DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

25 August 2008

AKHIRNYA IMAM HADARI CIPTAAN UMNO-BN KEPANASAN DI PENTAS PKR

Eksklusif: Imam Ramlan Poragi Buat Pengakuan Dipaksa !!


Eksklusif: Imam Ramlan Poragi Buat Pengakuan Dipaksa !!
Debaran detik hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh semakin terasa kehangatannya. Kempen pilihanraya semakin agreasif, berbagai insiden tidak dingini telah berlaku disana sini. Provokasi hingga mencetuskan pergaduhan kian kedengaran hingga menyebabkan pihak polis terpaksa menahan beberapa individu terbabit. Ceramah umum dan kelompok semakin dipergiatkan dalam usaha kedua-dua parti bertanding untuk memenangi hati rakyat. Apa yang menarik kini, kedua-dua parti telah menggunakan semau "pendekar" mereka yang ada dalam usaha meyakinkan rakyat tentang hala tuju perjuangan mereka. Tohmahan, fitnah dan ruduhan liar semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan berlakunya banyak perselisihan faham.

Malam tadi, Cucu sempat berkunjung ke beberapa buah lokasi ceramah anjuran PKR di Permatang Pauh. Berita gempar yang disaksikan di Masjid Jamek Bandar Perda ialah pengakuan berani Imam Ramlan Poragi tentang perkara sebenar yang terjadi semasa majlis angkat sumpat Saiful baru-baru ini. Ramai dikalangan rakyat yang mencerca beliau dengan berbagai tanggapan termasuklah Cucu sendiri. Ini semua bukan kerana kita dengki dan sengaja ingin khianat kepada Imam Ramlan, namun hakikat dan suasana yang berlaku sekarang telah menungkinkan semua pertuduhan itu dilemparkan kepadanya. Ini berikutan dengan tersiarnya gambar beliau menjadi saksi kepada majlis angkat sumpah Saiful Bukhari Alzan, mangsa "liwat" yang cukup sensasi itu.

Imam Ramlan telah hadir ke Masjid Jamek Bandar Perda malam tadi, untuk menghuraikan segala kekusutan orang ramai terhadap diri beliau. Ini berikutan tersiarnya maklumat yang "imam" ini dibeli untuk menjadi saksi majlis tersebut. Tambahan pula siasatan mendapati beliau adalah ahli pemuda UMNO dan pengundi berdaftar di Permatang Pauh. Semua ini berpunca daripada media yang seringkali memainkan isu ini setiap hari. Mungkin sudah takdir Imam Ramlan dituduh begitu dan beliau perlu menerima hakikat ini. Bukan niat para blogger untuk menghukum dirinya. Namun dalam keadaan terdesak semua ini boleh berlaku. Maka itulah individu yang berniat untuk mencari popular kini boleh bertindak mewar-warkan berita gempar atau pun menjadi saksi dalam sebarang majlis angkat sumpah yang dilakukan oleh puak-puak UMNO/BN ini.

Apapun, Cucu mengucapkan tahniah atas keikhlasan Imam Ramlan Poragi atas kesediaan beliau membuat pengakuan tersebut yang dihadiri oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Menteri Besar Kelantan, Anwar sendiri dan lebih sepuluh ribu rakyat yang hadir di masjid jamek itu malam tadi. Dalam pengakuannya Imam Ramlan menyatakan bahawa beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi majlis angkat sumpah Saiful kerana semua Imam yang dilantik tidak mahu berbuat demikian. Beliau ketika itu kebetulan ada upacara akad nikah di masjid berkenaan (Msjid Wilayah). Beliau tidak rela untuk bersubahat pada mulanya. Namun atas arahan pihak atasan, akhirnya beliau terpaksa akur berbuat demikian. Beliau turuk menyatakan yang dirinya sememannya seorang "Imam" yang sah dan bukannya "Siak" seperti yang diwar-warkan. Menurut Imam Ramlan,"Memang sepatunya akuan sumpah itu tidak dibuat kerana ia bukanlah cara dan mengikut syariat Islam. Bahkan lebih menjijikkan lagi si mangsa tergagap-gagap menyatakan tarikh sebenar kejadian. Banyak kenyataan yang dibuat bercanggah dari laporan asal bahkan akuan tersebut juga ditulis dalam tulisan rumi dan bukannya jawi". Beliau juga berkata, kehadiran beliau adalah bertujuan untuk memperbetulkan perkataan serta akuan sumpah yang dibuat oleh Saiful, dan tidak lebih dari itu.

Selang beberapa minit selepas pengakuannya itu, terdapat beberapa orang lelaki telah menarik Imam Ramlan supaya dirinya tidak dikhianati oleh mana-mana pihak. Laporan diterima mengatakan beliau terus dibawa ke lokasi ceramah di Kg.Ibu, Guar Perahu yang tidak jauh dari situ. Sesungguhnya dengan pengakuan Imam Ramlan ini, maka jelaslah kini sememangnya kes "sumpah laknat" Saiful sehari menjelang penamaan calon Parlimen Permatang Pauh adalah satu lagi agenda jahat puak-puak UMNO dalam usaha menjatuhkan imej Anwar Ibrahim. Segalanya kini terbongkar satu persatu setelah banyak petanda menunjukkan rakyat langsung tidak dpaat menerima kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin UMNO dan kerajaan tentang isu Anwar ini. Akibat terdesak dan cuba mengalih pandangan rakyat inilah akhirnya "akuan sumpah laknat" dicipta kononnya Saiful dipihak yang benar dalam kes liwat ini. Walhal sebaliknya berlaku. Semoga ianya akan memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kebobrokan UMNO/BN ini sebenarnya.

[Cucumatkilau juga mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf daripada Imam Ramlan Porigi atas laporan berkenaan dirinya dalam artikel terdahulu di blog ini. Segalanya kini sudah terjawab dan semoga Imam Ramlan di beri kekuatan terus tabah menghadapi semua ini. Jangan jadi seperti Balasubarmaniam, yang terpaksa menerima tekanan dasyat setelah membuat akuan bersumpah kes Altantunya terhadap Najib dan Rosmah Mansor dulu]Teruskan Perjuangan anda dalam memastikan PKR Menang & Makan besar di Permatang Pauh....
Salam Reformasi - Permatang Tengah, Permatang Pauh

No comments: