DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

26 June 2008

Keputusan rasmi terima Ezam dalam UMNO dijangka hari ini

KUALA LUMPUR 25 Jun - Keputusan rasmi kemasukan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Nasional (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor ke dalam UMNO dijangka diketahui esok.
Menurut Mohamad Ezam, Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat esok dijangka membuat keputusan sama ada beliau diterima semula ke dalam UMNO atau sebaliknya.
"Saya menjangkakan kemasukan saya semula ke dalam UMNO akan disambut baik oleh ahli UMNO di semua peringkat.
"Saya yakin dengan kemasukan semula ke dalam UMNO dapat menguatkan lagi perjuangan parti kerana saya mempunyai asas perjuangan yang sama seperti UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri ceramah umum anjuran Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak di sini malam ini.
Pada 28 Mei lalu, Mohamad Ezam menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen.

Dalam pada itu, Mohamad Ezam turut mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti Disember ini.

"Matlamat utama saya untuk menyertai UMNO semula bagi memperjuangkan apa yang sedang diperjuangkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,'' katanya.

No comments: