Menurut blog Susan Loone, Mafrel dan Eli Wong seorang menteri dari Barisan Nasional telah membahagi-bahagikan sejumlah wang sebanyak RM200 kepada sekelompok warga emas di Permatang Pauh. Datuk Dr. Ng Yen Yen dilaporkan telah membahagi-bagikan RM200 setiap seorang pengundi warga emas berusia atas 60 tahun di Seberang Jaya, di Permatang Pauh ini.
Majlis permberian sumbangan berbentuk wang ini telah diadakan di Persatuan Bomba Sukarela Permatang Pauh pada pukul 2-4 petang.Warga-warga emas ini juga turut membawa bersama mereka kad pengenalan masing-masing untuk tujuan pendaftaran dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dan menurut seorang penerima sumbangan tersebut Dr Yen Yen telah membisikkan kepadanya dalam bahasa Hokkien: “ow jit, ay hiao cho” (terjemahan terus=hang tau apa yang hang perlu buat lusa nanti”).
Envelope atau sampul ‘angpow’ berkenaan bertulis Yayasan Kebajikan Negara yang mana yayasan tersebut hanya memberikan bantuan kepada pemilik isi rumah sebanyak RM 700 dan ke bawah sahaja.
Namun tidak di Permatang Pauh pada ketika ini yang tempoh berkempen kurang daripada beberapa jam sahaja, anda cuma perlu berdaftar dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
Salam Reformasi, Permatang Tengah, Permatang Pauh
No comments:
Post a Comment