DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 October 2010

PULANGKAN SEGERA WANG BANTUAN WARGA EMAS

Umno Pulau Pinang yang suatu ketika dulu sibuk mengutip semula Wang Bantuan Warga Emas sumbangan kerajaan negeri yang didakwa oleh mereka datang dari sumber yang haram, namun sehingga kini wang tersebut masih belum dipulangkan kepada Kerajaan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Sdr. Lim Guan Eng mengesahkan bahawa belum ada lagi mana2 wakil pimpinan Umno hadir untuk memulangkan wang yang mereka kutip dari warga emas Pulau Pinang. Kenapa mereka (Umno) mengambil masa begitu lama untuk memulangkan wang yang mereka kutip dari senarai warga emas atau apakah ini "wayang" bikinan mereka sendiri.

Jelas selama ini Umno yang hampir kepupusan di Pulau Pinang
melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan. Inilah kebangsatan Umno. Sentimen perkauman, agama dan isu Raja2 Melayu adalah talian hayat Umno jika mereka semakin nazak.

Tindakan Umno dengan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang dilihat sebagai tindakkan gopoh apabila melihat sokongan kepada umno sudah berkurangan dan sudah tentu
mereka cuba memainkan sentimen perkauman sempit dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal dengan harapan sokongan orang Melayu Pulau Pinang kembali kepada Umno.

26 October 2010

KETUA AMK MALAYSIA BERSAMA PRESIDEN IRINGI CALON PAKATAN RAKYAT DI PRK BATU SAPI

Sdr. Shamsul Iskandar bersama Presiden mengiringi calon Pakatan Rakyat dari Keadilan, Hj. Ansari Abdullah untuk piliharaya kecil Parlimen Batu Sapi pagi ini.Turut kelihatan adalah Naib Presiden Keadilan, Sdr.Mustaffa Kamil Ayub serta Hj.Mustaffa Ali dari Pas dan beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat tempatan hadir bersama ratusan penyokong pada hari Penamaan Calon PRK Parlimen Batu Sapi.
Lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.
Hj. Ansari Abdullah adalah yang pertama tiba untuk menyerahkan borang penamaan diikuti oleh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya seminit kemudian.
Penyokong Pakatan Rakyat dilihat lebih bersemangat dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teriakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno. Ada khabar angin mengatakan bahawa calon BN bukan pilihan pengundi Batu Sapi walaupun cuba dinafikan oleh Shafie Afdal. Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.
Setelah tamat waktu bantahan Pegawai SPR mengumumkan bahawa PRK Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Calon BN, SAPP dan Pakatan Rakyat.

Semoga Kemenangan Berpihak Kepada Calon Pakatan Rakyat, Hj. Ansari Abdullah...

MULAKAN GERAKERJA

Pemilihan peringkat Cabang sudah selesai. Hanya tinggal 2 atau 3 Cabang di Johor ini yang belum selesai berikutan ada beberapa masalah teknikal.
Keadilan Cabang Muar, Batu Pahat dan Kulai mula mengorak langkah dengan merancang beberapa program bahkan Muar dan Batu Pahat adalah antara Cabang yang awal mengadakan program2 ilmiah seperti forum, dialog dan beberapa program lagi. Sekalung tahniah untuk Cabang Muar, Batu Pahat dan Kulai.
AMK Cabang Gelang Patah juga mengambil pendekatan dan telahpun menyusun beberapa program kemasyarakatan serta tidak ketinggalan juga program2 yang mendekatkan AMK dengan anak2 muda disekitar Gelang Patah antaranya :-
  • Sambutan Deepavali peringkat Cabang Gelang Patah
  • Program Ibadah Korban
  • Konvoi bermotor
  • Dialog
Justeru mana-mana AJK yang telah dilantik/dipilih sebagai AJK AMK Cabang Gelang Patah diharap dapat memberi komitmen yang terbaik untuk menjayakan program2 yang telah dirancang. AJK2 perlu memberi perhatian yang lebih terhadap gerakerja di cabang dengan tanpa alasan.

25 October 2010

PRK BATU SAPI : ANSARI ABDULLAH CALON PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat hari mengumumkan pemilihan ketua cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berusia 56 tahun itu adalah seorang peguam lulusan Universiti Malaya.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Ansari itu di satu majlis di Dewan Persatuan Hakka Sandakan petang ini.

Antara yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi DAP Sabah, Hiew King Cheu.

Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang tidak dapat hadir hari ini kerana tidak sihat.

Kira-kira 2,000 menghadiri majlis tersebut sambil melaungkan "reformasi" selepas pengumuman itu dibuat.

Ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku perpecahan undi di kalangan pembangkang apabila Parti Maju Sabah (SAPP) turut bertanding, Anwar memberitahu Bernama bahawa soal itu tidak timbul kerana SAPP tidak pernah menyifatkan diri mereka, termasuk di Parlimen, sebagai pembangkang.

Katanya SAPP adalah parti bebas yang boleh menyokong mana-mana pihak dan sehubungan itu undi mungkin berpecah di kalangan calon bebas.

Ansari pula mengakui pilihan raya kecil di Batu Sapi kali ini adalah

sengit namun yakin mampu memberi saingan kepada BN berdasarkan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-12.

Pengerusi DAP negeri Ir Hiew King Cheu juga mengakui pilihan raya kecil berkenaan adalah sengit.

BN hari ini mengumumkan pemilihan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah Bahagian Elopura Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

SAPP pula memilih presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon pilihan raya kecil berkenaan.

Pilihan raya kecil Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan pada Selasa ini dan pengundian pada 4 November.


Sumber berita dari Malaysiakini.com

22 October 2010

APAKAH INI PETANDA PRU-13 SEMAKIN HAMPIR...

Kerja2 penurapan jalan sedang giat dijalankan disebuah taman dimana selama 17 tahun (menurut penduduk setempat) tiada kerja2 penurapan jalan bahkan adakalanya jalan berlubang besar mengambil masa berbulan-bulan untuk ditampal.
Apakah ini petanda bahawa PRU-13 akan memunculkan diri dalam masa terdekat ini..???
Menurut pekerja2 yang menjalankan kerja2 penurapan tersebut bahawa selepas kerja2 penurapan selesai di taman ini, mereka akan melakukan kerja di 4 taman yang lain dalam DUN Skudai.
Ini menguatkan lagi ramalan penulis bahawa dalam tempoh 6 bulan akan datang akan berlakunya PRU-13 namun persoalannya, apakah Keadilan telah bersedia untuk menghadapi sebarang pilihanraya..???
Selepas selesai pemilihan pimpinan di peringkat Cabang, kini Keadilan menghadapi satu lagi pemilihan diperingkat pusat. Yang menjadi agent/wakil calon sibuk melobi dan bertemu ahli2 sedangkan tanggungjawab utama setelah dipilih sebagai pimpinan di peringkat Cabang diabaikan. Rakyat menanti apakah sentuhan atau tindakan dari pimpinan Cabang yang baru dilantik/dipilih. Tidak kira samada AMK/Wanita atau Cabang, yang pastinya mereka menanti apakah pendekatan baru yang mampu dilakukan oleh barisan kepimpinan keadilan Cabang yang baru.
Apakah kita akan membiarkan rakyat harus menunggu lagi???? Atau apakah kita masih mahu menunggu masa yang sesuai untuk bertindak...????

20 October 2010

PEMILIHAN 2010: JANGAN LUPA PRK GALAS DAN BATU SAPI

Dikala PKR sibuk dengan Pemilihan 2010, PRK terpaksa diadakan berikutan kematian penyandang kerusi di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Pakatan Rakyat akan mewakilkan calon dari PAS bagi DUN Galas manakala Parlimen Batu Sapi, PKR telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut dan berharap SAPP akan memberi laluan.
Pilihanraya kali ini amat penting dan mungkin sebagai satu ujian keampuhan serta keberkesanan jentera piliharaya samada di pihak BN mahupun Pakatan Rakyat sebelum kehadiran PRU-13 yang dijangka akan berlaku pada tahun hadapan.
Apa yang pasti, PKR mungkin terpaksa melupakan sebentar Pemilihan 2010 dan menumpukan kepada 2 PRK ini.
Pada 4 November nanti Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon bagi PRK Parlimen Bukit Sapi.
Batu Sapi mahupun Galas adalah medan awal yang menuntut komitmen dari pimpinan cabang2 yang telah dilantik atau dipilih setelah berakhirnya Pemilihan 2010 diperingkat Cabang.
AMK Gelang Patah akan turut serta dalam memenangkan calon2 Pakatan Rakyat yang akan bertanding pada PRK itu nanti. AMK Gelang Patah belum pernah gagal menghantar petugas di setiap PRK diseluruh negara. Tahniah AMK Gelang Patah atas komitmen yang diberikan. Semoga komitmen tersebut dapat diteruskan dan ilmu yang diperolehi dari pengalaman bertugas di PRK dapat diterapkan dalam gerakerja AMK di Gelang Patah.

13 October 2010

PENYERTAAN BERAMAI-RAMAI AHLI UMNO KE DALAM KEADILAN

Lebih dari 30 orang ahli Umno akan bertindak keluar dari Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat ini. Mereka yang telah kecewa dengan janji2 pemimpin Umno yang mahu menyelesaikan masalah mereka namun setelah bertahun menunggu perkara tersebut tidak juga selesai. Yang pastinya PRU-13 akan menjelma tidak lama lagi dan kali ini mereka tidak mahu mendengar janji2 palsu dari mulut pemimpin Umno.
Keperihatinan pemimpin PKR Cabang Gelang Patah dan kesanggupan Datuk Chua Jui Meng untuk menjenguk mereka, telah menyentuh hati penduduk setempat.
Majlis penyerahan borang keahlian sedang diatur dan dijangka akan diadakan tidak berapa lama lagi.

ISU PENCEROBOHAN MAJLIS HARI RAYA KEADILAN JOHOR

Walaupun perkara ini hampir seminggu berlalu, namun penulis merasakan ianya belum terlewat untuk diulas. Penulis juga punya alasan sendiri, kenapa dan mengapa isu ini lambat diberitakan. Kesibukan masa adalah penyebab utama dan tidak mahu "melukakan' lagi hati anggota2 Polis terutama OCPD Kulaijaya yang hatinya telah terluka pada malam 8/10/2010.
Sekalung tahniah kepada OCPD Kulaijaya yang sekali lagi berjaya merosakkan program Keadilan di tempat yang sama cuma lokasi yang berbeza.
Ketika Datuk Chua Jui Meng memulakan ucapan alu-aluan untuk majlis, OCPD Kulaijaya hadir dan terus meluru ke arah Datuk Chua. Datuk Chua mengalu-alukan kehadiran OCPD Kulaijaya sambil menjemput OCPD tersebut bersama beberapa anggota Polis yang mengiringi beliau untuk menikmati juadah yang ada. Layanan mesra Datuk Chua (berbangsa cina) terhadap OCPD Kulaijaya (melayu/islam) tidak mendapat reaksi positif oleh OCPD tersebut.

Beliau terus memaklumkan bahawa majlis tersebut tidak mempunyai permit dan terus mematahkan dan merampas "microphone" yang digunakan. Langsung tiada toleransi. Bukankah lebih mulia lagi sopan apatah lagi OCPD Kulaijaya adalah orang Melayu yang penuh dengan adat dan sopan menasihatkan agar majlis hari raya yang diadakan diteruskan tanpa sebarang ucapan. Bukankah itu lebih baik dari bertindak kasar dan agresif yang ditunjukkan kepada ratusan rakyat yang hadir pada malam tersebut. Kenapa OCPD Kulaijaya harus menimbulkan kebencian rakyat terhadap Polis.
OCPD Kulaijaya mendakwa bahawa Majlis tersebut telah melanggar seksyen 27 akta Polis. Namun Sdr. Hassan Karim yang merupakan seorang peguam menerangkan bahawa seksyen 27 akta Polis tidak terpakai jika perhimpunan itu dilakukan ditanah persendirian. Penerangan dari Sdr. Hassan Karim membuatkan OCPD Kulaijaya terpingga-pingga.

Namun beliau tidak mengaku kalah, beliau memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk memberi tekanan kepada majlis itu namun tetamu yang hadir tidak mengendahkan kehadiran FRU tersebut dan meneruskan menikmati juadah sambil beberapa pimpinan memberikan ucapan2 ringkas "TANPA PEMBESAR SUARA" kerana microphone telahpun dirosakan dan dirampas. Majlis selesai kira2 jam 11 malam.

Ketika para petugas sedang mengemas dan membersihkan kawasan majlis. Ketika para tetamu yang hadir sudah mula meninggalkan majlis. Tetamu VIP dan PEGUAM juga sudah pulang, OCPD Kulaijaya telah mengarahkan anggotanya merampas peralatan pembesar suara (speaker). Kami bertanyakan kenapa peralatan tersebut dirampas.. OCPD Kulaijaya dengan sombong dan angkuh mencabar kami membawa kes ini ke mahkamah. Tindakan dan kenyataan OCPD Kulaijaya tidak mencerminkan sikap penjawat awam yang profesional bahkan terlalu angkuh menggunakan kuasanya.
Penulis percaya bahawa OCPD Kulaijaya mendapat tekanan dari Umno Kulai yang sudah mulai gusar dan goyah apabila rakyat di Kulai sudah mulai condong kepada Pakatan Rakyat. Penulis juga percaya jika Umno yang menganjurkan majlis tersebut, sudah pasti OCPD Kulaijaya tidak berani menegur apatah lagi bertindak kasar walaupun majlis tersebut diadakan tanpa permit.
Datuk Chua Jui Meng telah mengarahkan beberapa peguam yang di ketuai oleh Sdr. Hassan Karim untuk membawa isu ini ke mahkamah seperti mana yang dikehendaki oleh OCPD Kulaijaya. Sdr. Hassan Karim juga menegaskan bahawa Keadilan Negeri Johor juga akan menuntut ganti rugi teladan atas pencerobohan dan provokasi yang dilakukan oleh pihak polis yang di ketuai oleh OCPD Kulaijaya, Supt. Zulkefly Yahya. Kita berjumpa di mahkamah...

06 October 2010

PEMILIHAN 2010

Suasana semakin "panas". Itulah yang dapat digambarkan setakat ini. Pelbagai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku telah mencemarkan nama baik Keadilan. Semua cuba bersikap profesional namun emosi dan provokasi berlebihan menyebabkan kematangan fikiran ditewaskan oleh nafsu amarah.
Alhamdulillah.. Keadilan Cabang Gelang Patah telah menjalankan tanggungjawab pada Pemilihan 2010 peringkat cabang dengan jayanya. Tiada pergaduhan dan tiada provokasi. Pemilihan dijalankan dengan penuh kekeluargaan.
AMK Gelang Patah kini ber"boss"kan Ketua baru. Sdr. Nazri yang dahulunya Setiausaha AMK Cabang kini telah dipilih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah yang baru. Tahniah diucapkan. Sekarang tanggungjawab telah terpikul dibahu, semoga beliau dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dan memimpin AMK Gelang Patah agar semakin berani, vokal dan mantap.
AMK Gelang Patah melihat senario Pemilihan 2010 ssebagai gelanggangan politik yang cukup hebat. Terkadang terfikir, kehebatan kempen dan kenyataan media lebih hebat dari bertempur dengan musuh politik kita yang sebenar. Masing-masing menggunakan media untuk menyerang satu sama lain. Politik kebudak-budakan semakin menjadi amalan oleh pimpinan Keadilan di peringkat pusat. Mengapa semua ini berlaku...?? Jika dikaji latarbelakang akademik setiap pemimpin yang bertelagah, mereka2 ini bukanlah calang2 orang namun terkadang perlakuan dan kenyataan mereka seperti kanak2 berusia bawah 15 tahun. Inikah dinamakan kematangan seorang pemimpin.
Kami sering menerima runggutan dari ahli2 biasa yang tidak berjawatan mengenai gelagat pemimpin2 ini. Mereka hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Sesekali terpacul dimulut mereka "BOSAN" dengan gelagat pemimpin2 ini yang seolah-olah "kemarukan kuasa". Perangai seperti ini menyebabkan rakyat semakin meluat dan menyampah dengan Keadilan. Apa lagi yang kami mampu lakukan diperingkat cabang sedangkan "ANDA" (Pimpinan diperingkat Pusat) bertelagah sesama sendiri. Memberi kenyataan kepada media arus perdana yang sentiasa mencari kelemahan parti untuk diputar belitkan, tanpa rasa bersalah sedangkan mereka juga tahu media arus perdana akan memanipulasikan kenyataan tersebut. itu belum lagi cercaan atau kenyataan di dalam alam maya seperti blog atau laman2 web sosial yang lain.
Gelagat, Sikap dan Perangai pemimpin seperti ini sebenarnya telah mencemarkan nama baik parti sekaligus mencerminkan bahawa parti ini masih belum matang dan persepsi ini amat merbahaya. Jangan biarkan "PERANGAI BURUK" 2 3 pemimpin seperti ini membuatkan rakyat "SALAH" mentafsir dan menilai kesediaan PKR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada PRU akan datang. Akibat Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga...

05 October 2010

PEMILIHAN CABANG GELANG PATAH 2010

Berakhir sudah Pemilihan 2010 peringkat Cabang Gelang Patah yang berlangsung pada 3 Oktober 2010 yang lalu. Walaupun kehadiran ahli agak mengecewakan berbanding dengan keahlian Cabang yang sebenar, namun proses pendemokrasian berjalan dengan lancar dan teratur. Sikap terbuka dan memahami tujuan pemilihan pucuk pimpinan cabang menjadikan proses pengundian dan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dapat dijalankan dengan suasana cukup2 harmoni. Berikut adalah keputusan Pemilihan 2010 Cabang Gelang Patah :-

Ketua Cabang : En. Abdul Manan bin Othman
Timbalan Ketua Cabang : En.Rony Murugan
Naib (1) Ketua Cabang : En. Tiong Ah Lek

Ketua AMK Cabang : Sdr. Mohamad Nazri Ismail
Timbalan Ketua AMK Cabang : Sdr. Mohd Ramly bin Ahmad
Naib (1) Ketua AMK Cabang : Sdr. Choong Thong Yuen

Ketua Wanita Cabang : Pn. Asmah binti Jumari
Timbalan Ketua Wanita Cabang : Pn. Rafiah bt Mohd Noh
Naib Ketua Wanita : Pn. Rosnah bt Abd Rahman

Tahniah kepada mereka2 yang telah dipilih untuk memimpin Cabang Gelang Patah untuk sesi 2010-2013. Cabaran utama semestinya persiapan menghadapi PRU-13 nanti. Justeru semua pimpinan yang telah dipilih perlu menyediakan beberapa perancangan yang efektif bagi menyaingi kekuatan Umno/BN. Setiap pimpinan perlu mempunyai misi dan visi yang jelas agar dapat mengemudi Cabang dengan jayanya.