DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

24 August 2008

Sehari Di Permatang Pauh





CATATAN DARI TANJUNG.........

Atas Kertas Permatang Pauh Milik AnwarTEPAT pukul 12:00 tengah malam tadi kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh telah masuk hari ke tujuh. Maknanya tempoh kempen sudah berlalu lebih separuh. Tinggal tiga hari saja lagi tempoh berkempen akan tamat. Penilaian awal sudah boleh dibuat siapakah yang mendahului dan popular untuk memenangi kerusi Permatang Pauh itu.Sekiranya apa yang ada hari ini akan kekal sehingga Selasa depan, maka keputusan hari ini adalah membayangkan keputusan pada jam 6:00 petang 26 Ogos nanti.Sepanjang malam tadi bermula jam 8:00 hingga jam 2:00 pagi saya berada di kawasan Permatang Pauh membuat tinjauan mata, dengan dan fikir. Melihat perang poster, sepanduk, banting dan juga suasana di pos-pos dan bilik gerakan kedua parti.
Memerhati suasana ceramah dan juga mendengar cakap-cakap kedai kopi oleh kedua penyokong belah pihak serta temutanya para rakan wartawan yang sejak hari penamaan calon hingga ke saat ini yang tidak lagi pulang atau meninggalkan Permatang Pauh.Dari tinjau menerusi permarhatian pancaindra kepada perang poster dan suasana bilik gerakan dan pos, jelas kedudukan PKR mengatasi BN. Boleh dikatakan semua pos dan bilik gerakan PKR meriah dan dipenuhi orang ramai. Ini berbeza dengan pos dan bilik gerakan BN yang lenggang dan sunyi walaupun lengkap dengan segala fasalitas.Poster pula khasnya dalam DUN Penanti, jelas poster PKR mendominasi suasana dan telah menawan seluruh kawasan DUN berkenaan. Di Kubang Semang kubu kuat Pas poster PKR memenuhi setiap ruang dan sepanjang jalan.Pekan sehari di situ dikelilingi bendera PKR dan gambar calon Anwar.
Pemandangan ini menunjukkan Pas memberi kerjasama sepenuhnya dalam pilihan raya itu. Kiri kanan jalan pula tercacak poster gergasi Anwar yang menggunakan slogan Merdeka dan sebaris janji yang menyakinkan rakyat beliau akan melaksanakan jika diberi mandat.Anih poster atau banting BN berkurang sekali. Apakah ianya strategi ataupun sebaliknya tidak dapat dipastikan. Yang nyata gambar Mohd Najib Razak dan Abdullah Badawi lebih banyak daripada gambar Ariff Shah, seolah-olah Najib dan Abdullah yang menetang Anwar. Di sesetengah trempat gambar itu dipacak di tepi parit atau longkang, yang nyatanya gambar Najib dan Abdullah berada rendah daripada poster Anwar.
Sepanjang malam tadi saya juga melewati tiga tempat ceramah PKR; di Permatang Rawa, Tanah Liat dan berakhir di Mengkuang Titi. Ketiga-tiga ceramah PKR penuh sesak. Kehadiran di Permatang Rawa dan Tanah Liart dianggarkan sekitar 2,500 hingga 3,000 manakala di Mengkuang Titi melebih 20,000.Sepanjang perjalanan kira-kira 15 km itu tidak ketemui satu pun ceramah BN. Cuma bila sampai di hadapan rumah Umno di Pananti, kelihatan beberapa orang petugas BN menghulurkan VCD kepada setiap kereta yang lalu lalang.Daripada 10 buah kereta yang lalu hanya satu yang sudi mengambil VCD berkenaan. Yang satu dari sepuluh itu termasulah saya yang mengambil untuk lihat apakah isinya.
Sebelum buka saya sudah dapat nmengagak isi VCD berkenaan, ialah mengenai Mubahalah sepihak si pembacuh, Saiful Apek, eh... sorryy Saiful Bukhari Azlan. Apa yang saya ramalkan dalam posting sebelum ini, sumpah si pembacuh kopi itu akan dijadikan modal dan bahan kempen tepat dan benar, seperti ditetak dengan golok!Anih juga kenapa ceramah BN tidak ada? Mungkin BN sudah tahu yang ceramah mereka tidak mendapat sambutan maka ia menukar strategi. BN tentu ada cara lain untuk mengunci pengundi! Kerana ceramah mereka tidak ada sambutan maka cara lain dilakukan bagi mengelak keaiban!
Tinjauan eksklusif malam tadi berakhir di Mengkuang Titi, di mana tempat terakhir PKR mengadakan ceramah dan merupakan stesen terakhir Anwar untuk malam tadi. Ceramah diadakan di atas padang bola. Sewaktu saya tiba Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail sedang menyampaikan ceramahnya. Turut bersama berada atas pentas ialah ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru Zulkifli Nordin, ahli Parlimen Indra Mahkota, Azan Ismail, ahli Parlimen Gombak Mohamad Azmin Ali dan seorang pemimpin Pas kawasan Permatang Pauh.Padang bola berkenaan penuh sesak dan orang ramai melimpah hingga ke atas jalan raya sepanjang tiga kilo meter.Mungkin melampau kalau dikatakan angkanya melebihi 30,000 namun ia tidak kurang daripada 20,000. Malang saya terlupa membawa flash jadi lautan manusia malam tadi tidak dapat dirakamkan sepenuhnya.
Sedang elok saya menghampiri pentas Anwar tiba untuk menyambung ceramah dan sekaligus menutup ceramah malam tadi. Menyaksikan penampilan malam tadi yang penuh bergaya, tutur bicaranya dan canda guraunya nampak Anwar begitu konfiden keadaan memihaknya kepada.Malam ini beliau sungguh ceria dan bertenaga. Semacam ada kekuatan baru yang diperolehinya. Apakah beliau sudah menerima jaminan daripada 30 ahli MP dari BN akan menyertainya sebaik beliau berada di Parlimen? Dari apa yang dibisikan kepada saya dua daripada ahli Parlimen berkenaan ialah dari kalangan menteri?Sejak beliau difitnah dengan kes liwat, malam inilah saya melihat Anwar seperti Anwar sebelum ini; cerita, bercanda dan konfiden dengan apa yang beliau perjuangkan.
Sewaktu berjumpa dan bersalam dengannya ketika Muktamar Pas di Ipoh, Ahad lepas wajahnya masih lagi disapu duka dan kelihatan sebam.Ceramah dan pidatonya juga masih konsisten berkualiti dan menghiburkan. Gurau sindirnya menghiriskan hati. Ketegasan dan jaminannya cukup menarik dan berjaya mengikat kaki dan menambat hati pendengar. Istimewanya bekas TPM dan bakal PM itu (InsyaAllah) sedikit pun tidak menampakkan kegentarannya untuk berhadapan dengan serangan dan tekanan BN. Ternyata slogannya Lawan Tetap Lawan terus dibarakan!
Salam Reformasi..... zul

ADUHAI PERMATANG PAUH - MESTI BACA






Sememangnya telah dijangkakan bahawa ceramah anjuran UMNO/BN tidak diterima oleh rakyat Permatang Pauh. Bukan sahaja tidak diterima oleh penyokong PKR malahan juga ahli UMNO sendiri. Majoriti daripada mereka sudah mulai "muak" dan "jelek" dengan kenyataan lapuk pemimpin UMNO Karat ini. Apa tidaknya, akibat kehabisan modal mereka terpaksa menjaja cerita lama semasa Anwar berada dalam kerajaan dulu. Cerita mengenai rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya kini mula dicanangkan bagi menagih simpati rakyat.

Mereka terpaksa menggunakan isu ini setelah mendapati rakyat Permatang Pauh menolak secara bulat-bulat isu "Liwat Hadhari" yang sedang dijaja sekarang ini. Rakyat makin tidak percaya dan "menyampah" dengan "konspirasi" terbaru puak-puak yang bercita-cita untuk menjatuhkan serta menghalang kemaraan Anwar ke parlimen itu. Kehadiran rakyat ke ceramah BN jelas sekali amat menggusarkan mereka. Ini membayangkan yang pengaruh Anwar sememangnya terlalu kuat di Permatang Pauh, biarpun apa jua alasan yang diberikan oleh mereka.

Terbaru semalam, ceramah BN yang dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam Zahid Hamidi hambar. Hanya sekitar 50 orang sahaja didapati hadir, itu pun termasuk dengan pihak urusetia. Jika tidak, mungkin tidak sampai pun 20 orang. Ceramah yang sepatutnya diadakan secara langsung menerusi RTM itu terpaksa dibatalkan siarannya disaat akhir kerana mungkin mereka malu melihat keadaan itu. Jika disiarkan juga, sudah pasti rakyat seluruh negara dapat melihat senario ini. Zahid yang dikenali sebagai menteri "samseng" apabila sanggup membelasah seorang pemuda yang "bercinta' dengan anaknya dulu seolah-olah terpaku melihat sambutan tersebut. Barulah beliau tahu "langit tinggi atau rendah" terkena penangan Anwar. Beliau yang diketahui "orang Anwar", kini memihak kepada UMNO setelah di"brainwash" oleh pihak polis semasa ditahan ISA diawal penangkapan Anwar dulu. Semangat juangnya luntur bersama "sisa-sisa noda" dalam dirinya itu. Maka itulah kini, beliau boleh berbangga kerana diberi tempat dan kedudukan yang istimewa sebagai menteri dalam kabinet Pak Lah.

Ceramah yang diadakan di Padang Sekolah Menengah Penanti itu hanya menyaksikan kerusi, khemah, lampu serta kelip-kelip malam untuk mendengarnya. Kesihan kita melihat Zahid, beliau mungkin terlalu kecewa melihat perkara ini. Ceramahnya yang tidak mendapat sambutan itu jelas membuktikan bahawa rakyat Permatang Pauh kni sudah bijak menilai kebenaran. Pembaziran berlaku sewenangnya di tapak ceramah, dengan lampu limpah, kipas, khemah yang dilengkapi dengan hiasan masih gagal mendapat sambutan. Bukan ceramah itu sahaja, malahan dimana-mana kini sememangnya ceramah UMNO/BN tidak mendapat sambutan.

Ia jauh sekali berbeza denngan ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, yang dihadiri ribuan rakyat dan segenap ceruk kampung. Tidak disediakan kerusi dan khemah, mereka tetap datang berduyun-duyun bagi memberi sokongan terhadap Anwar. Semoga dengan ini akan terbuktilah kepada kita bahawa, Permatang Pauh sememangnya kubu kuat "Anwar Ibrahim N Familys"

[Maklumat terkini diterima, sokongan rakyat terhadap Anwar kini meningkat 75%. Jika ini terus berlaku, maka peluang cerah untuk Anwar ke parlimen pasti tercapai. Malahan juga majoriti undi akan turut meningkat. Cuma, pemantauan lebih kerap perlu dilakukan terhadap SPR yang kini sudah mula nampak berusaha mengurangkan undi. Senarai nama pengundi berdaftar hilang mencecah 1000 orang kini, dan nama pengundi hantu sudah mula dikenalpasti. Sungguh malang nasib SPR sekali lagi, yang masih lagi tidak profesional rupanya !!]
Salam Reformasi dr Permatang Pauh .... zul

21 August 2008

Anwar tuntut Timbalan Menteri mohon maaf

KUALA LUMPUR: KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim telah menghantar notis kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Hamzah Zainuddin menuntut maaf di atas kenyataan yang menyentuh peribadi beliau.Anwar akan mengemukakan saman sebanyak RM10 juta sekiranya Hamzah gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam dari tarikh notis tersebut.

“Kalau dalam tempoh 48 jam Hamzah tidak meminta maaf kepada anak guam kami, kita akan meneruskan tindakan undang-undang untuk menyaman beliau,” peguam Anwar Sankara Nair memberitahu Suara Keadilan.Beliau berkata notis tersebut telah di hantar melalui faks kepada pejabat Hamzah kira-kira pukul 5.15 petang semalam.

Notis yang dihantar melalui peguam beliau, S N Nair & Partners pada 20 Ogos 2008 memetik akhbar bahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh yang menyatakan Hamzah menuduh Anwar mengganggu isteri beliau di bawah tajuk ” Anwar Harrassed My Wife” bertarikh 19 Ogos 2008.Artikel itu menyatakan Hamzah mendedahkan Anwar mengacau isterinya pada 1998 dan mengambil kesempatan ke atas isteri beliau walaupun mereka adalah sahabat baik.Menurut notis itu kenyataan Hamzah telah mencemarkan imej Anwar dan memberi gambaran beliau seorang yang bermoral rendah dan berkarektor buruk.

Hamzah,51, yang merupakan bekas Pengerusi Felcra Bhd dan mantan Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat sebelum ini mengejutkan negara apabila diperintah Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid sebanyak RM11.206 juta dalam tempoh sebulan pada April 2004.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang di dalam blog beliau pernah mempersoalkan bagaimana Hamzah seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan mampu mempunyai harta berjuta ringgit sehingga mahkamah berpendapat beliau berkemampuan untuk membayar jumlah tuntutan mutaah yang besar kepada bekas isteri beliau.

SPR, Umno/BN cemar kempen Pilihan Raya Permatang Pauh

RUJUKAN KAMI: SUA2008/SPR/0115
TARIKH: 21 Ogos 2008

Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690
PUTRAJAYA

Yang Berbahagia Tan Sri,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ADUAN BERHUBUNG PERJALANAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH

Menemui Yang Berbahagia Tan Sri semoga dalam lingkungan kesejahteraan yang baik.
Merujuk kepada perkara di atas dan seperti yang kita maklumi bersama bahawa Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh sedang rancak berjalan. Pilihanraya kali ini dianggap paling menjadi tumpuan negara dan dunia kerana mempertemukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menentang calon dari Umno dan AKIM.

Adalah sangat mendukacitakan ketika seluruh rakyat dan masyarakat antarabangsa begitu berminat mengikuti perkembangan pilihanraya, namun perjalanan kempen pilihanraya terus dicemari dengan pelbagai salah laku kempen yang memperlihatkan kelemahan sistem demokrasi di Malaysia dan tentunya memperlihatkan kegagalan SPR untuk mengendalikannya secara adil dan telus.

Saya sangat mempersoalkan kredibiliti dan kerja SPR kerana apa yang timbul bukanlah perkara baru malahan ianya adalah perkara sama yang berbangkit pada setiap kali pilihanraya walaupun berbagai-bagai aduan, kritikan, dan cadangan telah dikemukakan kepada pihak SPR.

Sehubungan dengan itu saya meminta dan berharap agar SPR dapat meneliti untuk bertindak dengan serius dan bersungguh-sungguh terhadap aduan yang saya kemukakan seperti berikut;

i. Nama Pengundi Hilang

Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 900 pengundi yang namanya tercicir dan hilang daripada buku daftar pemilih bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh. Nama-nama tersebut terdapat dalam senarai daftar pemilih yang lepas dan boleh membuang undi pada pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini kini didapati tercicir dari daftar pemilih terbaru.

ii. Pemilihan Hari Bekerja Sebagai Hari Membuang Undi

Dilaporkan bahawa pemilihan hari Selasa 26hb Ogos, 2008 iaitu hari bekerja adalah sesuatu yang sangat dipersoalkan kerana akan menyukarkan kepada pengundi untuk membuang undi terutamanya pengundi-pengundi yang bekerja dan pengundi yang berada diluar kawasan.

iii. Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN

Agensi kerajaan telah dugunakan secara terang-terangan untuk berkempen bagi pihak Parti kerajaan Umno/Barisan Nasional. Penglibatan agensi kerajaan untuk tujuan kempen adalah menjadi suatu kesalahan dan melanggar etika kempen pilihanraya

iv. Laporan Media Yang Berat Sebelah

Laporan media terhadap kempen pilihanraya secara keseluruhannya menyebelahi calon Umno/BN dan pendekatan menyerang calon Parti Keadilan Rakyat secara keseluruhannya laporan media adalah sesuatu yang malang bagi prinsip etika media dan sistem Demokrasi Malaysia.

v. Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan

Kempen pada kali ini menampakkan kawalan keselamatan yang berlebihan. Ramainya anggota polis, menggunakan helikopter dan polis simpanan persekutuan adalah bertujuan untuk mengganggu kempen dan mewujudkan rasa takut kepada pengundi disamping media cuba melabelkan Parti Keadilan Rakyat dengan keganasan yang langsung tidak berasas sama sekali.

vi. Mengambil Kad Pengenalan Pengundi

Terdapat laporan petugas-petugas kempen Umno/BN telah berjumpa dengan pengundi dan mengambil kad pengenalan pengundi atau salinan kad pengenalan. Tindakan ini adalah menjadi suatu kesalahan dan mewujudkan kesangsian tindakan Umno/BN.

vii. Sogokan Wang kepada Pengundi

Dilaporkan bahawa kempen Umno/BN telah menggunakan sogokan wang untuk meraih undi. Petugas Umno/Bn bertemu pengundi menawarkan wang supaya pengundi diminta mengundi calon Umno/BN atau pun pengundi menyerahkan kad pengenalan mereka. Tindakan ini selain menyalahi etika pilihanraya dan mempunyai unsur amalan rasuah.

Kerjasama dan tindakan dari pihak Tan Sri saya hargai dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha bersama kita memartabatkan demokrasi Malaysia akan mencapai kejayaan.
Sekian, terima kasih.

DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat

UiTM dan sumpah laknat Saiful

ADA sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai sehari dua ini. Bukan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tidak juga orang menunggu apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersumpah angkat Quran. Dan, bukan juga menunggu siapa wakil-wakil rakyat BN yang akan menjadi ‘katak’ melompat parti. Orang ramai menunggu adakah, dan bilakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan disaman oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Samah? Sekiranya melihat semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan Dr Ibrahim – kalah penceramah-penceramah politik yang berkempen di Permatang Pauh! – Khalid sepatutnya sudah menerima surat saman sekarang.

Bos di menara gading itu mahu orang No.1 dalam pentadbiran negeri Selangor memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya berhubung kuota 10 peratus diberikan kepada pelajar bukan Melayu untuk masuk ke universiti awam itu. Kata Sang Prof, jika MB tidak mahu memohon maaf, beliau akan mengheretnya ke mahkamah. Agaknya pemimpin PKR itu sendiri tidak menyangka bahawa kenyataan seperti itu boleh meletup menjadi isu besar, lebih hangat dari isu pembunuhan kejam model Mongolia yang bernama Altantuya.

Dr Ibrahim nampaknya berang sangat dan menegaskan lebih 20,000 warga UiTM di kampus utama Shah Alam juga kampus-kampus cawangan seluruh negara, berasa amat tersinggung. Maka tidaklah menghairankan apabila beberapa hari setelah kenyataan Khalid, 5,000 pelajar universiti itu mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan pejabat MB Selangor. Sehari dua lepas itu beribu-ribu lagi pelajar kampus cawangan seluruh negara – termasuk Sabah dan Sarawak – turut berarak sambil membawa sepanduk mengutuk Khalid. Syabas kepada pelajar-pelajar UiTM yang berani berarak dan menunjuk perasaan seolah-olah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sudah tidak wujud.

Dan untuk beberapa hari selanjutnya Khalid dihentam teruk melalui media oleh banyak pihak – semuanya mendakwa tidak ada kaitan politik. Semua bersemangat luar biasa untuk terus menutup pintu UiTM kepada bukan Melayu. Malah, ada yang mengecap bekas tokoh korporat itu tidak berhati Melayu. Pada hal apa yang dikatakan oleh Khalid sebenarnya bukan perkara baru. Seperti yang dijelaskan oleh pakar sejarah Prof Khoo Kay Kim, cadangan membuka UiTM kepada bukan Melayu telah disuarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad lebih sepuluh tahun lalu. Tetapi tidak ada siapa pun melenting. Mungkin ketika itu cadangan ‘hebat’ itu datangnya dari UMNO, maka ia tidak ditentang.

Agaknya jika Khalid bukan orang PKR, cadangannya itu tidak dipedulikan juga! Sebenarnya, jika dibuka pun kepada bukan Melayu, UiTM bukan satu-satunya contoh hak Melayu telah dikorbankan. Apabila Maktab Latihan Sultan Idris (SITC) Tanjung Malim ditubuhkan British 1921, tujuannya adalah untuk melatih guru-guru dari kaum Melayu dan Bumiputera sahaja. Dari zaman Dussek, kemudian Zaaba dan zaman-zaman lepas merdeka SITC terus menjadi institusi Melayu. Kemudian maktab latihan perguruan itu berubah mengikut zaman dan bertukar status menjadi Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI), dan akhirnya menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pada tahun 1998 kerajaan mengumumkan universiti baru itu dibuka juga kepada orang bukan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditubuhkan pada 1970 juga mulanya untuk memberi keutamaan kepada orang Melayu. Tetapi pertengahan 1980-an pemimpin Melayu mengalah kepada desakan parti-parti bukan Melayu supaya universiti itu membuka pintu kepada pelajar bukan Melayu, mula-mula hanya lima peratus. Kini pelajar bukan Melayu di UKM melebihi kuota lima peratus. Julai 2008 JPA mengumumkan pemberian biasiswa hingga kuota 45 peratus kepada pelajar bukan Melayu.

Sebelumnya 60 peratus kuota diberikan kepada pelajar Melayu/Bumiputera. Ada bangkangan di Parlimen, tetapi kuota kepada pelajar bukan Melayu itu diteruskan. Jadi apa luar biasanya cadangan membuka kuota 10 peratus UiTM kepada bukan Melayu? Satu cadangan yang telah dikemukakan oleh pemimpin UMNO lebih sepupuh tahun lalu dan hanya menjadi isu sekarang apabila diulang semula oleh pemimpin PKR. Sehingga petang semalam, Khalid tidak mahu memohon maaf atas kenyataannya. Tentulah ramai yang menunggu MB Selangor itu disaman oleh Prof UiTM. Sekiranya MB tidak memohon maaf, dan tidak pula ada saman, perlukah orang Melayu meminta kedua orang ini bersumpah angkat Quran seperti yang dilakukan oleh Saiful?

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

KERAJAAN HONG KONG RAMPAS WANG MUSA AMAN

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 200 telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta. “CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.
Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.
Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah modern, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa. Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.
Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

“Satu sport rim keretanya sama nilainya dengan sebuah proton wira,” ujar William, seorang mekanik yang menyelenggara keretanya sejak tujuh tahun lalu..
Dalam pada itu, hubungan antara Daud Tampokong dan Michael Chia terlalu rapat kerana mereka sering dilihat bersama di Shang Hai, Shang Zen, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Quang Zhou untuk menguruskan ‘ang pau’ untuk Musa Khan yang kebanyakannya dimasukkan ke dalam akaun Hajjah Rosmawati Haji Lasuki (Gundik Musa Aman) yang juga Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Yayasan Sabah.

http://gundohing.netfirms.com

Salam Reformasi

Insiden yang lebih buruk akan berlaku di Permatang Pauh?


Jangka saya lagi, calon BN akan kalah seperti mana Chong Wei kalah straight set dengan Li Dan di sukan Olimpik baru-baru ini. Anwar akan mendapat majoriti yang lebih daripada Wan Azizah perolehi semasa PRU 12 kecuali ada taktik yang tidak bersih digunakan semasa kempen. Tekaan saya, Anwar akan mendapat majoriti lebih 18, 000.

Sesuatu yang mengejutkan akan berlaku di Permatang Pauh P044
Saya menjangkakan akan berlaku insiden yang amat mengejutkan dan lebih hebat impaknya daripada insiden di Rusila semasa PRU 12 baru-baru ini. Saya harap semua penyokong, baik Pakatan Rakyat dan juga barisan Nasional janganlah emosional. Jaga kelakuan anda ! Jangan kerana kelakuan anda semua orang malu. Orang Melayu malu !

Jangka saya lagi, calon BN akan kalah seperti mana Chong Wei kalah dengan Li Dan straight set di sukan Olimpik baru-baru ini. Anwar akan mendapat majoriti yang lebih daripada Wan Azizah perolehi semasa PRU 12 kecuali ada taktik yang tidak bersih digunakan semasa kempen. Tekaan saya,Anwar akan mendapat meajoriti lebih 18, 000.Kepada pihak polis, diharapkan pihak polis meletakkan CCTV yang gambarnya jelas dan boleh dizoomkan di lokasi-lokasi panas agar memudahkan siasatan nanti. Harap jumlah anggota polis yang mencukupi dibawa ke Permatang Pauh untuk memastikan sebarang kekecohan boleh diredakan lebih awal.Kepada pemimpin BN di Permatang Pauh, inilah masanya anda semua meminta yang terbaik untuk kawasan Permatang Pauh. Jangan jadi seperti Kuala Berang yang tidak begitu bijak mempergunakan Pilihanraya Kecil untuk memacu kemajuan Kuala Berang.

Amat bertuah masyarakat di kawasan yang diadakan pilihanraya kecil kerana pelbagai janji-janji manis akan dihulurkan kepada mereka. Jadi gunakan PRK ini sebaik mungkin untuk menagih janji daripada pemimpin atasan. Cuma saya berharap janganlah janji dibuat hanya untuk menagih undi, berikan sahaja apa-apa yang patut diperolehi oleh rakyat Permatang Pauh tidak kira siapa pun yang menang.

Rakyat Permatang Pauh ! Adakah kamu semua berjiwa kental atau berubah prinsip sekelip mata ? Perubahan untuk rakyat Malaysia bermula daripada tuan-tuan dan puan-puan. Saya tidak pasti benar atau tidak akan ada perubahan selepas 16 September nanti tetapi mengikut perkiraan saya rakyat Sabah dan Sarawak mahukan perubahan setelah sekian lama tidak ada perubahan yang signifikan bagi saya. Jika tuan-tuan dan puan-puan selesa dengan keadaan sekarang, apa yang boleh saya katakan tetapi fikirkanlah masa depan Malaysia yang masih kelabu. Wawasan 2020 yang berbaki dau belas tahun lagi seolah-olah hanya tinggal angan-angan. Remaja kita tenggelam dalam hiburan yang melalaikan. Penduduk kampung terus tertekan apabila nilai wang terus mengecut.
Saya cabar tuan-tuan dan puan-puan untuk merdeka dan berani membuat keputusan tanpa pancingan dan tekanan dari mana-mana pihak.

Kepada pemimpin Melayu UMNO, ramai-ramailah berhijrah ke PR untuk menyeimbangi agihan kerusi nanti. Lupakan dulu kedudukan yang tuan-tuan dan puan-puan ada sekarang sebaliknya fikirkan tentang rakyat. Seandainya ada nama-nama besar seperti Tengku Razaleigh, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Ahmad Said dan Shahril Samad turut berhijrah pastinya semua akan membuka mata dan terkejut. Apa pun, sudah namanya politik, segalanya tidak mustahil ! (saya amat mengharapkan mereka ini berhijrah walaupun seakan pengharapan yang merepek.)
Apa-apa yang terjadi pada September ini, diharapkan semua pemimpin Melayu bijak berpolitik selepas ini dan bukan dikuasai oleh emosi bila bercakap dan berhujah. Jika pemimpin di dewan parlimen yang mulia dikuasai emosi janganlah hendak disalahkan penyokong yang bertindak diluar batasan kerana geram.

Sebenarnya, samaada BN atau PR yang memerintah, bangsa Melayu akan terbela sekiranya pemimpin Melayu pandai berpolitik dan tahu apa itu amanah dan tanggungjawab. Biar di mana anda berdiri, jadilah pejuang dan pemimpin yang adil. Masa depan agama, bangsa dan negara di tangan anda ! Masa depan anda di dunia dan di akhirat pula bergantung dengan kepimpinan anda !

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Projek Perumahan RM180 juta Seri Iskandar Tidak Wujud !

Kerajaan negeri Perak menyatakan dua anggota exconya yang ditahan Badan Pengecah Rasuah (BPR) kerana dikatakan terlibat dengan rasuah adalah satu konspirasi politik, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan manamana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Projek tak wujud jadi mustahil keduadua exco boleh membantu meluluskan projek.

"Kami yakin kedua-dua exco dan rakan-rakan telah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa," katanya mengulas kes penahanan dua anggota exco atas tuduhan rasuah selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di kediamannya di sini, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah naib presiden PKR Dr Lee Boon Chye, pengerusi PKR negeri Ismail Yusof dan pengerusi DAP Datuk Ngeh Koo Kham serta Anggota Dewan Undangan Negeri pakatan itu.

Menurut Mohammad Nizar, kerajaan negeri tidak akan menghalang BPR daripada menjalankan siasatan ke atas mana-mana adunnya.Agensi Bernama melaporkan hari ini, BPR menahan dua anggota exco kerajaan negeri Perak yang ditahan bersama empat lelaki lain oleh kerana dikatakan terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Mereka juga dikatakan terlibat dengan rasuah seks.

Menurut BPR, tiga daripada suspek termasuk seorang daripada anggota exco itu ditangkap sejurus selepas mereka disyaki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.

"Biarlah proses undang-undang berjalan," katanya, sambil menambah beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu untuk mendedahkan pembohongan dan penyelewengan kes itu.

Selain itu, Mohammad Nizar berkata Pakatan Rakyat juga akan menubuhkan panel peguam untuk membantu pembelaan.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar itu berlangsung selama satu setengah jam.Dua Exco Perak yang ditahan BPR adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan yang juga ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, 52 dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang juga ADUN Changkat Jering Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, 57

Timbalan Presiden PKR Dr. Syed Husin Ali telah mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap penahanan kedua ahli yang berhormat PKR tersebut dan menggesa mereka dibebaskan segera.Dalam perkembangan yang sama Pengerusi DAP Perak dan juga Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham mendakwa Barisan Nasional terbabit dalam konspirasi menjadikan dua anggota Exco sebagai mangsa untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Siapa “Tuhan” Saiful sebenarnya?












Rakan2 dok sibuk tanya komen aku tentang sumpah saiful. dengaq dari cara tanya, aku tau ramai yang serabut perut dengan budak sekoq ni. masa balik kenduri kat kampung ujung minggu baru ni pun ramai pak2 menakan sepupu sepapat mai dok besila keliling tanya apa dah jadi? masing2 keluaq pendapat masing2. yang paling bestnya tok tam kob aku yang buta hurup dok menyindir sambil besandaq kat tepi tangga. dia kata, dan aku quote “susah apa, dapat lima juta, pi mekah tawaf ka’bah sampai penin. teghiyak tobat sampai buta. balik bagi makan orang miskin. bayaq kifarah. habih”.

orang kampung ni, walaupun mengaji tak tinggi, tapi analitiknya sangat tajam. bab tu yang aku suka besembang dengan depa.

OKlah. aku mulakan blog kali ni dengan menempekkan satu email khas daripada sahibul fadhilah al-ustadz saiful al ghuyub yang dihantar pada keesokan tengah paginya selepas dia membuat laporan polis. aku tak tau kenapa dia tiba2 hantaq email ni, tapi kebangangannya nyata teserlah sekali.

to xxxxxx
date Sun, Jun 29, 2008 at 1:52 AM
Salam,
Atas nama Allah s.a.w saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh DS Anwar Ibrahim. Allah s.a.w telah memberi saya kekuatan untuk bangkit dari ketakutan bagi menentang orang Munafik ini.

Saya sanggup korbankan seluruh masa depan saya Demi Allah, Agama, Negara dan Bangsaku.
Sent via BlackBerry from Maxis
Ya sheikh. Sebab tu setiap kali hang becakap pasai Tuhan, pasai Munafik, pasai Agama, pasai Perjuangan, aku terpaksa menggaruk dahi bertenang supaya aku tak terasa sangat ralat penah bekawan dengan manusia macam hang ni. Sebut nama Tuhan sendiri pun tak betoi! Inilah Saiful, manusia yang pernah dilaporkan oleh media massa sebagai “seorang bekas pempimpin persatuan Islam semasa di Universiti“nya dulu.

Nah, sekarang anta telah bersumpah. Masya’Allah! Anta sangat hebatlah! Ana tamau nak pertikaikan bab anta pegang Quran tangan kiri dan baca teks tangan kanan. Ana jugak malas nak ingat2 balik betapa anta berusaha sedaya upaya “meng’arabkan” bacaan Fatihah semasa opening nak bersumpah. Yang ana nak bisik kat anta kali ini ialah : lengkali jangan belakon hero teruk sangat. kantoi nanti senak perut! hantaq email dah kantoi sekali. angkat sumpah pun kantoi lagi!

Ya syeikh. masa ana dok tengok anta tergugup2 baca kertas putih untuk upacara angkat sumpah tu, ana dah rasa mesti anta akan kantoi sikit sebanyak. Rupanya betoi ya syeikh, “watallahi” pun anta dah salah! MasyaAllah syeikh… itu basic sumpah tu. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Kalau anta dok sibuk pasai usul sumpah, dan terkinja2 sangat nak bersumpah, mesti anta tau camana nak sebut lafaz sumpah, kan? Aiii… takkan orang macam anta tak tau lafaz sumpah kot? Kalau tak tau, yang anta dok terkinja2 selama hari ni besungguh suruh orang bersumpah sebab apa? Sebab anta memang terer bersumpah ka? Atau sebab orang lain dok suruh anta suruh orang lain bersumpah?

Ana tak tau la samada anta ada jumpak ezam untuk belajaq sebut sumpah yang betoi sebelum ni. Walaupun ana ada sikit2 dengaq tentang anta dan ezam, tapi ana tamau libatkan ezam yang sedang sibuk dok larikan diri daripada isu kotak dokumen rahsia tu menjawab pulak isu anta. Ana rasa ezam dah cukup kenyang makan sumpah. Biaqla dia makan kotak pulak lepas ni. Tapi bab anta melafaz basic sumpah yang secara nyata terpaksa membaca dari kertas, dan SALAH pulak tu, betoi2 membuatkan ana beristighfar panjang sambil geleng2 kepala. Bagi ana, Allah dah balas cash kat anta depan seluruh dunia. Tergagap bersumpah dengan tangan kiri memegang Quran. Bab tangan kiri pegang Quran ni pun satu hal lagi. Tapi ana tamau nak ulas bab tu sebab ana takut Ustadz Mujahid Astora Jabat akan keluaqkan bejuta nas tentang perkara ni yang dipetik daripada perawi2 yang kebanyakannya orang arab sendiri pun tak penah dengaq. Tapi ana suka bila tengok balik rakaman kat TV3 bab anta sebut lafaz sumpah nama Allah yang ketiga tu tak betoi.Terpaksa ditegur. Itu basic sebutan sumpah. Nak sumpah, WAJIB sebut tiga tu. Budak taski abim taman malik pun tau!

Ana pernah bergurau ngan anta supaya tapayah dok sibuk besumpah dengan nama Allah, cukup sekadar bacakan dulu doa qunut depan ana. Tapi anta tak layan. Anta sebok nak bersumpah. Nak bersumpah dengan “cara sebenar2 Islam”, “dinasihati oleh Ulama’”, “dalam mesjid”, dan macam2 lagi nak tunjuk anta ni pejuang agama. Pejuang agama kepala hotak anta! Sebut nama Tuhan anta pun tak betoi! Bukan sekali diulang sebut, dua kali! Tu pun salah lagi! Nak becakap dan besumpah dengan nama Tuhan?

Ana nak tanya betoi2 kat anta. Anta kenai ka sapa Tuhan anta? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah taip benda yang paling basic? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah lafaz nama yang paling Agung? Nyata sekali anta adalah munafik besar dalam abad ini! Penipu dan penjual agama yang paling jelek yang pernah ana kenai! Saiful - kamu mempermainkan agama Islam aku, dan tanpa segan silu MEMPERLEKEHKAN NAMA TUHAN AKU!

Celakalah kamu yang mempermainkan nama Allah, agama Allah, dan semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia - menipu dan berpura-pura atas nama agama demi untuk agenda peribadi kamu sendiri! Kamu boleh berdalih tentang “tersasul” dan “tersalah”.
Tetapi hanya yang JAHIL MURAQAB sahaja yang tidak boleh menyebut nama Tuhannya dengan lancar dan sempurna! Dan kamu menyerlahkan kejahilan kamu ke seluruh pelusuk alam dengan bersumpah dengan mempermainkan nama Tuhan dalam kegagapan dan ketersasulan!
Dan hanya yang jahil muraqab jugalah yang boleh percaya dengan lakonan sumpah hang ni. Sebab berbeza dengan orang yang berpelajaran dan ada roh agama dalam hati, hanya orang2 ameno yang bejumpak bomoh dan pawang untuk jadi calon saja yang percaya sumpah2 dari orang yang sebegini.

*Juga disiarkan di JahilGoblog, AIC, Republik Kata

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

AWAS PENGUNDI HANTU DI PERMATANG PAUH

Hantu-hantu yg tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu:
Toyol
Toyol didefinisikan sebagai “hantu kanak2 bogel yg digunakan untuk mencuri. Undang2 mentakrifkan “kanak2” sebagai orang yg berusia bawah 18tahun, manakala umur yg layak mengundi pula adalah 21tahun. Oleh itu, walaupun toyol itu hantu, beliau tidak layak menjadi pengundi hantu kerana tidak cukup umur.
Orang Minyak

Orang minyak badannya diselaputi minyak. Selepas menyerahkan kad pengenalan, kertas undi yg beliau ambil akan terpalit kesan minyak yg hitam dan pekat. Secara automatic undi beliau akan menjadi undi rosak. Ia tidak membawa faesah kepada mana-mana parti (kecuali PUNDAK)
Pocong

Pocong, walaupun hantu yg cukup umur dan tidak berminyak , tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu. Ini adalah kerana tubuh beliau yg dibungkus ketat tidak mengizinkan menggunakan tangan. Tanpa tangan, beliau tidak dapat memangkah kertas undi.
Hantu Jepun

Hantu jepun adalah bayangan makhluk yg berpakaian seperti tentera jepun. Selalunya beliau dikaitkan dengan tempat yg pernah dijadikan markas tentera jepun semasa jepun menawan Malaya.Tempat yg selalu disebut-sebut adalah bangunan sekolah berasrama dan pejabat kerajaan. Walaupun hantu jepun itu hantu, beliau tidak layak menjadi pengundi hantu kerana beliau warga Negara jepun.
.
Hantu Galah

Hantu galah dikatakan besaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Oleh kerana pusat mengundi biasanya di sekolah, dan pintu bilik darjah hanya sekitar 7kaki, beliau tidak dapat digunakan sebagai pengundi hantu. Ketinggian beliau tidak mengizinkan beliau masuk ke bilik mengundi.
(hang ingat dunia aje ada politik mengundi..hantu pun ada..lagi2 sekarang..ghost month)
Untuk peringatan..!!
Dah kita semua dalam suasana PRK Permatnag Pauh ni..marilah kita berjaga2 dengan hantu yang paling bahaya mutakhir ini..jenis hantu ni tak tau nak masuk katogeri mana..bak kata pepatah cina..''nang bo ti nang..kui bo ti kui.. ''maksud bahasa antarabangsanya "nak kata human bukan human..nak kata ghost bukan ghost..".
jadinya janganlah anda diselubungi MISTERIIIIII......
wallahualam...jangan lupa baca ayat Kursi sebagai pendinding...

LAGI-LAGI KISAH IMAM RAMLANG PORIGI / SAY POOL & MASJID WILAYAH

gerakan beremail,call dan fax ramai ramai........
ini ialah abang hensem dan comel yang bersama sialfool tempoh hari.kita email dan telefon dia tanya.kenapa dia berada di sana.atas arah siapa.mamat ni bernama :

Dato' Che Mat bin Che Ali Dato'
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Telefon: 03-22749333 Ext: 2101
Email: pengarah@jawi.gov.my : che_mat@jawi.gov.my

Masjid WilayahJalan Duta ,50480 Kuala Lumpur.Tel: 03-62018780 Faks: 603-62018790

Iman Besar:Dato' Hj Kamaruddin bin Zakaria

WAKTU MELAWAT:Isnin - Khamis: 10am - 12am, 2pm - 4pmJumaat: Untuk Solat Jumaat Sahaja
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 0am - 12am, 2pm - 6.30 pm

tu sedikit info tentang masjid wilayah tempat di mana sialfool angkat sumpah.munkin kita blh telefon dan fax ramai ramai dan tanya..siapa bg kebenaran kat mamat ni.masjid dan majlis wilayah perlu jelaskan tentang kes sumpah ni.
**cuma sesiapa yang ada info,siapakah gerangan imam yang bernama Ramlang Porigi ni.
jom kita mulakan gerakan email,call dan fax sehingga penjelasan dpt mereka berikan dan atas arahan siapa pengarah JAWI blh hadir ke majlis tersebut

Lawan TETAP Lawan...

MUDAHNYA MENJADI IMAM MASJID HADARI - RAMLANG PORIGI

Pooooooragggggghhhhh......!!!

RAMLANG PORIGI-IMAM MASJID WILAYAH???


Lupa nak bagitahu : RAMLANG PORIGI nihlah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar.....
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi / Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext :158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137
Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam
RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi Tarikh Lahir : 26 Jul 1979 Jantina : Lelaki Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20 Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN : 044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Insaflah wahai manusia...

Semalaman Bersama CheGu Bard di Permatang Pauh





salam....

Aku baru sampai rumah setelah beberapa urusan di selesaikan di permatang pauh...aku juga ke bilik gerakan AMK Malaysia serta berbincang dengan Pengarah Pilihanraya Kecil AMK Sdr. Farish Musa serta Ketua AMK Samsul Iskandar....sebelum aku pulang...sempat aku menjengah Saudara Hishamuddin Rais,Amin Iskandar/Black serta teman2 pemantau bebas pilihanraya kecil di satu lokasi yang mungkin ada segelintir golongan amat berhajat memantau kerja mereka...bukan saja mereka nk pantau kerja pilihanraya....ada juga pihak yang nak pantau mereka...hehehe...mcm tu la putaran roda...

Lebih kurang jam enam...aku bergerak di 1 lagi lokasi...aku berjumpa dengan Chegu Badrul untuk berbincang mengenai beberapa program yang telah di aturkan di Pmtg Pauh...lepas makan...aku pun pulang & menerima sms dari beberapa teman mengenai kedudukan terkini di Pmtg Pauh...

Skrg aku di depan Laptop..aku melayari beberapa artikel teman2 bloggers...ketika aku masuk ker blog perisik rakyat...aku terjumpa la picture yang di katakan di ambil dari Skuad Dun Batu Caves

Lepas tuh aku terjumpa lagi benda nih dlm blog Matcomot serta dari benda yang berkaitan dalam blog yang sama iaitu Perisik Rakyat mengenai benda yang sama persoalannya dengan blog Matcomot...jadi korang klik la sendiri & tanyakan kesahihannya & emailkan pada tuan empunya blog tersebut...Aku nk ingatkan kepada semua yang melayari blog ini...ingatlah..hingga 26 ogos ni,takyah bazir duit beli paper...hampa belanja aku minum teh lagi baguih...klau yg nk tgk tv tuh...berita jam 8 tv1,2 & 3 suku tuh...korang tutup...jimat juga bil elektrik rumah hampa...mengadap depan komputer...maklumat dalam sejam...hampa dapat pelbagai info termasuk la tak payah nak beli paper sbb nk tgk keputusan no ekor (HARAM di sisi Agama)...

Dalam internet ni...korang bley dapat info awal dari keretapi peluru kat jepun tuh...bayangkan,raja petra yang botak tuh buleh perjelaskan dalam artikel dia mengenai dengan pembentangan rang undang2 mengenai DNA di parlimen agar boleh di gunakan untuk memaksa DSAI memberi DNA nya mengikut perundangan yang bakal di bentangkan & di guna pakai di Mahkamah...tetiba hari ini sudah terbukti....takkan si botak tuh AHLI NUJUM?bijak...bijak...korang tak caya cakap aku?tadi dalam TV3 pun ada tunjukkkan?

So...skrg dok bz ceta pasal SUMPAH...sampai tak faham langsung...ni ceta dari Bapak Gus Dur plak...dulu aku dh tulis mengenai komen Tok Guru Nik Aziz...TGHH dgn Datok Dr Haron Din...tp taktau la kot hampa tak faham lagi...falsafah aku tetap mudah...mcm sang nabil...korang ada akal...lu pikir la sendiri.......

Misteri Imam Wilayah Persekutuan...


Mendengar namanya sudah asing. Bila mendapat tahu bahawa dia adalah Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi dalam majlis sumpah Saiful, kepala jadi pening.
Siapa dia?
Carian dalam Daftar Pemilih SPR mendapati Ramlang Porigi merupakan pengundi Permatang Pauh! Tapi apa yang jelas, kod negeri yang terdapat dalam kad pengenalannya menunjukkan beliau berasal dari Sabah!. (790726-12-5443.)
Lihat screenshot daripada SPR ini.


Pengundi hantu yang diimpot dari Sabah?

Korek... Korek... Korek...

20 August 2008

sumpah????