DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

07 June 2008

SAMBUTAN 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Satu ceramah perdana akan diadakan sempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, pada 20 Jun depan.Menurut kenyataan Sekretariat Pakatan Rakyat Selangor, sambutan tersebut akan berlangsung di Stadium Shah Alam.Antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan beberapa menteri besar kerajaan kerajaan Pakatan Rakyat.Menurutnya, gerai jualan dan pameran turut diadakan di sekitar stadium manakala ceramah perdana 100 Hari Pakatan Rakyat akan diadakan pada sebelah malamnya.
Program ini disokong dan mendapat kerjasama dari kerajaan negeri Selangor, tambahnya.Manakala pada hari berikutnya, ceramah perdana akan diadakan serentak di 22 kawasan Parlimen di Selangor.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang - DAP, PAS dan PKR - berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor selepas memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Barisan pembangkang juga berjaya memenangi 17 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor.
Selain Selangor, barisan pembangkang juga berjaya merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan PAS kekal di Kelantan.Selepas penubuhan kerajaan negeri, pemimpin DAP, PAS dan PKR, telah sepakat untuk merujuk kepada negeri-negeri yang dikuasai pembangkang sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.


SEKRETARIAT SAMBUTAN 100 HARI PAKATAN RAKYAT

3A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/B, Seksyen 9, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5511-7781 Fax : 03-5511-7782

KENYATAAN MEDIA
Shah Alam, 31hb Mei 2008 bersamaan 25 JamadilAwal 1429 Sekretariat Pakatan Rakat Negeri Selangor akan menyambut 100 Hari Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada 20hb Jun 2008, bertempat di Stadium Shah Alam, pukul 7.30 Malam.

Sambutan ini dimulakan dengan Gerai Jualan dan Pameran disekitar stadium dan pada sebelah malamnya akan diadakan Ceramah Perdana 100 Hari Pakatan Rakyat. Antara Tetamu Kehormat adalah Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang , YB Lim Kit Siang dan beberapa Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat akan turut serta.

Pihak kami mengalu-alukan hebahan dan promosi bagi menjayakan program ini, disediakan "banner" untuk dimuatkan di laman-laman web.
Program ini disokong dan mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Selangor.
Sekreteriat Pakatan Rakyat Negeri Selangor


CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN 100 HARI PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR


PROGRAM
TEMPAT
19HB JUN KHAMIS 8.00mlm
Solat Hajat & Yassin Di Semua Masjid & Surau
Majlis Kesyukuran
Semua Masjid & Surau Semua Rumah Ibadat.
20HB JUN JUMAAT

Gerai Jualan & Pameran
9pg- 12mlm

Ceramah Perdana 7.30mlm
100 Hari Pakatan Rakyat Selangor
· Dato’ Seri Anwar Ibrahim
· Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim
· YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
· YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
· YB Lim Kit Siang
Stadium Shah Alam
Stadium Shah Alam

21HB JUN SABTU
22 Ceramah Perdana Serentak di 22 ParlimenPerhimpunan Ahli Baru
Semua Parlimen Negeri Selangor masing masing.

Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah

No comments: