Saban waktu, semakin banyak panggilan telefon dan email yang saya terima berkenaan kenaikan harga minyak ini.Yang paling saya terharu ialah apabila ada rakyat Kuantan berkata yang mereka ‘termangu’ macam orang bodoh, tak tahu nak buat apa, sebab kenaikan harga minyak ini memang akan meninggalkan kesan mendalam di dalam banyak aspek kehidupan orang ramai. Ada juga yang berkata sudah takut keluar malam kerana kadar jenayah dianggarkan akan meningkat dek kerana kesempitan hidup yang akan dilalui dengan kenaikan harga minyak dan seterusnya kenaikan harga barang nanti. Sebenarnya, walaupun harga minyak sedunia naik, harga minyak dalam negara ini masih boleh dikawal. Ianya boleh dilakukan sekiranya ada pemikiran yang mendahulukan kepentingan rakyat dipihak kerajaan pemerintah.Di antara perkara yang ingin saya tegaskan.:-
. Negara kita adalah pengeksport minyak di mana kualiti minyak yang kita eksport adalah berkualiti tinggi, dan negara kita membuat keuntungan dari penjualan minyak yang mahal harganya di peringkat dunia kini. Kita import pula minyak yang kurang kualiti untuk kegunaan seharian rakyat Malaysia. Tentu sekali keuntungan melebihi dari aktiviti eksport kita, berbanding dengan nilai import minyak kita.
2. Sebahagian dari duit keuntungan Petronas (80 billion tahun lepas) boleh digunakan untuk menampung kos harga minyak yang dijual kepada rakyat. Jangan banding dengan Singapura. Tindakan Kerajaan membanding dengan Singapura sengaja menyelewengkan pemikiran rakyat, kerana Singapura bukan negara pengeksport minyak. Mereka hanya import, dan sebab itu mereka terpaksa terima bulat-bulat kenaikan harga minyak sedunia.
3. Kerajaan juga boleh menggunakan cara ‘tiered subsidy‘ mengikut keperluan rakyat. Maksudnya yang guna sedikit dapat harga murah, dan harga meningkat apabila lebih banyak digunakan. Boleh diletakkan meter khas pada pam-pam minyak yang dapat digunakan untuk ‘monitor‘ kegunaan seseorang pengguna, dan adjust mengikut tier Dengan cara ini setiap rakyat akan dapat subsidi di waktu dia membeli. Sekarang ini subsidi tidak bermakna kerana rakyat kena keluarkan duit beli minyak. Kemudian bila perbaharui cukai jalan baru dapat rebate. Masa nak beli minyak untuk kegunaan harian itulah yang paling susah.
. Kerajaan juga boleh menambah baikan sistem pengangkutan awam. Di Kuantan contohnya sistem pengangkutan awam kita terlalu menyedihkan. Negara barat seperti UK dan EU, harga minyak juga mahal akan tetapi rakyat tidak merungut kerana lebih ramai yang menggunakan kemudahan awam dari kenderaan sendiri. Kemudahan pengangkutan awam ditahap excellent disana. Maka peritnya harga minyak naik tidak terasa.
Pakatan Rakyat setakat ini hanya boleh bercakap kerana kita belum lagi dalam keadaan di mana kita dapat melaksanakan dasar-dasar kita di peringkat Federal.Hari ini rakyat tertipu lagi. Kami hanya akan dapat membuktikan segala yang dikata apabila Kerajaan Pusat diurus tadbir oleh Pakatan Rakyat.
Selagi rakyat tidak beri kami peluang, selagi itu rakyat akan terus begini. Saya kira dalam keadaan macam mana pun, rakyat tidak rugi apa-apa dengan memberi kami peluang dalam Pilihanraya akan datang. It’s bad enough as it is. I cannot imagine, anything worse than this….let us compare Malaysian oil price with OIL PRODUCING countries:
UAE – RM1.19/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Iran – RM0.35/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
Venezuela – RM0.16/litre
MALAYSIA – RM2.70/litre - wow!!!!!
Renung-renungkan dan selamat Beramal....
Salam Reformasi
Zulkaria Ali
wartawan masa kini
Angkatan Muda KeADILan
Gelang Patah
No comments:
Post a Comment