Siri Ceramah Perdana bersama Pemimpin dan Pimpinan Peringkat Tertinggi parti Keadilan Rakyat (PKR)yang dianjurkan oleh AMK Bahagian Gelang Patah pada 24 Jun 2008 (Selasa) bertempat di perkarangan Pejabat PKR Negeri Johor, telah berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancangkan sebelum ini. Siri ceramah yang di adakan buat julung-julung kalinya disini selepas PRU12 adalah rentetan dan kesinambungan dari Kempen Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) yang telah dilancarkan diperingkat pusat sebelum ini.
Antara lain, ceramah pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang isu Kenaikan Harga Minyak dan barang keperluan harian serta pendedahan beberapa siri penyalahgunaan kuasa pemimpin negara khususnya yang berkaitan dengan kisah pembunuhan kejam Wanita Mongolia. Disamping itu juga, pihak penganjur telah menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta dalam beberapa siri Kempen PROTES berkenaan isu tersebut terutamanya programHimpunan 1juta rakyat yang akan diadakan pada 6 & 7 Julai 2008 di ibunegara.Antara para jemputan dan Penceramah yang telah menjayakan program ini adalah seperti : -
1) Sdr Shamsul Iskandar - Ketua Pemuda AMK Malaysia
2) Sdr Badrul Hisham Shahrin - Majlis Pimpinan Tertinggi PKR - Bekas Calon Parlimen Rembau
3) Sdr Zabidi Abas - Timbalan Ketua AMK Negeri Johor
4) Sdr Noor Azman Hashim - Naib Ketua AMK Negeri Johor
5) Sdr Khairul Faizi Mohd Kamil - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Program yang bermula pada pukul 0930mlm dan dihadiri oleh lebih kurang 200 orang telah mendapat kerjasama yang sewajarnya oleh anggota keselamatan dari IPD Nusajaya dan program tamat pada pukul 1200 tgh mlm tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku hasil dari pemantauan dan persiapan rapi Kumpulan AMK Gelang Patah yang diketuai oleh Sdr Zulkaria Ali selaku Ketua Penerangan AMK Gelang Patah.
Salam Reformasi
Zulkaria Ali
wartawan masa kini..
Angkatan Muda KeADILan
Gelang Patah

No comments:
Post a Comment