Kubu Kuat BN D'Seberang Jaya hampir rebah di gempur Skuad PKR
Seberang Jaya kubu pertahanan UMNO yang di katakan paling kuat di serang hampir 500 petugas PR bagi dun Seberang Jaya. Pagi tadi berlangsung himpunan petugas Dun Seberang Jaya untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh bagi menggempur dari rumah ke rumah. Himpunan yang berlangsung pada awal jam 8 pagi berakhir lebih kurang pada jam 12 tengahari. Ternyata persepakatan di antara PAS, keADILan dan DAP jelas dapat di lihat melalui himpunan ini apabila petugas BN sendiri kagum dengan himpunan ini yang di lancarkan sebentar tadi di Padang Seberang Jaya.
Ternyata strategi yang buat julung kali di adakan membuatkan Ariff Shah calon BN terpinga sebentar apabila melihat kawasan beliau di penuhi petugas dan bendera PR di sana sini memenuhi kawasan terkuat beliau.Disamping dapat mendapatkan maklumat mengenai pengundi sedikit info kajian diperolehi penduduk setempat. Selain itu ia juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara petugas dan pimpinan. Himpunan yang saya gelar Gempur Petugas ternyata memberi riaksi yang amat baik.
Petugas dan pimpinan di bahagikan kepada beberapa kumplan untuk di bahagikan kepada kawasan masing-masing. Dari rumah pangsa ke rumah teres dari teres ke kedai runcit serta penjaja habis kesemuannya di gempur.
Inilah dia PR, Menuju ke Putra Jaya !
No comments:
Post a Comment