Salam Perjuangan... Salam Reformasi.... Untuk teman2 seperjuangan....
Detik-detik bersejarah kian tercipta. Jalan ke Putrajaya semakin jelas sekiranya Dato' Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti yang besar yang mana ianya akan menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap perjuangan, matlamat dan wawasan yang selama ini diperjuangkan oleh PAS, DAP dan PKR atau dengan lebih tepat lagi yang diperjuangan oleh pimpinan dan ahli dalam Pakatan Rakyat.
Oleh itu kita mesti menumpukan fokus kita pada Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh dan diharapkan jangan ada antara kita dalam Pakatan Rakyat yang termakan dengan propaganda atau provokasi yang akan terus dimainkan dan dicanang oleh pihak lawan sepanjang kempen pilihanraya ini.Amatlah dikhuatiri ada diantara kita terpesona atau terperangkap lalu lemas dengan habuan , taktik dan provokasi dari pihak lawan.
Maka kerjasama, saling tegur menegur antara satu sama lain dengan penuh hikmah dan bijaksana amat2 dititik beratkan pada masa sekarang sehingga tamatnya pilihanraya. Perlu di ingatkan kepada para sukarelawan dan petugas2 dari setiap negeri agar berhati-hati semasa berkempen dan janganlah terlalu ghairah berkempen sehingga mengganggu atau mengguris hati para pengundi di Permatang Pauh. Dekati mereka dengan cara paling sopan dan berilmiah. Sentiasa mengikut arahan dari ketua yang telah dilantik.
Barang di ingat bahawa musuh kita bukan sahaja berada diluar Pakatan Rakyat tapi mungkin di dalam Pakatan Rakyat juga yang mana mereka mungkin terdiri dari kalangan sahabat2 kita yang mungkin terpesona dengan tawaran2 oleh pihak lawan. Oleh itu, berhati-hatilah ketika menyusun startegi agar tidak terbocor dan diketahui oleh pihak lawan.
Mari kita bersama dengan penuh rasa tanggungjawap mendoakan kemenangan yang gemilang untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim di PRK P44 Permatang Pauh.Jumpa di Permatang Pauh........
Posted By : Setiausaha AMK Negeri Johor
No comments:
Post a Comment