Satu lagi demonstrasi kecil membantah kenaikan mendadak minyak diadakan di Terminal Pengangkutan Larkin Johor bahru. Demonstrasi aman itu - sekurang-kurangnya keempat diadakan seluruh negara sejak semalam - yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Johor disertai lebih kurang 60 orang dari pelbagai bilang kaum. Demonstrasi lebih kurang 15 minit bermula 2 petang, sejurus orang ramai mula pulang menaiki bas kerana akhirnya cuti sekolah 2 minggu yang berlalu.Kira-kira hampir 100 orang lagi menyaksikan perhimpunan tersebut untuk mendesak kerajaan supaya mengurangkan harga minyak ke paras asalnya, sebelum ini.
Pakatan Rakyat Johor mengajak rakyat menukar kerajaan BN dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka. "Adakah kita berpuas hati?" katanya. "Mari tumbangkan kerajaan.Saudara Azlan (Ketua AMK Gelang Patah) bersama -sama Angkatan AMK gelang patah turut menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1 sejak kelmarin, dengan mengangkat satu keratan risalah hari ini kepada orang ramai.
"Apakah tanda ini? Kalau tak turun harga petrol, rakyat akan turunkan kerajaan," katanya, sambil mengangkat keratan berita 'Shahrir: Why now and not in August'"Kita membantah sekeras-kerasnya kenaikan harga minyak."
Datuk Shahrir Samad, menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna, menjadi sasaran kritikan kerana beliau sebelumnya dilaporkan berkata kenaikan dijangka menjelang Ogos.
Sepanduk-sepanduk yang dijulang dalam perhimpunan itu, antaranya, 'Pemimpin munafik berkata... tiada kenaikan minyak untuk tahun ini?', 'Kerajaan Pakatan Rakyat akan turunkan harga minyak 24 jam', 'Undilah BN untuk kenaikan harga minyak' dan 'Tahniah! Kepada pengundi BN, inilah hadiah untuk anda'
Wajah pengguna pengangkutan di situ memang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak, tambahnya.
Ini tidak sama dengan perhimpunan anjuran Bersih. Ia akan lebih besar. Impaknya juga akan lebih besar," kata Ketua Pakatan Rakyat Johor.

No comments:
Post a Comment