Beberapa perkembangan terkini telah memberi pertunjuk jelas bahawa kerajaan BN akan menggunakan kaedah provokasi terkotor untuk membangkitkan kemarahan rakyat.Saya ingin menasihatkan kepada semua penyokong Keadilan dan Pakatan Rakyat agak tidak terpengaruh dengan apa saja bentuk provokasi yang akan digunakan oleh kerajaan BN.
Sekalipun andainya dalam tempoh terdekat ini Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap dengan kaedah kekerasan, RAKYAT TOLONG JANGAN BERTINDAK LIAR.
Ingatlah memang agenda umno untuk menimbulkan kemarahan rakyat agar mereka mempunyai alasan untuk bertindak lebih zalim, termasuk kemungkinan mengistiharkan darurat.Pemimpin Pakatan Rakyat akan mengumumkan apakah tindakan susulan yang terbaik akan kita lakukan sekiranya ia benar-benar terjadi.
Dalam pada itu sama-samalah kita bermunajat kepada ALLAH agar Datuk Seri Anwar Ibrahim terhindar daripada niat jahat umno dan kerajaan BN. Disamping kita berusaha untuk menumbangkan kerajaan zalim yang dikendalikan oleh rejim umno, wajib kita berdoa untuk kesejateraan kita, keluarga dan negara.Malaysiakini melaporkanPrime Minister Abdullah Ahmad Badawi today ruled out imposing emergency rule if street protests broke out in the event that opposition leader Anwar Ibrahim was arrested.
"I don't think we are going down that road; definitely not," Abdullah told Associated Press in an interview today."Why should (protests) get out of hand? That would be very unbecoming of the party that intends to be the government of Malaysia - to take laws into their own hands and demonstrate as they wish."Apa yang dicakapkan oleh Datuk Seri Abdullah Badawi, jelas kebarangkalian penangkapan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah direncanakan dan sedang menunggu ketika yang sesuai untuk beliau memberi lampu hijau kepada Tan Sri Musa Hassan untuk menggerahkan jenteranya bertindak.
Daripada riaknya, kerajaan BN seolah-olahnya segaja mencari helah untuk memprovok penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang cintakan keadilan serta kesejahteraan dengan sekali lagi melakukan penangkap ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Kenyataan demi kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beberapa menteri umno termasuk timbalan menteri kesihatan dan menteri Dalam Negeri dalam tempoh 12 jam ini menjurus kepada usaha memperdayakan rakyat terhadap hal sebenar dalam isu liwat Saiful Bukhari.Sebaik sahaja YB Datuk Seri Wan Azizah mengumumkan mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding, Syed Hamid Albar, sebagai Menteri Dalam Negeri terus mengumumkan bahawa siasatan kes liwat Saiful Bukhari telah disiapkan dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan.
Kita semua sudah tahu perangai Gani Patail.Perbuatan ini adalah jelas langkah terdesak umno untuk menyekat kemaraan rakyat.Associated Press pula melaporkan,While denying any government conspiracy, Abdullah indicated that the sodomy complaint to police made by the former aide would not be taken lightly.
"This man pleads for justice," Abdullah said. "We care about (Anwar) more than we care about this man? That is very odd. He needs justice; that is what he is crying for. We cannot ignore that."Dalam kes Saiful Bukhari yang berbau penipuan ini, Abdullah Badawi begitu bersungguh-sungguh mempertahankannya. Datuk Seri Abdullah seolah-olah begitu inginkan kepada ‘keadilan’ dan ketelusan. Malangnya, kenapakah bila dua remaja yang menghadiri perhimpunan aman dan tidak bersenjata ditembak dengan peluru hidup tidak mendapat pembelaan yang jujur daripada Abdullah Badawi dan kerajaan BN?.
Kepada semua pejuang keadilan rakyat,Walau apapun yang cuba dilakukan oleh umno untuk menghalalkan kezalimannya, perjuangan kita untuk menegakkan keadilan wajib kita teruskan dan lakukanlah dengan penuh kebijaksanaan. insyaALLAH usaha kita akan diberkati.Ingatlah politik adalah kebijaksanaan percaturan, bukan kekuatan tenaga.
Kalau hendak tunjuk kekuatan tenaga macam Pet-Pet, pergi masuk hutan berlawan dengan harimau. Kita berjuang bukan kerana Anwar Ibrahim tetapi demi mengembalikan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara yang telah dimusnahkan oleh kezaliman serta kerakusan UMNO dan Barisan Nasional. Salam takzim.
From other bloger
No comments:
Post a Comment