DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

02 August 2008

Anwar tidak bimbang ditahan waktu terdekat

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bimbang sama sekali mengenai kemungkinan beliau akan ditahan atau didakwa pada saat-saat menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh, kerusi yang dikosongkan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Anwar berkata, kerajaan telah mengambil masa hampir sebulan untuk meyiasat kes liwat yang dilaporkan oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Mereka telah menjalankan siasatan, namun tiada apa yang dapat dibuktikan setakat ini," katanya.
Tambahnya, pihaknya tidak mahu menduga apa yang akan berlaku kerana ia hanya akan menjejaskan perancangan PKR.

Apabila ditanya sama ada beliau tidak takut jika beliau ditangkap dalam tempoh masa terdekat berikutan khabar angin yang tersebar luas, Anwar berkata:

“Saya tidak boleh mengulas tentang khabar-khabar angin.”

Namun beliau tidak menolak kemugkinan tersebut kerana menurut Anwar, beliau telah diperhatikan dengan teliti.

“Terkini semasa lawatan saya ke Pahang, pada ketika itu terdapat kira-kira tujuh orang pegawai khas polis mengekori saya ketika itu,” katanya.

Anwar dalam nada sinis berkata, kerajaan tidak patut membelanjakan wang pada perkara sedimikian sepatutnya mereka bertanggungjawab menurunkan kadar jenayah di negara ini.
Tambah beliau, perkara tersebut tidak akan menghalang usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru menjelang 16 Sepetember ini.

Nadi REFOMIS
AMK Gelang Patah

No comments: