DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 May 2008

WANITA JIM BIDAS AHLI PARLIMEN KELUAR KENYATAAN "CHAUVINISTIC"

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Wanita Jemaah Islah Malaysia (Jim) meminta supaya ahli-ahli parlimen berhenti mengeluarkan kenyataan sinis serta gurauan berbaur 'chauvinistic' dan berat sebelah pada masa hadapan.Ketuanya, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata, ini bagi meraih rasa hormat yang tinggi di kalangan rakyat jelata yang memantau prestasi mereka sebagai wakil yang diberikan mandat oleh rakyat.
Katanya, Wanita Jim terkilan dengan pandangan dan saranan yang diutarakan Ahli Parlimen Pasir Putih, Dato' Ibrahim Ali, dalam sidang parlimen pada 23 Mei lalu yang mendakwa permasalahan rumah tangga dan keluarga berpunca daripada keengganan wanita menerima poligami.
"Menurut laporan Akhbar The Star Online 23 Mei lalu, beliau (Ibrahim) berpandangan "wanita tidak memahami keperluan suami yang masih mahukan keseronokan, terutamanya semasa wanita itu hamil selama sembilan bulan atau semasa wanita mengalami putus haid," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Jim, dekat sini hari ini.Bahkan katanya ahli perlimen berkenaan menyarankan diadakan kempen besar-besaran mendidik wanita agar menerima poligami.
Dr Harlina berkata, pendapat dangkal dan tidak berasas itu mungkin dimaksudkan sebagai gurauan dalam perbahasan di parlimen tetapi Wanita Jim melihatnya sebagai satu pandangan mengenai institusi keluarga Islam yang perlu diperbetulkan sebelum diterima pakai umum.Dalam masa sama katanya, Wanita Jim tidak sama sekali menyangkal keharusan hukum berpoligami di dalam Islam ataupun mahu menafikan hikmah yang terkandung dalam keharusan hukum tersebut.
"Realitinya hari ini menunjukkan perkahwinan poligami di kalangan umat Islam di negara ini sering kali dikaitkan dengan pelbagai isu sensasi," katanya.Ini kataya, berdasarkan kajian yang dijalankan Prof Madya Dr Leha @ Zaleha Muhamat menunjukkan 60 peratus isteri dan anak-anak terseksa dan ditinggalkan suami setelah berkahwin dengan isteri baru."Jelas terdapat ketidakadilan dan ketidakseimbangan dalam perkahwinan poligami di negara ini," dakwanya.
Beliau berkata, punca utama kegagalan rumah tangga poligami adalah kejahilan dan kurangnya sikap tanggung jawab pihak terbabit khasnya para suami."Poligami bukanlah setakat memenuhi keperluan suami yang 'still wanted to have fun," katanya. - mns

1 comment:

Anonymous said...

Minta AMK Gelang Patah bincang kan isu pasal saranan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam M'sia (PKPIM) yang mahukan pakaian seragam murid sekolah perempuan dirombak semula.