DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

03 June 2008

Tindakan Ezam seperti 'katak' - Mahathir

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Mohamad Ezam Mohd Nor yang melompat masuk ke dalam Umno seperti 'katak'.
Beliau berkata tidak mustahil tindakan Mohamad Ezam keluar masuk parti akan berulang kerana beliau pernah keluar Umno dan menyertai KeADILan dan kini keluar KeADILan dan menganggotai Umno semula.Dr Mahathir berkata demikian pada program Suntikan Semangat Satria di sebuah hotel, Petaling Jaya pagi tadi. Program itu antara lain menumpukan perkara berkaitan pembangunan semangat golongan Melayu selain permasalahan yang dihadapi Umno kini.
Program itu turut dihadiri Exco Pemuda Umno Dato' Sazmi Miah, anggota Parlimen Pasir Mas Dato' Ibrahim Ali dan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Dato' Ruhanie Ahmad.Mengenai anaknya, Dato' Mukhriz, yang kini dilihat semakin lantang bersuara, Dr Mahathir berkata: "Kalau dahulu ahli politik boleh mengkritik, kenapa sekarang tidak boleh?".
Beliau juga enggan mengulas panjang kenyataan Menteri Belia dan Sukan Dato' Ismail Sabri Yaakob yang menggesa seorang lagi anaknya, Dato' Mokhzani supaya meletak jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC)."Kalau saya di tempatnya (Mokhzani), saya tidak akan meletak jawatan. Saya akan melepaskan jawatan sekiranya saya nak berbuat begitu, tanpa paksaan kerana saya lebih suka 'ditendang'," katanya. - mks

KATAK KATAK KATAK KATAK KATAK KATAK KATAK KATAK KATAK

Salam Reformasi
Zulkaria Ali
Angkatan Muda KeADILan
Gelang Patah

No comments: