Bila Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, aku gelak. Padan muka! Memang aku marah kat Anwar bila dia masuk Umno pada tahun 1982. Malah bila dia ditangkap dan dimasukkan kelokap, aku masih lagi relax menonton berita TV. Bila dapat tahu dia dipukul setengah mati, aku kata ini tidak patut.Apabila beliau didakwa kerana tuduhan meliwat, aku terkejut. Bukan terkejut kerana tuduhan tersebut, tetapi salah seorang daripada dua pegawai tinggi polis yang menjadi crown witness dalam kes itu ialah abang ipar aku sendiri. Bila aku kata aku percaya Anwar tidak bersalah, bukan kerana aku dengar ditapak ceramah atau pun risalah-risalah, tetapi aku dengar dari mulut orang yang terlibat.
Anwar telah mendapat maklumat tentang konspirasi Musa Hasan dan Gani Patail baru-baru ini. Dari siapa? Aku tak tau. Tetapi Sivarasa dan William Heng tidak dapat kemajlis Forum petang tadi, kerana sedang meniliti kandungan maklumat tersebut. Aku bukan dengar dari tepi jalan, tapi dari mulut Dr. Lee Boon Chye sendiri.Mungkin Musa Hasan dan Gani sedar perkara ini, dan Musa Hasan tidak hadir didalam perbarisan tamat latihan anggota polis semalam. Mengapa? Mungkin dia sudah tahu tuduhan liwat ini, sebelum inya dibuat.Dalam kes liwat ini, aku juga tak mau dengar dari mulut-mulut kawan-kawan tapi aku dengar sendiri dari Saifuddin Nasution, Dr. Lee Boon Chye, Fuziah Salleh dan Hj. Ismail Yusop.Dari maklumat mereka, ini bukan lagi kes liwat, tetapi percubaan membunuh Anwar. Menurut Dr. Lee, tuduhan liwat itu bukan sekali, tetapi banyak kali dan kali terakhir ialah pada 26 Jun yang lalu. Tetapi tidak dinyatakan masa dan tempat yang dinyatakan ialah disebuah condo diDamansara. Ini serkap jarang, kalau kita nafikan dan memberitahu tempat sebenar Anwar berada, mereka akan mengubah pula tarikh dan tempatnya. Jadi tunggu sampai kertas pertuduhan dikemukakan.
Benarkah ada percubaan membunuh? Peristiwa UTK menceroboh rumah Anwar tahun 1998 akan berulang sekiranya Anwar berada dirumah atau dimana-mana saja. Dan kali ini, mereka akan memastikan Anwar mesti dihapuskan. Oleh itu, Anwar mesti diselamatkan dahulu. Ada pelayar diTranungkite meminta Anwar bersumpah. itu bukan perkara besar. Tapi tidak ada gunanya bersumpah, kemudian mati dibunuh. Aku mahukan Anwar hidup, melainkan Tuhan mahu mengambil nyawanya.
Satu kemungkinan yang akan berlaku sekiranya Anwar tidak dihantar kesatu tempat yang mempunyai imuniti seperti Kedutaan Turki ialah, polis mempunyai kuasa untuk menangkap Anwar dan membawanya kebalai untuk tujuan siasatan. Kalau dulu, beliau dipukul setengah mati , apakah jaminan bahawa Anwar tidak akan dihapuskan dibalai polis. Sudah berapa ramai tahanan yang mati didalam lokap polis, apa bezanya dengan Anwar.? Tambahan pemain-pemain yang terlibat didalam peristiwa sepuluh tahun dulu, masih lagi hidup, malah mempunyai kuasa yang lebih tinggi.Nota: Aku mendapat SMS mengatakan kes Rafidah Aziz yang dikatakan akan didengar pada hari ini (Isnin) telah ditangguhkan kepada 4 Julai 2008. ???????
Dicatat oleh Mat Saman Kati....
Salam Reformasi
Ahmad Nazree Mohamad
Nadi Reformis
Angkatan Muda KeADILan
Bahagian Gelang Patah
No comments:
Post a Comment