DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 October 2010

ISU PENCEROBOHAN MAJLIS HARI RAYA KEADILAN JOHOR

Walaupun perkara ini hampir seminggu berlalu, namun penulis merasakan ianya belum terlewat untuk diulas. Penulis juga punya alasan sendiri, kenapa dan mengapa isu ini lambat diberitakan. Kesibukan masa adalah penyebab utama dan tidak mahu "melukakan' lagi hati anggota2 Polis terutama OCPD Kulaijaya yang hatinya telah terluka pada malam 8/10/2010.
Sekalung tahniah kepada OCPD Kulaijaya yang sekali lagi berjaya merosakkan program Keadilan di tempat yang sama cuma lokasi yang berbeza.
Ketika Datuk Chua Jui Meng memulakan ucapan alu-aluan untuk majlis, OCPD Kulaijaya hadir dan terus meluru ke arah Datuk Chua. Datuk Chua mengalu-alukan kehadiran OCPD Kulaijaya sambil menjemput OCPD tersebut bersama beberapa anggota Polis yang mengiringi beliau untuk menikmati juadah yang ada. Layanan mesra Datuk Chua (berbangsa cina) terhadap OCPD Kulaijaya (melayu/islam) tidak mendapat reaksi positif oleh OCPD tersebut.

Beliau terus memaklumkan bahawa majlis tersebut tidak mempunyai permit dan terus mematahkan dan merampas "microphone" yang digunakan. Langsung tiada toleransi. Bukankah lebih mulia lagi sopan apatah lagi OCPD Kulaijaya adalah orang Melayu yang penuh dengan adat dan sopan menasihatkan agar majlis hari raya yang diadakan diteruskan tanpa sebarang ucapan. Bukankah itu lebih baik dari bertindak kasar dan agresif yang ditunjukkan kepada ratusan rakyat yang hadir pada malam tersebut. Kenapa OCPD Kulaijaya harus menimbulkan kebencian rakyat terhadap Polis.
OCPD Kulaijaya mendakwa bahawa Majlis tersebut telah melanggar seksyen 27 akta Polis. Namun Sdr. Hassan Karim yang merupakan seorang peguam menerangkan bahawa seksyen 27 akta Polis tidak terpakai jika perhimpunan itu dilakukan ditanah persendirian. Penerangan dari Sdr. Hassan Karim membuatkan OCPD Kulaijaya terpingga-pingga.

Namun beliau tidak mengaku kalah, beliau memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk memberi tekanan kepada majlis itu namun tetamu yang hadir tidak mengendahkan kehadiran FRU tersebut dan meneruskan menikmati juadah sambil beberapa pimpinan memberikan ucapan2 ringkas "TANPA PEMBESAR SUARA" kerana microphone telahpun dirosakan dan dirampas. Majlis selesai kira2 jam 11 malam.

Ketika para petugas sedang mengemas dan membersihkan kawasan majlis. Ketika para tetamu yang hadir sudah mula meninggalkan majlis. Tetamu VIP dan PEGUAM juga sudah pulang, OCPD Kulaijaya telah mengarahkan anggotanya merampas peralatan pembesar suara (speaker). Kami bertanyakan kenapa peralatan tersebut dirampas.. OCPD Kulaijaya dengan sombong dan angkuh mencabar kami membawa kes ini ke mahkamah. Tindakan dan kenyataan OCPD Kulaijaya tidak mencerminkan sikap penjawat awam yang profesional bahkan terlalu angkuh menggunakan kuasanya.
Penulis percaya bahawa OCPD Kulaijaya mendapat tekanan dari Umno Kulai yang sudah mulai gusar dan goyah apabila rakyat di Kulai sudah mulai condong kepada Pakatan Rakyat. Penulis juga percaya jika Umno yang menganjurkan majlis tersebut, sudah pasti OCPD Kulaijaya tidak berani menegur apatah lagi bertindak kasar walaupun majlis tersebut diadakan tanpa permit.
Datuk Chua Jui Meng telah mengarahkan beberapa peguam yang di ketuai oleh Sdr. Hassan Karim untuk membawa isu ini ke mahkamah seperti mana yang dikehendaki oleh OCPD Kulaijaya. Sdr. Hassan Karim juga menegaskan bahawa Keadilan Negeri Johor juga akan menuntut ganti rugi teladan atas pencerobohan dan provokasi yang dilakukan oleh pihak polis yang di ketuai oleh OCPD Kulaijaya, Supt. Zulkefly Yahya. Kita berjumpa di mahkamah...

No comments: