah berlaku seperti didalam Perang Enam Hari (Israel dan Mesir), Perang Dunia Kedua (Jepun dan British di Malaya) dan sebagainya.

Teknik yang sama juga boleh berlaku di Malaysia jika berlakukan perperangan diantara kedua negara (Singapura dan Malaysia). Setakat kajian yang telah pernah dibuat oleh pihak ketiga, kemampuan Malaysia untuk bertahan daripada serangan Singapura (jika berlakunya perperangan) hanyalah selama 3 hari sahaja. Namun ianya boleh menjadi lebih lama jika Malaysia mampu menggerakkan semua unit sedia ada untuk melakukan serangan balas secara gerila.

Adalah lebih baik sekiranya Malaysia juga telah berjaya melaksanakan ketiga-tiga elemen diatas didalam beberapa negara yang dikenalpasti mampu (sedia) untuk bertelagah dengan Malaysia. Kepentingan meletakkan aset-aset utama dan tambahan didalam mana-mana negara yang boleh mengancam Malaysia adalah paling utama dan perlu dilakukan dengan pantas dan bersepadu.

Semua agensi risikan dan keselamatan tempatan perlulah siap siaga dan melakukan apa yang patut untuk memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terjamin. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang selalu dikunjungi dan dijadikan lokasi pertemuan serta pertukaran maklumat kebanyakan agensi risikan antarabangsa terutamanya MOSSAD, AMAN, ASIO, NSA, CIA, FSB, MI6, MSS, DGSE, IB, BIN, SID, ISD, NIA, GRU dan SVR.

Oleh yang demikian satu pemantauan menyeluruh perlulah senantiasa dilakukan untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan Malaysia menjadi keutamaan. Malaysia pula menyediakan pelan tindakan dan juga menyediakan aset-aset yang boleh diserapkan dan diaturgerak dengan cepat dan tepat. Jabatan Risikan Persekutuan (FID) perlu memanfaatkan aset-aset muda yang patrioktik kepada Malaysia dengan segera.

Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah

(Ezam)Kotakan Janji.



KOTAKAN JANJI
minggu lepas, pada pagi 22 May 2008, aku baca satu berita di Malaysiakini yang bertajuk "Umno: Ezam sahkan minggu depan". dalam berita tersebut ada mengupas cerita mengenai desas desus yang mengatakan saudara Ezam akan kembali menyertai Umno. dan dalam berita tersebut menerangkan bahawasanya Ezam akan membuat kenyataannya mengenai perkara ini sekembalinya beliau dari luar negara nanti. kata Ezam, hari Selasa minggu ini dia akan kembali ke Malaysia. maksudnya, pada minggu ini beliau akan membuat kenyataan rasminya.dalam tidak percaya bahawa Ezam akan kembali menyertai Umno, hati kecil berasa tidak selesa dengan perkara tersebut. benarkah Ezam akan masuk Umno? pada sebelah malam 22 May 2008, aku mengutus satu sms kepada Ezam yang berbunyi:"assalamualaikum bang. apa kabar? :). straight to da point ya. saya harap cerita mengenai abang akan kembali menyertai umno adalah TIDAK BENAR. dan semoga abang terus berjuang dengan GERAK. amin..."walaupun aku tahu Ezam berada di luar negara, dan mungkin tidak akan menerima sms yang aku kirim, tapi aku tetap kirim. sekadar menyedapkan hati yang gundah.ada beberapa kawan aku sms aku bertanyakan kabar mengenai perkara ini kepada aku. dan aku cuma jawab, ianya mungkin gosip murahan politik. dalam masa yang sama, aku bertanyakan kesahihan berita ini dengan kawan-kawan aku yang boleh dipercayai sumbernya.dan mereka berkata, berita Ezam masuk Umno semula bukan lagi gosip, tetapi kenyataan. walaupun mendapat berita dari sumber yang boleh dipercayai, aku masih tetap cool. dan masih menunggu jawapan yang pasti dari mulut Ezam sendiri.subuh pagi tadi, 26 May 2008, aku membaca sms dari Ezam yang di utus pada jam 2 pagi."salam.. saya kena kotakan janji kalau BPR bebas mesti sedia bantu.. jesteru saya masuk untuk terus lawan.. tk. wslm." - Ezamsms ringkas tersebut sedikit mengecewakan aku. apapun, aku tetap disini.

Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah

26 May 2008

Tahniah untuk semua AMK


Assalamualikum wbt,
Saya nak ucapkan tahniah khususnya kepada AMK Gelang Patah dan AMK Johor secara amnya atas usaha yang telah dilaksanakan.Semoga ini merupakan 'booster' kepada gerakan AMK Johor yang lebih besar dimasa-masa akan datang. Doa saya agar kalian terus berjaya dan commited dalam usaha menegakkan keadilan khususnya di bumi Johor ini.Ameen.

Salam,
-Dr.Z- dr_zaliha@yahoo.com

Siasat Segera Mahathir & 5 Dalang






Angkatan Muda Keadilan Malaysia hari ini telah membuat laporan polis terhadap individu-individu berikut:
1. Dr. Mahathir Mohamad2. Tengku Adnan Tengku Mansor3. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim4. Eusoff Chin5. Vincent Tan6. V.K. Lingam
Laporan ini dibuat berdasarkan kepada laporan Suruhanjaya Siasatan Klip Video Lingam yang telah menyatakan bahawa individu-individu di atas terlibat di dalam mengatur perlantikan hakim-hakim kanan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa terdapat cukup sebab untuk mengambil tindakan di bawah beberapa peruntukan undang-undang terhadap sebahagian daripada mereka.
Laporan polis ini bertujuan untuk membolehkan Polis DiRaja Malaysia membuka kertas siasatan dan menyiasat segera individu-individu terlibat, seterusnya mengemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Siasatan mesti dimulakan segera tanpa bertangguh bagi memulihkan keyakinan rakyat dan dunia terhadap sistem kehakiman negara yang merosot teruk sejak kebelakangan ini. Sekiranya terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa mereka di mahkamah, ia perlu segera dilakukan. Proses perbicaraan akan membolehkan tahap sebenar barah di dalam sistem kehakiman ini dikenalpasti dan tindakan-tindakan perlu diambil untuk menghentikannya dan memulihkan nama baik sistem kehakiman. Sekiranya individu-individu tersebut tidak bersalah, maka proses siasatan dan perbicaraan yang adil akan dapat membersihkan nama mereka.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa pihak polis dan Peguam Negara bertindak tanpa rasa gentar atau pilih kasih di dalam menangani kes ini. Meskipun individu-individu yang terlibat berkedudukan tinggi, keadilan mesti dilihat oleh rakyat telah dilaksanakan terhadap semua orang secara adil.Harapan Baru Untuk Malaysia
Shamsul Iskandar Mohamad AkinKetua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

LAPORAN POLIS VIDEO KLIP V.K LINGAM PADA 25/05/2008 DI IPK JOHOR






Salam Reformasi...

Tanggal 25 Mei 2008 adalah satu tarikh yang tak dapat dilupakan oleh semua anak muda Johor. Di mana mereka yang diwakili oleh AMK Negeri Johor sama-sama berkumpul dalam menyuarakan perjuangan menegakkan keadilan terhadap sistem kehakiman negara ini.

Kumpulan ini diketuai oleh Sdr. Mohamad Nazri B. Hj Ismail selaku Setiausaha AMK Negeri Johor tampil dengan satu Laporan Polis supaya menyiasat segera ke atas 6 individu (Klip Video Lingam) yang disabitkan dengan salahlaku bidang kehakiman seperti yang disimpulkan oleh laporann Suruhanjaya Di Raja. Laporan Polis tersebut telah di buat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor selepas laporan polis di buat oleh Ketua AMK Malaysia Sdr Shamsul Iskandar pada 24/05/2008. Susulan daripada laporan yang sama juga dibuat di semua balai polis utama seluruh negara pada semalam 25/05/2008, pukul 1.00 tengahari.

Pengirim mengucapkan tahniah dan berasa bangga di atas kehadiran saudara semua yang mewakili AMK bahagian masing-masing seperti AMK Sri Gading, AMK Pasir Gudang, AMK Tebrau dan AMK bahagian lain-lain. AMK Gelang Patah telah menghantar kontinjen teramai sekali yang di ketuai oleh Sdr. Azlan Ishak selaku Ketua AMK Gelang Patah.

Syabas anak muda di atas keberanian anda..

Di sini disertakan salinan Report Polis, Kenyataan Media dan gambar-gambar untuk tatapan anda.

Di harap sesiapa yang mempunyai koleksi gambar pada 25/05/08 bolehlah berkongsi dengan pengirim ataupun terus kepada Setiausaha AMK Negeri Sdr. Mohamad Nazri di alamat email http://my.f760.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=setiausaha.amkjohor@yahoo.com

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

Sekian. Terima Kasih

Ahmad Nazree Mohamad
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah