Sumber : Malaysiakini
Jun 30, 08 2:40pm
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhubung dengan dakwaan liwat.Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, Anwar juga mendakwa, laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang.Sabtu lalu, Saiful, 23, membuat laporan polis, mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium mewah di Damansara.Saman tersebut difailkan hari ini oleh peguam Anwar. Mantan timbalan perdana menteri itu kini berlindung di Kedutaan Turki selepas mendakwa nyawanya dalam bahaya.Barisan peguamnya, yang diketuai oleh Ranjit Singh (kiri), berkata saman tersebut difail untuk membersihkan nama Anwar di mahkamah.Naib presiden PKR dan peguam S Sivarasa, yang bercakap bagi pihak Anwar, memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah meminta saman itu didengar secepat mungkin."Seperti yang diarahkan oleh Anwar, kami telah memfailkan saman tersebut dan memohon supaya ianya didengar secepat mungkin, kalau boleh dalam tahun ini juga," kata Sivarasa.Ranjit kemudiannya menambah, permohonan supaya saman tersebut didengar tahun ini juga, dibuat atas alasan ianya merupakan perkara yang membabitkan kepentingan awam.Menjelas lanjut mengenai saman tersebut, Sivarasa berkata, laporan polis yang dibuat oleh Saiful jelas merupakan satu penyalahgunaan proses undang-undang kerana dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.Beliau juga berkata, dakwaan yang dibuat oleh Saiful itu bermotifkan politik dan mempunyai niat buruk untuk mencemarkan reputasi Anwar.
Anwar katanya, sedia mencabar laporan yang dibuat oleh Saiful bagi mempertahankan reputasi politiknya.
Foto Saiful dengan pembantu Najib
Sivarasa juga mendakwa, isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mempunyai bukti dalam bentuk sekeping foto yang menunjukkan Saiful bergambar dengan seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Najib di Putrajaya.
Dalam satu sidang akhbar hari ini, Najib menafikan terbabit dalam sebarang konspirasi politik untuk mencemarkan karier politik Anwar.
Katanya, foto mereka berdua itu dirakamkan ketika Saiful datang ke pejabat pegawai khasnya itu untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya.
Ditanya apakah tindakan PKR selanjutnya, Sivarasa berkata, Anwar sedang menimbang untuk membuat laporan polis terhadap Saiful.
Beliau berkata, pihaknya sedang menimbang untuk membuat laporan polis itu berasaskan kepada bukti yang ada dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya.
Sementara itu, Sivarasa juga membuat dakwaan terhadap Peguam Negara Tan (AG) Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.Beliau mendakwa, pihaknya menerima maklumat bahawa AG, yang mengetuai pihak pendakwaan, dan KPN, yang merupakan pegawai penyiasat, dalam kes perbicaraan kes liwat terhadap Anwar, telah memainkan peranan dalam mereka bukti.Bendahari PKR, William Leong berkata, mereka telah menerima maklumat itu dari "saksi-saksi yang kini berani tampil ke hadapan selepas tsunami politik 8 Mac lalu".Sementara itu, dalam samannya itu, Anwar berkata, Saiful telah bertindak dengan niat jahat dan membuat laporan polis dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya."Defenden (Saiful) tahu bahawa tidak ada kejadian liwat berlaku antara dirinya dengan plantif (Anwar) dan dakwaannya mengenai liwat itu adalah palsu, tetapi dia masih membuat laporan polis," kata Anwar.Tambahnya, Saiful juga tahu bahawa dakwaannya dalam laporan polis itu akan mendapatkan laporan media yang luas di dalam dan luar negara.Anwar berkata, reputasinya telah tercemar dengan teruknya dan beliau juga tertekan dan malu akibat laporan polis tersebut.Anwar juga berkata, beliau tidak pernah terbabit dengan sebarang perbuatan liwat dengan Saiful.
Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
Nadi reformis
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah
No comments:
Post a Comment