DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 August 2010

JEJAK RAMADHAN AMK JOHOR

AMK Johor dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Cabang Gelang Patah akan mengadakan program bersama bagi memasak bubur lambuk serta mengedarkannya kepada masyarakat setempat pada 28hb Ogos ini di Markas PAS Cawangan Kampung Ladang, Tanjung Kupang , Gelang Patah. Program dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Ladang akan turut dihadiri oleh Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng. YB Dr.Boo Cheng Hau serta YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Tn.Hj.Zulkifli Ahmad dijangka akan turut hadir dalam program tersebut. Pada sebelah malam selepas solat tarawikh, akan diadakan program Ceramah Umum yang akan disampaikan oleh Sdr.Shamsul Iskandar dan Datuk Chua Jui Meng serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Berikut adalah aturcara program Jejak Ramadhan bersama AMK Johor:-

10.30am - Persiapan memasak bubur lambuk. (AJK diminta berkumpul di Markas PAS Kg Ladang sebelum jam 10am)

3.ooptg - Pengedaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat serta penyampaian bantuan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak2 yatim.

6.30ptg - 8.00mlm - Ucapan ringkas pimpinan serta Majlis berbuka puasa.

8.30mlm - Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh

9.45mlm - 11.59mlm - Ceramah Umum

12.00tgh mlm - Bersurai.

No comments: