DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 August 2008

Siapa “Tuhan” Saiful sebenarnya?












Rakan2 dok sibuk tanya komen aku tentang sumpah saiful. dengaq dari cara tanya, aku tau ramai yang serabut perut dengan budak sekoq ni. masa balik kenduri kat kampung ujung minggu baru ni pun ramai pak2 menakan sepupu sepapat mai dok besila keliling tanya apa dah jadi? masing2 keluaq pendapat masing2. yang paling bestnya tok tam kob aku yang buta hurup dok menyindir sambil besandaq kat tepi tangga. dia kata, dan aku quote “susah apa, dapat lima juta, pi mekah tawaf ka’bah sampai penin. teghiyak tobat sampai buta. balik bagi makan orang miskin. bayaq kifarah. habih”.

orang kampung ni, walaupun mengaji tak tinggi, tapi analitiknya sangat tajam. bab tu yang aku suka besembang dengan depa.

OKlah. aku mulakan blog kali ni dengan menempekkan satu email khas daripada sahibul fadhilah al-ustadz saiful al ghuyub yang dihantar pada keesokan tengah paginya selepas dia membuat laporan polis. aku tak tau kenapa dia tiba2 hantaq email ni, tapi kebangangannya nyata teserlah sekali.

to xxxxxx
date Sun, Jun 29, 2008 at 1:52 AM
Salam,
Atas nama Allah s.a.w saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh DS Anwar Ibrahim. Allah s.a.w telah memberi saya kekuatan untuk bangkit dari ketakutan bagi menentang orang Munafik ini.

Saya sanggup korbankan seluruh masa depan saya Demi Allah, Agama, Negara dan Bangsaku.
Sent via BlackBerry from Maxis
Ya sheikh. Sebab tu setiap kali hang becakap pasai Tuhan, pasai Munafik, pasai Agama, pasai Perjuangan, aku terpaksa menggaruk dahi bertenang supaya aku tak terasa sangat ralat penah bekawan dengan manusia macam hang ni. Sebut nama Tuhan sendiri pun tak betoi! Inilah Saiful, manusia yang pernah dilaporkan oleh media massa sebagai “seorang bekas pempimpin persatuan Islam semasa di Universiti“nya dulu.

Nah, sekarang anta telah bersumpah. Masya’Allah! Anta sangat hebatlah! Ana tamau nak pertikaikan bab anta pegang Quran tangan kiri dan baca teks tangan kanan. Ana jugak malas nak ingat2 balik betapa anta berusaha sedaya upaya “meng’arabkan” bacaan Fatihah semasa opening nak bersumpah. Yang ana nak bisik kat anta kali ini ialah : lengkali jangan belakon hero teruk sangat. kantoi nanti senak perut! hantaq email dah kantoi sekali. angkat sumpah pun kantoi lagi!

Ya syeikh. masa ana dok tengok anta tergugup2 baca kertas putih untuk upacara angkat sumpah tu, ana dah rasa mesti anta akan kantoi sikit sebanyak. Rupanya betoi ya syeikh, “watallahi” pun anta dah salah! MasyaAllah syeikh… itu basic sumpah tu. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Kalau anta dok sibuk pasai usul sumpah, dan terkinja2 sangat nak bersumpah, mesti anta tau camana nak sebut lafaz sumpah, kan? Aiii… takkan orang macam anta tak tau lafaz sumpah kot? Kalau tak tau, yang anta dok terkinja2 selama hari ni besungguh suruh orang bersumpah sebab apa? Sebab anta memang terer bersumpah ka? Atau sebab orang lain dok suruh anta suruh orang lain bersumpah?

Ana tak tau la samada anta ada jumpak ezam untuk belajaq sebut sumpah yang betoi sebelum ni. Walaupun ana ada sikit2 dengaq tentang anta dan ezam, tapi ana tamau libatkan ezam yang sedang sibuk dok larikan diri daripada isu kotak dokumen rahsia tu menjawab pulak isu anta. Ana rasa ezam dah cukup kenyang makan sumpah. Biaqla dia makan kotak pulak lepas ni. Tapi bab anta melafaz basic sumpah yang secara nyata terpaksa membaca dari kertas, dan SALAH pulak tu, betoi2 membuatkan ana beristighfar panjang sambil geleng2 kepala. Bagi ana, Allah dah balas cash kat anta depan seluruh dunia. Tergagap bersumpah dengan tangan kiri memegang Quran. Bab tangan kiri pegang Quran ni pun satu hal lagi. Tapi ana tamau nak ulas bab tu sebab ana takut Ustadz Mujahid Astora Jabat akan keluaqkan bejuta nas tentang perkara ni yang dipetik daripada perawi2 yang kebanyakannya orang arab sendiri pun tak penah dengaq. Tapi ana suka bila tengok balik rakaman kat TV3 bab anta sebut lafaz sumpah nama Allah yang ketiga tu tak betoi.Terpaksa ditegur. Itu basic sebutan sumpah. Nak sumpah, WAJIB sebut tiga tu. Budak taski abim taman malik pun tau!

Ana pernah bergurau ngan anta supaya tapayah dok sibuk besumpah dengan nama Allah, cukup sekadar bacakan dulu doa qunut depan ana. Tapi anta tak layan. Anta sebok nak bersumpah. Nak bersumpah dengan “cara sebenar2 Islam”, “dinasihati oleh Ulama’”, “dalam mesjid”, dan macam2 lagi nak tunjuk anta ni pejuang agama. Pejuang agama kepala hotak anta! Sebut nama Tuhan anta pun tak betoi! Bukan sekali diulang sebut, dua kali! Tu pun salah lagi! Nak becakap dan besumpah dengan nama Tuhan?

Ana nak tanya betoi2 kat anta. Anta kenai ka sapa Tuhan anta? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah taip benda yang paling basic? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah lafaz nama yang paling Agung? Nyata sekali anta adalah munafik besar dalam abad ini! Penipu dan penjual agama yang paling jelek yang pernah ana kenai! Saiful - kamu mempermainkan agama Islam aku, dan tanpa segan silu MEMPERLEKEHKAN NAMA TUHAN AKU!

Celakalah kamu yang mempermainkan nama Allah, agama Allah, dan semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia - menipu dan berpura-pura atas nama agama demi untuk agenda peribadi kamu sendiri! Kamu boleh berdalih tentang “tersasul” dan “tersalah”.
Tetapi hanya yang JAHIL MURAQAB sahaja yang tidak boleh menyebut nama Tuhannya dengan lancar dan sempurna! Dan kamu menyerlahkan kejahilan kamu ke seluruh pelusuk alam dengan bersumpah dengan mempermainkan nama Tuhan dalam kegagapan dan ketersasulan!
Dan hanya yang jahil muraqab jugalah yang boleh percaya dengan lakonan sumpah hang ni. Sebab berbeza dengan orang yang berpelajaran dan ada roh agama dalam hati, hanya orang2 ameno yang bejumpak bomoh dan pawang untuk jadi calon saja yang percaya sumpah2 dari orang yang sebegini.

*Juga disiarkan di JahilGoblog, AIC, Republik Kata

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: