KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Perbelanjaan negara oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap membazir semakin terdedah, apabila satu demi satu senarai telah disingkap secara tidak langsung dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.
Terkini Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Seri Zulhasnan Rafique dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) memberitahu penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja mencecah RM1.5 juta atau RM18 juta setahun.
Katanya sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulisnya itu.
Sementara itu, berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai 'pembaziran' projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah:
1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM712 bilion
Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion.Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-
1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok -
RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
8. Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00
Salam Reformasi
Zulkaria Ali
wartawan masa kini......
Angkatan Muda KeADILan
Gelang Patah
No comments:
Post a Comment