DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 August 2008

Peringatan Untuk Pemilih Permatang Pauh

UMNO, sebuah parti politik perkauman yang suatu ketika dulu adalah yang terbesar di Malaysia. Ditubuhkan pada 1hb Mei 1946, dengan Dato Onn bin Dato Jaafar sebagai presiden pertamanya.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, beliau juga mencadangkan nama UMNO ditukarkan menjadi “Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu”.
Oleh kerana cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO pada persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam yang diadakan pada 25 dan 26 hb Ogos 1951.

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26hb Ogos 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu pada ketika itu. Element perkauman dan keadaan pada ketika itu telah mengagalkan Dato Onn untuk menggembangkan parti barunya

Sejarah awal UMNO telah menunjukkan betapa pengasas UMNO sendiri telah sedar bahawa perlunya sebuah parti politik yang terbuka untuk semua bangsa, malangnya masyarakat Melayu terlalu disogok dan dimomokkan dengan semangat perkauman yang akhirnya telah terbukti merosakkan bukan hanya partinya tetapi turut menjahanamkan bangsa dan negara.
Walaupun UMNO berjaya bertahan hingga kini, tetapi perjuangan dan penampilannya telah jauh menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya. UMNO tidak lagi releven untuk rakyat Malaysia hari ini.

Semangat kebangsaan tersasar jauh. Laungan perjuangan untuk Melayu telah diselewengkan. UMNO tidak lagi memperjuangkan untuk bangsa Melayu terbanyak. UMNO tidak lagi memperjuangkan untuk bangsa Melayu yang miskin terpinggir. UMNO tidak lagi memperjuangkan untuk Melayu kota, bandar atau desa.

Sebaliknya UMNO hanya memperjuangkan demi membolot harta kekayaan negara untuk para pemimpinnya. UMNO kini hanya berjuang demi segelintir manusia yang berada dalam rangkaian kroni para penguasa pentadbiran parti itu sahaja.

Seminggu dari sekarang, tepatnya pada 16hb Ogos 2008, sekali lagi UMNO dengan gelojoh dan rakusnya berusaha untuk menambahkan asakkan kuasanya yang telah hampir pupus itu.
Pada 16 hb Ogos ini, secara kebetulan bersamaan dengan tarikh seorang wanita bernama Sharifah Hanim binti Syed Ahmad al-Attas telah dengan redha ALLAH melahirkan saya ke dunia ini 49 tahun yang lampau, insyaALLAH saya akan berada di Permatang Pauh untuk bersama-sama dengan pemimpin dan puluhan ribu rakyat yang akan menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parlimen pilihanraya kecil kawasan tersebut.

Munajat saya pada setiap kesempatan agar masyarakat di Permatang Pauh dibukakan pintu hati mereka untuk memberikan sokongan kepada calon yang mewakili Parti Keadilan Rakyat. Manakala kepada pengundi didoakan agar ALLAH gerakkan hati mereka untuk memberi undi mereka kepada wakil tersebut pada hari pengundian, 26hb Ogos 2008.

Harapan, azam dan doa semua rakyat yang cintakan keamanan agar pemimpin bangsa negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim beroleh kejayaan cemerlang dengan majoriti yang jauh lebih besar daripada apa yang diperolehi oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail dalam PRU Mac lalu. Perjuangan ini adalah lanjutan kepada perjuangan yang telah dipikul oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Demi merealisasikan pencapaian ini, pengundi di Permatang Pauh adalah penentunya.. Demi merealisasikan pencapaian ini juga, semangat, bantuan dan perjuangan ikhlas, jitu dan padu seluruh penyokong Pakatan Rakyat adalah pemangkinnya..

Sebaik Datuk Seri Wan Azizah mengumumkan mengosongkan kerusi sebagai wakil parlimen kawasan Permatang Pauh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding di kawasan tersebut, parti penjenayah negara bernama UMNO telah menggerakkan jenteranya. Parti penjenayah bernama UMNO ini telah mempropagandakan agenda perkauman Melayunya kerana menyedari kawasan parlimen Permatang Pauh mempunyai bilangan pengundi Melayu berjumlah 40,563 daripada keseluruhan 58,449 pengundi atau 69.4 peratus.. Pengundi Cina pula 14,320 orang atau 24.5 peratus, manakala India hanya 3,507 orang atau 6 peratus.
UMNO melalui pemimpin-pemimpinnya seperti Ali Rustam, Muhammad Muhammad Taib, Khir Toyo, Najib Razak, Abdullah Badawi, Syed Hamid, Rafidah Aziz, Pirdaus Ismail, Shahidan Kassim, Idris Jusoh, Nazri Aziz, Adnan Yaakob, Hishammuddin Hussein, Mohd Zin Mohamed, Noh Omar, Khairy Jamaluddin, Zulhasnan, Shaziman, Shahrir Samad, Ahmad Shabery Cheek, Johari Baharom dan beratus-ratus lagi perakus telah menjadikan UMNO sebagai parti politik nombor satu ‘keparat‘ di Malaysia.

Tidak pernah hadir dalam diri saya untuk mengagongkan apatah lagi memuja mana-mana pemimpin politik. Berulangkali saya titipkan bicara minda saya, saya tidak menyokong Anwar Ibrahim kerana dia Anwar Ibrahim. Apa yang saya harapkan anak cucu dan generasi saya serta bangsa negara dapat hidup dalam nusa yang aman, makmur dan dirahmati ALLAH. Apa yang saya selalu munajatkan adalah agar agama saya, Islam dimuliakan. Apa yang saya perjuangkan adalah agar hak dan kedaulatan negara saya tidak dirobak-rabikkan.

Pada hemat saya dan perkiraan majoriti rakyat Malaysia, jika dibariskan kesemua pemimpin Melayu, maka Anwar Ibrahim adalah yang paling layak untuk mengemudikan pentadbiran negara ini.

Saya tidak mengatakan Anwar Ibrahim bersih dari dosa. Saya juga tidak mengatakan Anwar Ibrahim yang paling hebat. Tetapi saya tidak dapat melihat sesiapapun dari kalangan parti UMNO yang layak untuk diberi amanah mentadbir negara ini buat masa ini.
Abdullah Badawi?. Berlori-lori kecelakaan yang telah dilakukannya terhadap agama, bangsa dan negara ini.

Najib Razak?. Berkapal-kapal kesialan yang telah dicicirkannya terhadap agama, bangsa dan negara ini.

Lantaran itu, apa lagi yang dapat kita sebagai rakyat harapkan daripada UMNO?. Kosong.. Hambar. Hancur. Orang Melayu sudah tidak bolih bergantung kepada UMNO lagi. UMNO telah merosakkan bangsa Melayu.

Andainya pengundi di Permatang Pauh memberi walau satu undipun kepada calon UMNO nanti, bererti ia telah mengizinkan agama, bangsa dan negara kita terus dikhianati oleh mahluk-mahluk perosak yang menerajui negara dari parti UMNO..

Insaflah wahai rakyat Malaysia terutamanya pengundi di Permatang Pauh, sejak berpuluh tahun kebelakangan ini, pemimpin-pemimpin UMNO telah menzalimi kita semua dalam banyak perkara yang tidak kita sedari.

Harta dan kekayaan negara yang sepatutnya menjadi nikmat kehidupan kita telah diagih-agihkan sesama mereka dikalangan pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO selalu menipu kita dengan mengatakan, “Bagaimana kata rakyat dizalimi kalau rakyat sendiri tidak sedar mereka dizalimi”?.

Jawapannya mudah, ramai antara kita yang tidak tahu berapakah jumlah harta negara dan yang manakah hak kita. Banyak maklumat yang tidak didedahkan atas alasan kerana keselamatan negara atau rahsia sulit negara, tetapi sebenarnya demi menjaga keselamatan pemimpin UMNO. Andainya maklumat ini diketahui, maka rakyat akan bangkit memberontak mempertahankan hak dan kedaulatan kita. Justeru, kerana mengetahui penyelewengan inilah maka Anwar bin Ibrahim mengajak rakyat untuk bangkit menumpaskan UMNO.
Dengan rasa penuh insaf, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang perihatin agar membantu memastikan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26hb Ogos ini.

Kepada yang bukan pemilih berdaftar bagi pilihanraya kecil ini, anda masih bolih membantu dengan sekurang-kurang menghubungi kenalan, saudara-mara atau sahabat-handai yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh agar mereka keluar mengundi pada 26hb Ogos 2008, dan pesankan kepada mereka untuk mengundi calon dari Parti Keadilan Rakyat - Anwar bin Ibrahim.

Tolong ingatkan kepada pemilih di Permatang Pauh, jangan sesekali terpengaruh dengan kata-kata “Anwar Ibrahim pasti menang, maka tidak perlu keluar mengundi”. Kata-kata ini adalah pengkhianatan kepada hak pengundi.
Hantarkan sms kepada kenalan, sahabat dan saudara-mara anda di Permatang Pauh. “Mesti keluar mengundi pada 26.8.08. undilah calon Keadilan - Anwar bin Ibrahim”, atau apa saja yang dapat mengingatkan mereka.
Salam Perjuangan

From others blog

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: