DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

07 March 2009

PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH MENGORAK LANGKAH

Malam semalam (06 Mac 2009) saya turut hadir dalam pertemuan Pimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah. Antara yang hadir adalah dari DAP, YB Dr. Boo (ADUN Skudai), Tn. Hj. Md Shah Lamat (Bekas Calun PAS DUN Nusajaya), En. Abdul Manan Othman (Pemangku Ketua Bahagian PKR Gelang Patah), Tn. Hj. Zulkifli (Timbalan Yang Dipertua PAS Bhgn. Gelang Patah), Sdr. Mohamad Nazri Ismail (Setiausaha AMK Gelang Patah), Sdr. Rooney, Sdr. Bala, Sdr. Yusri dari PKR Bahagian Gelang Patah dan beberapa pimpinan dari PAS, PKR dan DAP. Pertemuan diadakan dengan cukup mesra dan terbuka.

Pertemuan ini hasil cetusan idea oleh Sdr. Nazri yang mahukan permuafakatan dan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah dapat dipereratkan lagi. Pertemuan ini lebih menjurus kepada perkongsian maklumat mengenai sisio politik di kawasan Parlimen Gelang Patah, gerak kerja, penyelarasan program dan dalam pertemuan itu juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan Tn. Hj Zulkifli untuk menubuhkan Majlis Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah dan juga Saketariat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah.

Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat kali pertama akan diadakan di Dewan Ar-Radzi, Taman Universiti pada 12 Mac 2009 jam 9.00mlm.

Semoga pertemuan ini dapat membuka era baru untuk Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah. Teruskan usaha murni ini demi kepentingan rakyat.

Ketua Penerangan
PKR Bahagian Gelang Patah

05 March 2009

ZALIM ZALIM ZALIM

Akhbar Perancis yang mendakwa bahawa Najib pernah berjumpa Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Zalim Zalim Zalim...... Jika benar Najib mesti dihadapkan kemuka pengadilan dan dihukum seberat-beratnya.... Zalim... Zalim.... Zalim

APAKAH SUMPAH NAJIB SUMPAH PALSU

Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak pernah bertemu Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam laporannya, mendakwa bahawa Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.Najib menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan. Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Nah... Apa lagi.. Mungkinkah akan terbukti siapakah pembunuh wanita monggolia tersebut sebelum Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini. Apakah ini perancangan musuh2 politik Najib yang mahu memusnahkan impiannya...

Mungkin selepas ini Najib pula akan melakukan sumpah laknat seperti Saiful. Kami syorkan sumpah laknat itu dilakukan dihadapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Al-Haj...

04 March 2009

HAMID ALBAR : UMPAMA MENEPUK AIR DALAM DULANG

Syed Hamid Albar dalam kenyataannya kurang bijaknya di Kota Baharu mengatakan bahawa beliau rasa geli hati, dalam masa sama, timbul sehingga tahap nak berkuasa walau dengan apa cara sekali pun. Ini tak bolehlah, nak berkuasa mesti ikut undang-undang. Ini merujuk kepada tindakan 27 ADUN Perak yang bersidang dibawah pokok semalam setelah tidak dibenarkan bersidang di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kenyataan Hamid Albar seolah-olah menampar mukanya sendiri.

Siapa sebenarnya yang "kemaruk" untuk berkuasa di Negeri Perak sehingga menghalalkan apa juga cara dan mengheret Sultan Perak ke dalam kemelut politik ciptaan Umno?? Siapa yang menghantar 'samseng' ala2 Sarip Dol bagi menghalang 27 ADUN Pakatan Rakyat bersidang dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan? Siapa yang sanggup menghantar peguam ke London semata-mata untuk meneliti undang2 tubuh negeri Perak agar Umno terus kekal berkuasa? Cara haprak Umno nyata memakan diri mereka sendiri. Kekalutan ciptaan mereka akan membuatkan Umno bakal tersungkur menyembah bumi....

26 ADUN Pakatan Rakyat bersetuju untuk membubarkan DUN Perak dan seterusnya mengadakan pilihanraya semula bahkan 26 ADUN Pakatan Rakyat juga secara 'gentlemen' menyerahkan keputusan siapa yang layak mentadbir negeri tersebut kepada rakyat Perak. Apakah Umno takut dan bacul untuk mengadakan pilihanraya semula di Negeri Perak? Kenapa Umno harus takut jika mereka tanpa segan silu mendakwa bahawa kerajaan bn adalah kerajaan pilihan rakyat Perak...

Kereta Myvi Merah...
UMNO.... Pirahhhhhhhh...............

AMK JOHOR CABAR PEMUDA UMNO BERDEBAT

Berikutan beberapa isu di Negeri Johor ini sering diputarbelitkan oleh kepimpinan Umno/BN, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor mencabar kepimpinan Umno termasuk kepimpinan Pemudanya untuk berdebat secara terbuka mengenai pelbagai isu di Negeri Johor.

Seiring dengan cabaran Sdr. Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS) yang mencabar Umno berdebat, AMK Johor juga senada dengan beliau dan bersedia berdebat dengan sesiapa sahaja dari Umno. Tindakan kepimpinan Umno Johor menyelewengkan fakta beberapa isu perlu diperjelaskan kepada seluruh rakyat Johor.

Tindakan beberapa kepimpinan Umno mentafsirkan isu apartheid dari sudut perkauman amatlah merbahaya. Dikhuatiri isu ini disalah tafsirkan oleh masyarakat dan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan masyarakat itu sendiri. Sedangkan isu tersebut lebih menjurus kepada sudut ekonomi dan tujuan Dr. Boo mengaitkan isu apartheid - bumiputraisme adalah untuk membela nasib pelabur Amanah Saham Johor dan Dana Johor.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat memperjelaskan isu ini kepada masyarakat Johor dan beberapa program juga telahpun disusun untuk tujuan penerangan mengenai beberapa isu terutamanya isu Iskandar Malaysia.

Justeru itu kami mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka dan nyatakan sahaja tarikh, masa dan kami mengesyorkan agar debat tersebut dibuat di tempat yang terbuka bagi memberi peluang kepada seluruh masyarakat Johor mengikuti debat tersebut.

PRK DUN BATANG AI

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan diadakan serentak pada 7 April 2009 ini dan penamaan calon pada 29 Mac 2009.

Dengan keputusan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN - Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama.

Semoga kejayaan sentiasa berpihak kepada Pakatan Rakyat di kala umno-bn semakin bengong.

KENAPA EK....

Najib menghitung hari untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, namun semakin dekat hari pertabalan Najib tapi politik negara semakin kucar kacir angkaranya. Layakkah Najib menjadi PM Malaysia sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai isu rasuah, pembunuhan dan seks. Layakkah Najib menjadi PM Malaysia sedangkan angkara dialah politik Perak kucar kacir?? Dan semalam Datuk Seri Ahmad Zahir Hamidi Al-Haj dalam hujahnya berkata bahawa Sultan yang tidak mahu membubarkan DUN Perak bukan umno..... kenapa Sultan Azlan Shah pula dijadikan sebab untuk melepaskan umno-bn yang kian tersepit.... Dan kenapa umno-bn takut sangat untuk membubarkan DUN Perak??? Adakah peramal politik umno-bn sudah menjangkakan bahawa umno-bn pasti akan tersungkur lalu tersingkir jika diadakan pilihanraya semula di Negeri Perak..??? Nyata sikap pengecut dan tindakan bacul umno-bn membuatkan rakyat semakin bijak menilai pemimpim umno-bn yang sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja asal mereka terus kekal berkuasa... Apakah pada PRU-13 akan datang adalah pilihanraya yang terkotor dan terburuk dalam sejarah demokrasi Malaysia??? Apakah kita yang sedar kepincangan ini perlu duduk diam, tunggu dan lihat sahaja??? Kita lebih bacul dan pengecut dari pemuda umno jika kita tidak melakukan sesuatu sedangkan keburukan, kepincangan, kecelakaan dan kebangsatan umno-bn jelas di depan mata kita...
Fikirlah...

PENGHARGAAN DARI YB DR BOO KEPADA AMK GELANG PATAH

ADUN Skudai YB. Dr. Boo Cheng Hau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah diatas sokongan kepada beliau dalam usaha menerangkan maksud apatheid yang disalah ertikan oleh pemuda umno-bn. Beliau menjelaskan lagi bahawa isu sebenar yang beliau bangkitkan adalah isu pembelian balik Amanah Saham Johor dan Dana Johor yang nyata berbeza. Tujuan beliau adalah untuk membela nasib pelabur2 yang terdiri dari pelbagai bangsa dan parti termasuk umno, mic, mca dan gerakan dan beliau bukan memperjuangkan nasib 1 parti sahaja. Apakah pemikiran pemimpin umno memang sempit atau disempitkan demi kepentingan politik mereka.

AMK Gelang Patah sentiasa bersedia berkerjasama dengan DAP dan PAS untuk memperjelaskan isu2 yang sentiasa diputarbelitkan oleh pemuda umno dan pimpinan umno itu sendiri.

Kami menasihatkan pemuda umno supaya jangan jadi golongan muda yang bangsat kerana hanya tahu memanipulasi dan memutarbelitkan sesuatu isu sedangkan isu yang sebenar langsung tidak mendapat perhatian dari mereka. Jika YB Karpal mengatakan pemuda umno ini "celaka", sewajarnya pemuda umno muhasabah diri dan tidak menarik isu perkauman dengan mengatakan hinaan YB Karpal melukakan hati orang melayu. Kami orang melayu dalam Pakatan Rakyat tidak pernah rasa terguris dengan cercaan dari YB Karpal terhadap pemuda umno bahkan kami berpendapat bahawa ianya adalah tepat dan cukup sinonim dengan pemuda umno.

03 March 2009

SIDANG DUN PERAK DIBAWAH POKOK

Hari ini Perak mencipta sejarah lagi. Sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung dibawah pokok kira2 200 meter dari Dewan tersebut. Ternyata keberanian Speaker dan ADUN Pakatan Rakyat wajar mendapat pujian. Mereka ini bukan gilakan jawatan dan pangkat akan tetapi apa yang mereka mahu hanyalah suara rakyat Perak didengari. ADUN2 Pakatan Rakyat sebulat suara setuju untuk membubarkan DUN Perak agar dapat diadakan pilihanraya kecil negeri Perak dan seterusnya menyerahkan keputusan "siapakah lebih layak mentadbir Negeri Perak" kepada rakyat Perak itu sendiri. Namun 'umno-bn' lakhanat ini seolah-olah bacul dan pengecut untuk sama-sama bersetuju membubarkan DUN. Sifat pengecut ini diwarisi dari pemimpin mereka iaitu Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Azalina Othman Said dalam kenyataannya mengatakan bahawa tindakan speaker dan 27 Adun Pakatan Rakyat bersidang dibawah pokok seolah-olah tidak menghormati Sultan Perak dan tindakan mereka umpama melaksanakan hukum rimba. Kenyataan biadap lagi tidak bijak oleh Azalina bolehlah diumpamakan meludah kelangit kerana Speaker DUN dan 27 ADUN Pakatan Rakyat hanya ingin menjalankan tanggungjawab mereka mengikut Undang2 Tubuh Negeri Perak dan yang sebenarnya tidak bertamadun adalah umno-bn yang menghalang sidang DUN Negeri Perak pagi tadi.
Jelas dilihat bahawa ADUN Pakatan Rakyat lebih berani, lebih profesional, lebih 'gentlemen' dan terbuka dalam menangani isu ini. ADUN2 Pakatan Rakyat juga mahu rakyat perak yang menentukan parti mana yang lebih layak memerintah Perak. Apakah umno-bn takut kepada kekalahan. Pahlawan apa ini.... Pahlawan Bacul... Pengecut. Inikah pejuang umno-bn....???? Inikah kerajaan yang rakyat Perak mahukan...????
Hoi.... umno lakhanat... pengkhianat bangsa, negara dan tanahair... jika mahu jadi pejuang... jadilah pejuang yang berani... jangan jadi pengecut. Belum berlawan sudah terkecing dan mengaku kalah.... Yang kelakar sebenarnya tindakan umno-bn yang pengecut dan lagi bacul. Tidak berani mengadakan pilihanraya semula.... Pirahhhhhh umno.

Hidup Hidup Hidup Rakyat.... Hancur Hancur Hancur umno...

02 March 2009

ISU APARTHEID - PEMUDA UMNO CUBA KAITKAN DENGAN ISU PERKAUMAN

Isu aparthied yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang DUN Johor, YB Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai) baru ini sengaja diperbesarkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Othman dan Pemuda Umno Johor. Setelah mendengar sendiri penjelasan dari YB Dr. Boo nyata bukan isu perkauman yang cuba dibangkitkan namun perbandingan di antara Apartheid dan Penyalahgunaan Bumiputeraism dalam dasar ekonomi bagi menarik perhatian Kerajaan terhadap ketidakpuashatian pelabur Dana Johor terhadap harga belian balik satu saham dengan nilai RM0.50 sen manakala pelabur Amanah Saham Johor (ASJ) ditawarkan harga belian balik RM1.00.
Apa yang beliau kesalkan, pada sidang DUN yang lepas Menteri Besar Johor berjanji bahawa Kerajaan Johor akan menawarkan harga belian balik Dana Johor dengan harga RM1/sesaham, namun janji tinggal janji sedangkan pelabur Dana Johor teru-terusan menanggung kerugian. Apa yang dikesalkan adalah layanan diskriminasi oleh Permodalan Johor Berhad menawarkan harga belian balik yang berbeza antara saham ASJ dan Dana Johor dan perbezaan layanan ini boleh diumpamakan dasar ekonomi bercorak Apartheid sebab layanan berbeza dilaksanakan kepada dua golongan warga Johor.

Malahan pelabur yang membuat pinjaman bank untuk membeli Dana Johor tersebut dikenakan kadar faedah yang berbeza iaitu kadar faedah ahli (bumiputera) dan bukan ahli (non-bumiputera), di mana peminjam ahli dikenakan faedah yang lebih tinggi tanpa menyelidiki sosioekonomi seseorang peminjam. Sewajarnya kadar faedah dinilai dari latarbelakang peminjam dan nilai pinjaman bukan dari sudut bumiputra atau bukan bumiputra. Ketidakseimbangan ini akan menimbulkan ketidakpuashatian sesetengah pihak dan ianya perlu diteliti oleh pihak kerajaan dan pihak bank itu sendiri. Apakah di Malaysia ini hanya golongan bumiputra sahaja yang susah atau miskin manakala golongan bukan bumiputra hidup senang lenang...???

Ketua Pemuda Umno Gelang Patah Sdr. Norisham Ismail pula di lihat seperti hilang punca dan tersilap tafsiran berkaitan ucapan YB Dr. Boo di sidang dewan DUN baru-baru ini. Beliau sengaja melihat dari satu sudut sahaja iaitu "isu perkauman" yang sedang dipopularkan oleh teman2 seangakatan beliau di Perak dan Kedah, sedangkan api perkauman segaja ditimbulkan bagi menarik simpati orang melayu agar menyokong dan kembali kepada umno yang hampir rebah.

Seperti Pemuda Umno Kedah, yang segaja memperbesarkan isu seorang ADUN Pakatan Rakyat menghina Yang Mulia Sultan Kedah sedangkan isu itu hanyalah surat layang atau khabar angin yang belum disahkan kesahihannya. YAB Menteri Besar, Datuk Seri Azizan pada minggu lepas menemplak Ketua Pemuda Umno Kedah yang dianggap tidak profesional kerana mencanang isu tersebut walaupun kesahihan isu tersebut belum lagi disahkan. Apakah tindakan Pemuda Umno sengaja memperbesarkan isu ini untuk melindungi kes bagaimana pegawai BPR (sekarang SPRM) dipindahkan ke cawangan lain berikutan pegawai tersebut berjaya memerangkap pemimpin umno Kedah yang cuba merasuah seorang ADUN Pakatan Rakyat supaya melompat parti ke BN....

Isu Apartheid ini sengaja dilihat oleh pimpinan Pemuda Umno di Johor dari sudut politik sempit dan ianya sengaja di gembar gemburkan seolah-olah YB Dr. Boo cuba mengganggu gugat keamanan dan kesepaduan rakyat Johor sedangkan matlamat mereka adalah meraih simpati dan berlagak sebagai pejuang bangsa melayu sedangkan umum telah pun mengetahui yang mereka sebenarnya adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri. Jika mereka pejuang Bangsa Melayu, mengapa mereka tidak membela nasib penduduk di Kg. Baru Plentong Tengah dan Felda Cahaya Baru... Kenapa harus "kecut telur" bila berhadapan isu rakyat sebegini... Apakah nasib mereka di Bukit Dagang... Pernahkah pemuda umno menjenguk mereka...???? Dimana kredibiliti pemuda umno yang tidak habis2 dengan isu perkaumannya.

Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan
Bahagian Gelang Patah

PANDANGAN NAIB KETUA (1) AMK JOHOR

Semalam saya berkesempatan duduk bersama Naib Ketua (1) Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor sambil menikmati tom yam udang di Restoran Noor, Taman Universiti, Skudai. Apa yang menarik dalam perbincangan malam itu adalah berkaitan dengan pemikiran EXCO AMK Johor dan Ketua2 dan EXCO2 Bahagian...

Beliau yang baru sahaja pulang dari Mesyuarat EXCO AMK Johor dan beliau berpandangan bahawa EXCO AMK Johor dan Ketua2 AMK Bahagian perlu ada anjakan paradigma di luar kotak pemikiran jika mahukan AMK atau PKR itu sendiri dihormati lawan dan kawan. Bersama-sama pimpinan lain berusaha mematlamatkan misi dan visi parti.
Seharusnya EXCO AMK Johor memikirkan bersama bagaimana hendak mempertingkatkan lagi jentera AMK/PKR di 26 Bahagian dalam Negeri Johor. Tidak terlalu memikirkan Bahagian yang diwakilinya. Manakala Ketua AMK Bahagian & Exconya pula perlu memikirkan beberapa JDM untuk digerakkan dan dimantapkan di Bahagian masing2. Jika membiarkan beberapa individu dalam AMK Johor merencana gerak kerja seluruh negeri, di khuatiri mereka rebah sebelum ke medan perang. Sehubungan dengan itu beliau mahukan pemikiran EXCO AMK Negeri Johor berubah.
Beliau juga mengingatkan bahawa jawatan yang disandang adalah AMANAH dan penjawat juga perlu bersedia untuk menjalankan amanah. Bukan mahukan populariti dengan jawatan yang disandang. Jika tidak mampu memberi komitmen terhadap gerak kerja parti, adalah lebih baik berundur dan memberi peluang kepada individu yang lebih layak. Cabaran politik negara semakin hebat.

Kita perlu ingat bahawa matlamat kita adalah menumbangkan kerajaan umno-bn. Tetapkan matlamat dan sasaran kita....

Faizul Amer
Pen. Setiausaha
AMK Bahagian Gelang Patah

01 March 2009

YAB DATO' SERI IR NIZAR KEHILANGAN IBU MERTUA

Dukacita dimaklumkan bahawa Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Nizar telah kembali ke rahmatullah pada jam 10:00 malam tadi di rumah anaknya di Jalan Damai, Tapah.
Jenazah akan disembahyangkan pada jam 11.00 tadi ini di Masjid Jamek Daerah Tapah.

Takziah kepada YAB Dato' Seri sekeluarga dari kami AMK Gelang Patah, Johor. Kami mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman kepada ALLAH s.w.t. Kami juga mendoakan dan mengharapkan agar YAB Dato' Seri terus tabah menghadapi segala ujian dari-NYA. Insya-ALLAH.....

PPSMI... APA PENDIRIAN KITA

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah lama diperkatakan oleh masyarakat namun belum ada pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor mahupun Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor yang tampil membuat kenyataan berhubung isu ini.

AMK Gelang Patah melihat isu PPSMI adalah isu yang serius bahkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah salah dari segi undang-undang. Dasar ini juga bercanggah dengan teori pembelajaran, di mana pembelajaran yang paling berkesan adalah di dalam bahasa ibunda. Apabila ia ditukar, kita melihat satu kesan nagetif akan berlaku di mana masyarakat luar bandar yang kurang bertutur dalam bahasa inggeris akan tersisih dan tertinggal di belakang. Yang fasih berbahasa Inggeris kebanyakkannya di bandar, itu pun latar belakang keluarga yang kaya yang mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan untuk mempertingkatankan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut tapi apa akan jadi dengan keluarga yang tidak berkemampuan apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang teruk sekarang. Justeru itu, masyarakat yang miskin di luar bandar akan tersisih daripada mendapat pendidikan. Hal ini menyebabkan kami betul-betul membantah perlaksanaan dasar ini dan meminta Kementerian mengkaji semula dasar tersebut. Jika benar2 mahukan pelajar menguasai bahasa inggeris kita perkemaskan pengajaran Bahasa Inggeris, bukannya dengan menukar pengajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris.

Dr. Hajjah Zaliha Musatafa, Ketua Bahagian PKR Gelang Patah yang sedang cuti sakit sekarang ini turut terpanggil memberikan pandangan beliau yang mana kita menentang bahasa inggeris kerana digunakan untuk mengajar Matematik dan Sains berikutan kelas Sains atau Matematik tidak mengajar tatabahasa dan tidak wajar diajar kepada murid dalam bahasa yang murid-murid itu sendiri tidak faham. Pakar-pakar sains dan matematik di seluruh dunia mengatakan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa ibunda adalah jauh lebih berkesan.

Apa yang kita mahu mutu bahasa inggeris di perbaiki dan dipertingkatan mutu pengajaran dan pembelajarannya di sekolah-sekolah, manakala sains dan matematik terus diajar dalam bahasa ibunda agar dapat memberi lebih kefahaman kepada murid2.

Sehubungan itu, AMK Gelang Patah menyeru agar pimpinan2 PKR, ahli2 PKR, PAS, DAP, pembaca serta siapa juga yang merasakan bahawa ketegasan kita membantah PPSMI adalah penting untuk anak cucu kita maka marilah kita beramai-ramai ke Himpunan Aman 100 Ribu akan diadakan di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang.

Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

PEMUDA UMNO : POLITIK TEPI JALAN...

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan bahawa Pergerakan Pemuda Umno tidak profesional berhubung isu surat layang yang mendakwa berlaku penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah oleh seorang exco negeri.

AMK Gelang Patah melihat situasi politik murahan ini sengaja diperbesarkan oleh pemuda umno yang lebih kepada untuk memancing undi kaum melayu bagi menghadapi PRK di Bukit Selambau. Mengaitkan istana dalam hal ehwal politik negara adalah perbuatan yang tidak bermaruah dan kebelakangan ini umno sering mempergunakan kesultanan melayu atau pihak istana untuk kepentingan politik murahan mereka.

Tuduhan yang dianggap tidak berasas itu dibuat semata-mata berdasarkan isi kandungan surat layang yang tidak diketahui dari mana dan siapa pengirimnya amat menhinakan umno itu sendiri yang sewajarnya matang dalam berpolitik apatah lagi usia umno sendiri melebihi 50 tahun. Tidak keterlaluan jika AMK Gelang Patah menganggap bahawa suart tersebut adalah rekaan dari pemuda umno itu sendiri bagi membuatkan rakyat resah dengan kenyataan yang diputarbelitkan oleh pimpinan umno sendiri. Manakala media terus dilihat sudah kehilangan maruah serta bertindak sebagai pencacai umno terus menghangatkan isu ini sedangkan kesahihan surat tersebut belum dipastikan.

AMK Gelang Patah menasihatkan pemuda umno supaya lebih bermaruah dan tidak memainkan politik murahan. Khairy yang berkelulusan Universiti Oxford juga nampaknya tergoda dengan politik kurang bijak pemuda umno Kedah. Mungkin benar tanggapan YB Karpal Singh terhadap pemuda umno dan sewajarnya pemuda umno muhasabah diri dengan tuduhan YB Karpal.

Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

MANCHESTER UNITED KUKUH DIPERSADA EPL


Tewasnya 2 - 0 pasukan Liverpool kepada Middlesbrough dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi buat menyukarkan lagi impian memburu mahkota kejuaraan dan meletakkan pasukan Manchester United berada dalam keadaan selesa. Chelsea pula yang dilanda masalah kepimpinan sebelum ini dan kini dibawah kendalian Guss Hidnk telah mencipta kemenangan tipis 2-1 ke atas Wigan dan meletakan pasukan Chelsea berada di tempat kedua liga, ketinggalan 7 mata di belakang Manchester United yang kurang 1 perlawanan. Walaupun Liverpool berkongsia mata dengan Chelsea namun kelebihan jaringan meletakan Chelsea berada di tempat kedua. Manchester United akan bertandang ke St. James Park untuk bertemu dengan Newcastle United pasti mahukan kemenangan bagi terus mengukuhkan cengkaman dipersada EPL.