DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

04 August 2008

Tanya Kepada Pemimpin UMNO - Bersama kita berkempen (Sebarkan)

Kepada semua rakyat Malaysia terutama penduduk dan pengundi di Permatang Pauh, jika kebetulan berpeluang bertemu dengan pemimpin UMNO yang sekarang ini akan kerap ke sana, sila tanyakan beberapa soalan berikut kepada mereka.

1. Kenapa kes rasuah import permit (AP) yang didakwa oleh Ezam Mohd Nor dan Mahathir Mohamed terhadap Rafidah Aziz tidak disiasat?

2. Kenapa kes rasuah konsesi balak yang dilakukan oleh Khalid Yaacob semasa dia jadi Menteri Besar Pahang dijerukkan?

3. Kenapa dakwaan kes rogol gadis bawah untuk oleh pemimpin UMNO tidak disabitkan kesalahannya oleh pejabat peguam negara?

4. Kenapa kes penyelewengan dana Khazanah Nasional untuk memberi laba berbillion ringgit kepada anak, menantu dan kroni Abdullah Badawi diizinkan?

5. Jelaskan kepada kami kenapa Abdullah Badawi berbohong dan tidak pengistiharan harta anak dan menantunya?

6. Kenapa Abdullah Badawi menunjukkan simpati yang teramat sangat kepada Saiful Bukhari dalam isu penipuannya dia diliwat, sedangkan berjuta rakyat Malaysia yang derita dan sengsara Abdullah langsung tidak pedulikan. Tanya Abdullah perkara ini.

7. Tanya kepada pemimpin UMNO, kenapa kerajaan BN kehilangan majoriti dua per tiga dalam pilihanraya Mac 2008 lalu.

8. Kalau Datuk Seri Najib datang ke Permatang Pauh, semua pelajar dan ibu bapa pelajar sila berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan bantuan biasiswa pelajaran.

9. Kepada penuntut yang gagal meneruskan pelajaran (tak kisahlah kamu lulus cemerlang atau tidak dalam SPM atau STPM atau matrikulasi atau kamu tersingkir kerana CPGA below 1) sila jumpa dan beritahu terus kepada Datuk Seri Najib dan minta dia tempatkan kamu di mana-mana pusat pengajian tinggi dalam negara untuk meneruskan pelajaran.

10. Tanyakan kepada mereka kenapa negeri Selangor, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan 10 daripada 11 kawasan parlimen sekarang ini berada di bawah Pakatan Rakyat?

11. Tanyakan kepada mereka kenapa presiden umno tidak mempertahankan hak dan keadilan terhadap dua orang pemuda yang ditembak oleh polis menggunakan peluru hidup, sedangkan dalam bab Saiful Bukhari yang jelas menipu, Abdullah beria-ia sangat menunjukkan simpati.

12. Kalau Tan Sri Rahim Tamby Chik datang ke Permatang Pauh, tanyakan terus kepadanya daripada mana dia dapat duit untuk membeli harta berikut? :

Hasil siasatan BPR; didapati Rahim mempunyai akaun dalam puluhan Bank. Syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam:

A. Hotel Ayer Keroh D'Village.

B. Stesen Pam Minyak Shell.

C. Lot 706 yang dijual kepada EON.

D. 17 anak syarikat Daya Promile

E. 53 ekar dusun durian di Bertam.

F. Rumah kedai di Mesjid Tanah

I. 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya

J. Peringgit Point.

K. Taman Buaya Melaka

L. Taman Mini Malaysia dan Mini Asean

M. Taman Ikan Melaka RTC juga memiliki beberapa buah kereta mewah yang pada dasarnya sebagai :

A. BMW 525 harga RM 180,000.00

B. Porche 928 harga RM 448,495.00

C. Mercedes Benz 300 harga RM 190,000.00 Harta yang beliau miliki berjumlah RM 39,782,772.69.

13. Kalau Syed Hamid Albar pergi ke Permatang Pauh, beritahu dia rakyat sudah tahu kes liwat itu adalah satu PENIPUAN (Hello Musa tolong Jawap). Beritahu dan sebaiknya print

14. Kepada semua pendokong keadilan dan inginkan Malaysia yang amat tolong print ini (Laporan polis Anwar Ibrahim terhadap KPN) dan ini (Ezam Mat Nor, Kamu menipu rupanya) dan sebarkan kepada jiran-jiran atau letakkan di surau dan mesjid yang berhampiran.

15. Kepada Ezam Mohd Nor yang berhajat sangat hendak bertanding tu, tanyakan kepada dia "mana dia 6 kotak documents bukti rasuah pemimpin umno yang dia hebohkan sangat tu?". Kalau dia tidak berani untuk dedahkan, dia tergolong dalam manusia pengecut dan penipu. Memang sial hidup dia!!!. Jenis manusia keparat!!!. Tidak habis-habis hendak menipu sana sani.

From others blogger...

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: