DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 August 2008

Salah siapa?

Isu penganjuran forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam bakal menjadi api dalam sekam kalau tidak ditangani dengan cara terbaik. Telah ada komen-komen di dalam blog yang memperlecehkan tindakan Saudara Zulkifli Nordin dan wakil NGO-NGO Islam yang lain membantah majlis tersebut. Lebih hebat lagi, ada yang sampai meminta Anwar dan Majlis Tertinggi PKR menyemak semula kedudukan Saudara Zulkifli Nordin di dalam parti, kononnya tidak selari dengan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat. Seharusnya, perkara ini ditangani dengan cara yang lebih baik dan terkawal, jangan sampai merebak dan menghancurkan impian majoriti rakyat untuk melihat harapan Malaysia Baru direalisasikan.

Usaha untuk mengkucar-kacirkan dan meregangkan ikatan dalam Pakatan Rakyat akan sentiasa ada, malah akan lebih hebat lagi dari masa ke semasa. Selepas gagal menjadikan Pas mangsa dalam isu muzakarah (walaupun masih ada yang percaya yang PAS akan bergabung dengan UMNO), muncul pula strategi baru untuk menggunakan sentimen Islam agar menjadi isu panas yang kelak bakal menjauhkan pengundi Melayu dan Islam dari Pakatan Rakyat. Kali ini, Majlis Peguam menjadi kambing hitam, yang sedar atau tidak merelakan mereka ditarik hidung mengikut telunjuk politik. Tiada masa yang paling baik untuk mewujudkan perbalahan sebegini, selain di waktu semuanya tertumpu di Permatang Pauh.

Umum tahu, soal agama dan bangsa adalah dua perkara yang tidak akan ditoleransi oleh orang Melayu, biar apapun pegangan politik mereka. Jadi tindakan Majlis Peguam menganjurkan majlis sebegini adalah suatu usaha yang amat tidak bertanggungjawab sebagai sebuah badan yang sepatutnya mengambil kira sensitiviti kaum di negara ini. Pendukung-pendukung PAS dan PKR yang beragama Islam mahu tidak mahu terpaksa untuk mengambil tahu dan terlibat dalam menentang penganjuran majlis sebegini untuk mengelak dari dikatakan tidak cukup Islam dan kemudiannya digunakan sebagai serangan politik terhadap mereka.

Lagipun, sejak bila kita dapat lihat Polis mengiringi penunjuk perasan untuk mengganggu perjalanan sesebuah forum?

Kalau dapat disimpulkan, sepatutnya kita berasa sedih melihat suatu badan berwibawa seperti Majlis Peguam seolah-olah diperkudakan untuk tujuan politik sebegini. Kita tidak menafikan hak untuk berforum, tetapi biarlah kena dengan cara dan masanya. Persoalan sensitif sebegini sewajarnya dibincangkan secara tertutup dan eksklusif. Masih ada banyak saluran lain andai benar ada keperluan untuk menyalurkan pandangan mereka. Seharusnya, mereka berfikir secara mendalam dan tidak terburu-buru hanya kerana mempertahankan pendirian tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat umum.

Posted from anakvip.wordpress.com

No comments: