KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar sidang khas parlimen diadakan untuk membincangkan kesan kenaikan harga minyak yang telah diumumkan tiga hari lalu.
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sidang itu perlu diadakan supaya isu ini tidak meletuskan keadaan yang tidak terkawal dan menjejaskan keselamatan negara apabila kemarahan rakyat tidak dapat dibendung. "Kemarahan rakyat yang sepatutnya dapat dijangka oleh pihak kerajaan tidak boleh dibiarkan kerana isu ini memberi kesan yang sangat besar kepada golongan berpendapatan rendah."Kami berpendapat pihak kerajaan kurang bijak memutuskan kenaikan yang besar ini sedangkan kerajaan sendiri tahu benar implikasi yang akan berlaku," kata Mohd Azmi lagi.
Membentangkan dan berbincang dengan semangat menjaga kepentingan nasional sepatutnya diadakan di parlimen agar suatu permuafakatan antara semua ahli parlimen dari pelbagai parti dapat dibuat, ujarnya.
Soalnya kenapa keputusan ini dianggap boleh diurus oleh kerajaan jika berlaku kemarahan rakyat dengan hanya memberi pengumuman bahawa kerajaan akan memberi subsidi yang lain untuk merengankan bebanan rakyat, katanya.
Kerajaan tidak boleh bersikap ambil mudah seoalah-olah rakyat akhirnya akan terima keputusan ini tanpa bantahan dengan mengandaikan rakyat tidak berkuasa berbuat apa-apa, katanya. "Kami percaya jika kerajaan mengambil sikap telus dan jujur menerangkan situasi sebenar serta dapat menunjukkan langkah yang lebih akomodatif terhadap krtitikan pembangkang bagi memberi penjelasan yang benar dan tepat, keadaan tegang seperti yang berlaku sekarang dapat dielakkan," katanya.
Teras berpendapat sememangnya ada asas bila rakyat ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap situasi yang mereka hadapi terutama bila pihak kerajaan tidak mahu mendengar rintihan dan keresahan rakyat, katanya.
"Keadaan akan menjadi lebih rumit apabila persoalan ketidaktelusan, kepincangan mengguna wang Petronas tidak dijelaskan secara terbuka dan jujur oleh kerajaan," katanya. Sehubungan itu Teras mendesak agar sidang khas parlimen diadakan secepat mungkin supaya keadaan yang sebenarnya dapat dibahas dengan lebih rasional agar keadaan kacau bilau awam dapat dielakkan, tegasnya. _
Salam Reformasi
Zulkaria Ali
Angkatan Muda KeADILan
Gelang Patah
No comments:
Post a Comment