DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

02 August 2008

PAS tolak kerajaan campuran dengan Umno, BN


(Mutakhir) KUALA LUMPUR: PAS menolak sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional untuk menubuhkan kerjaan campuran sama ada di peringkat pusat ataupun negeri.


Selain itu, PAS memutuskan bahawa ia akan terus mengambil pendirian terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak sama ada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, institusi atau individu demi kepentingan negara.


Malah, PAS mengulangi akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat dan terus aktif untuk membuat perubahan kerajaan dan mengajak ahli-ahli Umno untuk menyertai PAS ataupun Parti Keadilan Rakyat.


Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS dan Majlis Syura yang berlangsung selama lima jam, bermula pukul 10 pagi tadi.


Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini pukul 3.30 petang tadi.


Ketika ditanya sama ada tindakan akan diambil ke atas mana-mana pemimpin PAS yang mengadakan pertemuan sulit dengan Umno, beliau memberitahu: "Tiada lagi yang sulit. Semuanya akan dimaklumkan kepada parti."


Beliau juga mengulas mengenai sokongan ahli-ahli bukan Islam kepada PAS.
"PAS sememangnya amat menghargai sokongan mereka. PAS juga bercadang untuk berbincang untuk memberi peranan yang lebih kepada mereka dalam PAS. Ini akan dibincangkan dalam muktamar di Ipoh," katanya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: