Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.
Ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Johor Bahru hari ini, baginda bertitah bahawa pulau berkenaan bukan milik republik itu sebaliknya hak milik kerajaan Johor.
"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.Hadir sama berangkat ke istiadat pembukaan itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim, demikian menurut laporan Bernama.
Sultan Iskandar juga mengingatkan rakyat supaya hidup secara muafakat bagi menjamin keberkatan dalam hidup.Baginda turut melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman akan terus maju.MB enggan ulas "Beta bersyukur kerana kita dapat terus berada dalam keadaan selamat, aman dan damai. Tahniah kepada kerajaan di bawah pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman yang terus mendapat amanah rakyat.
"Oleh itu, kita mesti mengelakkan unsur perkauman dan agama, berpegang teguh kepada Rukun Negara serta Raja Berpelembagaan. Ahli Dewan Undangan Negeri pula hendaklah menjalankan tugas dengan ikhlas, jujur dan memahami hasrat rakyat," titah baginda. Abdul Ghani, yang ditemui pemberita selepas istiadat itu, enggan mengulas lanjut mengenai titah Sultan Johor berhubung Pulau Batu Puteh itu.'
"Tuanku bertitah bahawa Pulau Batu Puteh kedaulatannya telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Saya tidak mahu komen lanjut. Kita dengar apa yang telah dititahkan," katanya. P
ada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda, dalam penghakimannya yang menamatkan pertikaian antara Malaysia dan Singapura, memberikan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura dan Terumbu Karang Tengah kepada Malaysia. Kedaulatan Terumbu Karang Selatin pula menjadi milik negara di perairan di mana ia terletak.
Sumber - Malaysiakini
Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
wartawan masa kini...
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah

No comments:
Post a Comment