DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

27 August 2008

LAUNGAN LAWAN TETAP LAWAN MENGGEGARKAN SELURUH PERMATANG PAUH.

Terkini: Sokongan Padu Terhadap Anwar Terus Meningkat !!

Maka berakhirlah kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh jam 12 malam tadi. Biarpun diasak dengan berbagai tohmahan dan fitnah, namun jelas dapat dilihat sokongan padu rakyat Permatang Pauh terhadap mantan TPM Anwar Ibrahim terus meningkat. Suasana disekitar kawasan ini ternyata nampak benar dimonopoli oleh PKR, baik dari segi perang poster, kain rentang mahupun kempen bermotor. Pendek kata diserata ceruk kampung dan desa ternyata masih sayangkan Anwar. Ini berbeza sekali dengan laporan yang dibuat oleh media arus perdana yang menggambarkan Anwar seolah-olah sudah ditolak oleh rakyat disini. Bahkan keengganan Anwar untuk bersumpah dalam kes liwatnya dengan Saiful dipercayai menjadi faktor utama penolakan rakyat terhadap beliau. Namun, ternyata segala propaganda itu ternyata meleset belaka. Kaji selidik jelas menunjukkan bahawa harapan cerah untuk Anwar kembali ke parlimen bakal terjawab esok. Apapun kita harus nantikan keputusan penuh pilihanraya kecil Permatang Pauh malam esok. Debaran ternyata menyiksakan buat semua rakyat di sini, bahkan diseluruh negara dan seantero dunia yang sedang menyaksikan pertembungan terhebat dialaf baru ini.

Menang Anwar, bermakna perubahan semakin hampir pasti di peringkat pusat. Jika dilihat dari pandangan mata kasar, tiada siapa yang memberi peratus kemenangan berpihak kepada BN. Apapun terjadi Anwar dijangka akan menang juga akhirnya. Biarpun kini dikatakan pihak sana telah menyogok rakyat dengan berbagai kemewahan dan kewangan. Namun, mereka tetap yakin kemenangan bakal berpihak kepada Anwar. Tidak syak lagi, senario inilah yang teramat digusarkan oleh pihak BN dan kerajaan Malaysia kini. Lantaran itulah, mereka melakukan berbagai provokasi yang bertujuan untuk menjatuhkan imej PKR dikalangan rakyat. Isu liwat. rasuah exco perak serta rasuah yang dikatakan melibatkan Anwar semasa beliau menjadi TPM ternyata gagal sama sekali. Rakyat kini, bukanlah "sebodoh" seperti yang mereka sangkakan selama ini.

Salam Reformasi - Permatang Pauh, Pulau Mutiara..

No comments: