DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

25 August 2008

PERATUSAN UNDI POPULAR TERKINI PERMATANG PAUH

Permatang Pauh: Terkini, Undi Popular PKR 68%, BN 32% !

Sehari menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, nampaknya saingan sengit terus berlaku. Namun, jelas kelihatan Anwar semakin diterima oleh rakyat disini. Ceramah beliau malam tadi di Kampung Ibu, Guar Perahu telah dihadiri oleh ribuan manusia. Jalan masuk ke lokasi ceramah telah berlaku "jem" yang agak teruk dikedua-dua hala ketika Anwar ingin meninggalkan lokasi berkenaan. Namun mujurlah Skuad AMK yang menjaga lalulintas telah melakukan yang terbaik untuk melancarkan pergerakan kenderaan. Ceramah Anwar di Kampung Ibu jugan telah dihadiri oleh Imam Ramlan Poragi, beliau yang tiba dari Masjid Jamek Bandar Perda sekali lagi membuat pengakuan yang dirinya telah dipaksa untuk menjadi Imam saksi sumpah Saiful sehari sebelum penamaan calon parlimen Permatang Pauh. Pengakuan itu telah menyebabkan orang ramai riuh rendah dan tambah semangat untuk memastikan kemenangan mutlak Anwar. Ceramah malam tadi turut dihadiri oleh pemimpin PAS Kelantan Dato' Husam Musa.

Sementara itu di Kampung Belah Batu berhampiran kampus Uitm Pulau Pinang pula, satu lagi ceramah PKR turut mendapat sambutan yang disertai oleh Mustafa Kamil Ayub dan juga Tian Chua. Orang ramai juga berpuas hati dengan penerangan kedua-dua penceramah tersebut tentang kes Anwar. Kesesakan jalanraya juga berlaku disitu, walau bagaimanapun keadaan agak terkawal bila pergerakan lalulintas turut diawasi oleh unit amal PAS. Disamping itu juga, sambutan rakyat turut dapat dilihat di program Forum Perdana berhampiran Bandar Perda. Forum yang disertai oleh ahli panel Dato' Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah, Ustaz Badrul Amin pimpinan tertinggi PKR dan juga Dr.Salim Md Nor Yang Dipertua Persatuan Ulamak Pulau Pinang. Berbagai isu telah dibangkitkan termasuk yang paling utama soal "sumpah laknat". Dato' hashim Yahya mengulas panjang lebar tentang isu sumpah ini. Beliau bangga kerana Anwar lebih mendengar pandangan daripada ulamak daripada puak-puak UMNO yang mencabar supaya beliau bersumpah laknat bagi menjawab pertuduhan dan fitnah yang dibuat oleh Saiful itu.

Secara keseluruhannya, jelas sekali kita dapat melihat sokongan rakyat Permatang pauh lebih berpihak kepada Anwar daripada calon BN, Ariff Shah. Inilah yang amat menggusarkan UMNO dan BN sebenarnya. Justeru itulah mereka terpaksa menimbulkan banyak provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat untuk keluar mengundi. Dengan kehadiran begitu ramai anggota polis, ditambah lagi dengan helikopter yang memantau dari udara jelas kita dapat melihat seolah-olah satu kejadian besar akan berlaku di Permatang Pauh dalam masa terdekat ini. Itu belum lagi termasuk pengundi hantu yang dijangka tiba bila-bila masa sahaja serta kehilangan nama-nama pengundi dalam daftar terbaru SPR. Ini semua adalah satu langkah mengejut yang terpaksa dilakukan oleh puak-puak BN ini dalam usaha untuk mengurangkan majoriti PKR dalam pilihanraya kecil ini nanti. Segalanya terletak ditangan rakyat kini. Merekalah yang akan menentukan siapakah yang paling layak untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Apapun, laporan terkini SB ada menyebut kedudukan undi popular setakat hari ini ialah 68% untuk Anwar dan 32% untuk calon BN Ariff Shah. Jika ini berlaku sudah pastilah kemenangan akan berpihak kepada Anwar. Ini membuktikan sememangnya rakyat semakin meluat dengan segala apa yang dimomok-momokkan dikaca TV serta media massa yang dikawal oleh kerajaan BN. Semoga perubahan besar akan berlaku dalam masa terdekat ini, bagi merubah iklim politik negara.

[Kesihan melihat ceramah UMNO/BN yang langsung tidak mendapat perhatian rakyat Permatang Pauh. Hinggakan ada sesetengah tempat tidak smpaipun 10 orang tetamu yang hadir bagi mendengar "lawak jenaka" pemimpin UMNO dan BN disini. Senario ini jelas menampakkan kepada kita harapan cerah untuk Anwar menang telah semakin nyata]Teruskan Perjuangan anda dalam memastikan PKR Menang & Makan besar di Permatang Pauh....

Salam Reformasi - Permatang Tengah, Permatang Pauh

No comments: