YB KHAIRI JAMALUDIN "BEBAN" DAN "PARASIT" DALAM UMNO DAN BN
Tarikh : Monday, June 16 @ 08:55:24 MYTOleh mohdnoorawang
Tarikh : Monday, June 16 @ 08:55:24 MYTOleh mohdnoorawang
Terima kaseh, YB, KJ dan menantu perdana menteri Malaysia Datuk Sri Abdullah Badawi. menyuarakan kepada kerajaan, PETRONAS perlu mengemukan untungrugi dan segala projek pelaburan serta lain-lain aktivi minyak ke parlimen ( kata mudah faham bagi rakyat bawahan) dalam buliten slot berita tv milik swasta (semalam). Mengapa YB KJ membuat kenyataan selepas persidangan dewan rakyat?. Adakah ayandanya yang menjadi menteri perdana dan menteri kewangan tidak memperolehi secara detail atau laporan kewangan dan aktivi pelabuaran minyak Petronas diluar dan didalam negeri?
Kita rakyat umum tahu dan mengerti Petronas terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri dan ayah mertua YB. KJ orang yang paling hampir dengan pengerusi dan pegawai eksekutif Petronas. Tidak masuk akal seorang Perdana Menteri tidak tahu gerakkerja dan akitiviti pelaburan Petronas.Dan YB. KJ juga memberi idea asas kepada perdana menteri bentuk dan cara menberi "subsidi" dalam kemelut minyak naik harga yang diumumkan Perdana Menteri. Untuk pengentahuan YB.KJ. pehak pembangkang telah lama menyuarakan segala bentuk pelaburan dan pendapatan hasil minyak Petronas perlu diletak bawah bidang kuasa parlimen untuk dibahas dan disemak supaya semua rakyat mendapat maklumat. Semua usul yang dikemukan oleh wakil rakyat pembakang ditolak "hidup-hidup" oleh dewan.Idea yang dilontarkan oleh YB,KJ ada sesuatu permainan politik peribadi.
Ada cakap-cakap dengar YB. KJ akan bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan akan datang . Dari sifir politik (kajian dan ramalan politik) Ketua Pemuda Umno Malaysia akan berentap tiga penjuru . Dimana dari sifir politik orang paling "layak" bertanding jawatan tersebut ialah Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Khir Toyo dan YB, KJ .Jika betul ramalan sifir politik YB KJ perlu menunjukkan jagoan dalam membela dan mencari isu untuk dijadikan publisiti diri. Jadi isu hari ialah isu minyak Petronas yang mana musuh Perdana Menteri menjadi Penasihat Petronas dan kebetulan anak Tun Mahathir akan bertanding ketua pemuda UMNO Malaysia. YB.
KJ cuba membersih dan membina imej yang amat tercelar sebelum dan selepas PRU12 yang lalu. Dan semua penyokong umno dan pemimpin peringakat bawahan dan teringgi (cawangan dan bahagian) dan semua penganalisa politik yang berparti dan tidak berparti dilebelkan YB,KJ. "beban" hidup dan "prasit" yang merbahaya. Betul atau tidak itu hanya analisa masing-masing. Jika PRU12 yang lalu barisan nasional menang besar saya rasa semua penganalisa politik dan media yang pro kerajaan akan memberi pujian yang tertinggi kepada YB.KJ. kesian juga pada YB.KJ.Semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Penasihat Petronas dan orang yang paling lantang menegur Datuk Seri Abdullah Badawi. Jadi YB.KJ mengambil kesempatan melontarkan idea supaya Petronas dan segala aktivinya perlu dibentang ke parlimen.
Saolah-olah ingin menterjemahkan dan ingin membongkar kelemahan Tun Mahathir (jika ada).Idea YB.KJ adalan cerita lama. Orang yang menolak isu Petronas untuk di letakakan dibawah selian Parlimen Malaysia, Tun Mahathir dan Datuk Seri Abdulaah Badawi sendiri malah kabinet kerajaan Barisan Nasional.Keputusan YB.KJ kurang cerdik mencari isu untuk membina imej diri dari lebelkan "beban" dan "prasit" dalam UMNO. Secara peribadi saya, YB,KJ ada peluang yang cerah untuk menang dalam tanding ketua pemuda umno Malaysia nanti, kerana ayah mertuanya Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Badawi akan melepas jawatan secara "tersusun" dan "teratur" .Dikatakan "pindah kuasa", siapa dapat kuasa belum tahu lagi. Mungkin Datuk Najid? , mungkin Tengku Razaliegh? . Semaunya kebarangkalian, tapi dalam politik kebarangkalian adalah aset penting dalam penetuan. Dengan itu peluang Pakatan Rakyat, Khasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai talian hayat dan tempuh masa dua bualan dari sekarang. Jika dalam tempuh atau "edah" tersebut gagal "diijabkabul". maka tiada berlaku "pernikahan".
Kita lihat dengan mata dengar dengan telinga, Pangkah dengan tangan dan hati menentukan, Jika Barisan Nasonal khasnya UMNO berada dalam kemelut sekarang PRU13 nanti berlaku Taufan Nangis peristiwa NIBIRU akan menyerang dan melanda Planet Barisan Nasional.
Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
wartawan masa kini..
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah
No comments:
Post a Comment