DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 September 2008

JOM RAMAI-RAMAI BERDOA SUPAYA SAIFUL BUKHARI KEMBALI KE PANGKUAN

Gempar: Saiful Bukhari Bakal Buat Pengakuan Dia Di Paksa Tuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim Liwat Dirinya !!

Berita panas lagi sensasi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah perihal "mangsa liwat", Saiful Bukhari Azlan yang kononnya sudah insaf kini. Mungkinkah di bulan Ramadhan yang mulia ini beliau akhirnya bermuhasabah dan menilai akan dirinya, lantaran itu akhirnya mengambil keputusan "drastik" dan "pasti menggemparkan"!!. Saiful khabarnya akan membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh "pihak-pihak tertentu" untuk membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apakah ini petanda baik yang "agenda 16 September" bakal terlaksana?. Jika Saiful mengaku beliau dipaksa maka beliau juga ada hal untuk menarik balik laporan polisnya dan pendakwaan yang dibuat terhadap Anwar juga bakal ditarik balik oleh mahkamah. Inilah saatnya yang paling mendebarkan. Siapakah yang telah memaksa Saiful? Kenapa beliau tergamak berbuat demikian? Apakah kerana tekanan ataupun kewangan?. Maruahnya kini sudah tercalar dan seandainya beliau membuat pengakuan ini, maka Saiful akan kembali pulih semula dari "lamunan". Lokasi dan waktu untuk beliau berbuat demikian masih lagi dirahsiakan demi keselamatan. Semoga berita ini bakal menjadi satu suntikan semangat buat kita untuk terus berjuang menuntut perubahan dalam masa terdekat ini.

Apa yang pasti, mungkin keinginan Saiful untuk buat pengakuan ini ada kaitannya dengan tarikh 24 September, dimana kes liwat itu akan dibaca di Mahkamah Tinggi. Saiful mungkin tahu yang Anwar tidak bersalah dan segala bukti-bukti yang bakal dikemukakan bakal menemui kegagalan lantara perkara itu adalah rekaan semata. Saiful juga mungkin melihat yang beliau juga takut akan balasan yang bakal diterimanya di akhirat kelak gara-gara membuat fitnah terhadap Anwar. Maka itulah akhirnya keputusan ini bakal diambil sedikit masa lagi. Jika perkara ini benar-benar terjadi, maka siapakah pula yang bakal berhadapan dengan hukuman selepas ini?. Sesungguhnya segala apa yang berlaku dalam kes ini nampaknya semakan "terbongkar". Imej Anwar akan kembali pulih, dan harapan untuk melihat Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin terasa kini.

[Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya semakin tidak dapat tidur lenalah agaknya "orang-orang tertentu" yang memaksa Saiful membuat tuduhan liwat terhadap Anwar itu. Maka ini juga bererti imej dan maruah Anwar akan meningkat. Keadaan ini bakal menyaksikan lebih ramai ahli parlimen BN akhirnya mengakui bahawa Anwar adalah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dalam masa terdekat ini]

Posted at 02:02 am by Cucu Mat Kilau

Sampaikan Salam Dari Taipei


Hello Brader MSK,Lepas hang baca ni, make sure hang delete mail ni. Kalau depa dapat tau aku hantaq kat hang, naya aku.Dah dua hari kami kat sini. Leceh betui. Ingat kata semua naik kapalterbang sama-sama, rupa-rupanya depa asingkan kami bila sampai Singapore. Ramai SB dari YB. Sampai Taipei, semua depa halau masuk hotel.Lagi satu leceh, nak call out pun tak boleh. Passport dengan handphone SB pegang.Semalam baru lega sikit. Kami pi Shangri-La Leisure farm. Bukan besaq sangat, kandang kambing Maniam kat Sauk tu lagi besaq. Tapi kambing dia lain macam…nak kata Jamnapari, tak dak janggut. Nak kata Boer, aku pun tak kenai.
Tak patut betui Pak Lah…dia syok kat kambing, dia suruh kami mai belajaq.Yang syok…masa permanian beradas. Hang tau Bung Mokhtar buat apa?.. dia pi inject sperm dalam lubang pungkok kambing tu..kah.kah.kah.. Dia ingat kambing beranak ikut pungkok kot?Lepas tu, kami jumpa Ketua Setiausaha Taiwan, Lu Luo Hua. Yang ni lagi satu lawak. Dia tanya…Anwar tak mai sama ka?Pagi tadi, kami pi ke, Kaosiung..naik bullet train. Kami pi melawat pusat bioteknologi. Fuh! bessst! Hang pernah tengok ayam tak dak bulu ka?
Memng tak dak! tapi kulit dia tebai, macam itik dah kena salai. Pusat bioteknologi Taiwan ni dah cipta ayam tak dak bulu, sebab setiap tahun, kerajaan taiwan menghadapi masalah nak buang bulu. Tu pasai depa cipta ayam tak dak bulu.Tapi, tadi aku tengok ayam kaki empat. Aku tanya kat depa…pasai apa ayam kaki empat. Depa jawab…KFC cuma mau drumstick. Jadi kena increase drumstick production la..Esok kami akan ke Pingtung University of Science and Technology.
Jadual lusa dan seterusnya kami pun tak tau. Gila sungguh depa.Tadi aku email kat Raja Petra.. Kami semua dapat RM50,000 duit poket. Tapi nak belanja kat mana. Masuk jamban pun SB ikut. Pulak tu, satu-satunya tempat lepak yang ada benda tu…semalam jugak depa tutup. Tapi hang tok sah risau, MSK. balik nanti aku belanja hang kat Big Sister.OK..MSK. Depa dah panggil dah. Buat roll call.
Salam Reformasi - Toward 16 Sept

Beberapa cawangan MCA Negeri Sembilan bubar

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER (SK) - Tanggal 16 September tinggal beberapa hari nanti, semakin hampir dengan tarikh sejarah itu, semakin ramai penyertaan untuk menjadi ahli KeADILan.
Esok, beberapa ketua cawangan MCA akan menyertai KeADILan diatas kepercayaan yang tinggi keatas komitmen Anwar Ibrahim untuk membawa perubahan keatas tanah air.
Bertempat di Ibu Pejabat KeADILan Negeri Sembilan di Seremban pagi esok, satu majlis akan diadakan bagi menyambut penghijrahan Ketua-ketua cawangan berkenaan.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Anwar ke Taiwan

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan pergi ke Taiwan untuk bertemu dan berbincang bersama beberapa Ahli Parlimen yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) yang kini sedang melakukan lawatan sambil belajar di negara tersebut berhubung pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini. “Saya akan ‘terbang’ ke sana sekiranya perlu, sekiranya terdesak dengan kadar segera,” tegasnya sambil memberitahu beberapa siri perbincangan telah dilakukan bersama pemimpin-pemimpin PR sebelum Ahli Parlimen terbabit berlepas ke Taiwan.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi sebutan semula kes liwatnya semalam..Ditanya keyakinannya berkenaan 16 September, beliau yang berkata: “Insya-Allah ia akan berlaku. Ia akan menjadi realiti, kita (Pakatan Rakyat) bekerja keras untuk itu.” Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut memberitahu, beberapa perubahan akan dilakukan apabila pembentukan kerajaan baru terlaksana.“Sempena bulan Ramadan ini, marilah berdoa supaya rakyat dapat kebebasan, harga barang dan minyak diturunkan serta kerenah dua tiga pemimpin yang mengambil kekayaan dengan banyak serta kontrak besar yang banyak tidak berlaku lagi. Kepada anggota polis yang menjalankan tugas dengan baik, saya berjanji akan memberi elaun tambahan,” ujarnya.Dalam pada itu ketika memberi respons berhubung kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan akan kembali menganggotai UMNO, beliau secara berseloroh berkata: “Nak buat apa? Nak tolong bagi kapal karam cepat?”Anwar turut menegaskan pendiriannya yang bersetuju dengan cadangan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal agar tindakan tegas dikenakan kepada golongan yang cuba menimbulkan isu perkauman.“Saya sambut baik kenyataan demikian. Saya juga ingin tegaskan di sini, bahawa sikap mengapi-apikan isu perkauman ini digunakan oleh golongan dalam UMNO untuk menutup kelemahan dan kegagalan mengurus ekonomi, rasuah dan penyelewengan yang berlaku.“Oleh itu, saya hendak merayu kepada orang Melayu, Bumiputera lainnya, Cina dan India untuk kawal ketenteraman dan jangan bagi ruang kepada pemimpin dalam pimpinan UMNO berjaya dengan isu yang mereka reka sendiri,” ujarnya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

30 pemimpin BN bakal sertai PR :: Azmin

GOMBAK - Seramai 30 pemimpin termasuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung, didakwa bakal menyertai Pakatan Rakyat (PR) tidak lama lagi biarpun tidak diumumkan pada 16 September ini. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata PR akan memilih masa yang terbaik untuk membuat pengumuman tersebut memandangkan adanya tekanan kuat yang dihadapi PR dari pihak-pihak tertentu. “Tarikh 16 September hanya sasaran. Ini soal strategi. Dengan tekanan yang timbul sudah tentu kita terpaksa melihat semula (tarikh pengumuman kemasukan ahli BN ke PR). “Kita mempunyai keyakinan ini berikutan pihak berkenaan sudah menyatakan komitmen mereka. Ini termasuklah Ahli Parlimen BN (UMNO) dari Semenanjung,” kata Azmin kepada Sinar Harian ketika ditemui di majlis sumbangan kerajaan negeri di Kampung Laksamana, di sini, semalam. Beliau turut mendakwa walaupun usaha membawa Ahli Parlimen anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) ke luar negara dibuat bagi ‘melarikan’ mereka daripada menghadapi tarikh 16 September, namun katanya, sampai bila mereka (Ahli Parlimen) ini akan ‘dijauhkan’. “Usaha sebegini hanya memperlihatkan kelemahan keyakinan pihak berkenaan. PR hanya baru membuat pengumuman tarikh,” ujarnya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Sasaran Selasa depan tak jadi? 20 September mungkin tarikh baru Pakatan - Anwar

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.
"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.
"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.
Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.
Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.
Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.
"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.
Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.
Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.
"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.
Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.
"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Rasional Anwar 'pilih' 20 September sasaran baru Pakatan bentuk kerajaan

PETALING JAYA: Jika tidak 16 September, 20 September? Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk 20 September semalam?
Ketika berucap di kediamannya sempena bulan Ramadan malam tadi, Anwar berkata, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang."Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah," katanya.Sebelum ini 16 September banyak dikaitkan dengan tarikh pembentukan Malaysia - yang membawa kepada kemasukan Sabah dan Sarawak.Bagaimana pula dengan 20 September?
Tanggal 20 September merupakan hari bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan mendatangkan kemudaratan kepada negara. Anwar telah ditangkap oleh pihak polis pada pukul 10 malam 20 September 1998 di rumahnya no. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Penangkapannya dibuat di bawah seksyen 73(1) (a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah mendatangkan kemudaratan negara.
Kemudian beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.
Beliau keluar penjara pada April 2004 dan bebas larangan aktif berpolitik April lalu - sebulan selepas pilihan raya umum ke-12.
Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil 26 Ogos lalu.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

10 September 2008

Kes Anwar ditangguh kepada 24 Sept

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes liwat terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.Apabila kes itu disebut pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, para peguam Anwar mempertikaikan perintah tersebut kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani, yang menurut mereka, tidak sepatutnya terbabit dalam kes tersebut kerana beliau adalah pihaknya disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1998.Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.


Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu.Hakim Komathy kemudian menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu.
Anwar meninggalkan mahkamah pada kira-kira jam 11.14 pagi.



Diserbu wartawan

Sebelum itu, Anwar tiba di Mahkmah tersebut jam 9.30 untuk sebutan tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.Anwar tiba dengan diiringi oleh peguamnya Sankara Nair; isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta dua orang anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Hanna.Sebaik sahaja tiba, Anwar diserbu oleh para wartawan dan jurugambar yang berada di situ untuk membuat liputan kesnya pagi ini.Bagaimanapun, mantan timbalan perdana menteri itu tidak bercakap kepada pemberita.
Kira-kira 100 penyokong penyokongnya turut hadir. Anwar masuk ke bangunan mahkamah pada kira-kira jam 9.35 pagi.Beliau dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan tersebut dan Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.
Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini.

Lima trak FRU


Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan tuduhan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pemimpin PKR telah memberi amaran akan berlakku protes jalanan sekiranya ikatjamin terhadap Anwar dibatalkan.
Anwar, yang menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, berkata beliau bakal menubuhkan kerajaan baru lewat bulan ini dengan bantuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menurutnya akan menyertai Pakatan Rakyat.
Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan kawalan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempat di situ.
Para wartawan pula diminta mendaftarkan di tiga tempatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan mahkamah untuk mengikuti kes Anwar

Anwar: Tarikh 16 Sept mungkin dilanjutkan...

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.Katanya, ini kerana BN telah menghantar ramai ahli parlimennya menyertai lawatan sambil belajar di Taiwan.

"Kita pasti mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang mencukupi, tetapi kita perlu menunggu kerana mereka kini berada di Taiwan," kata Anwar dalam laporan akhbar the Star.Mantan timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mempunyai maklumat bahawa ahli-ahli parlimen tersebut tidak dibenarkan pulang dari Taiwan sebelum 16 September bagi menggagalkan rancangannya itu.Pakatan Rakyat menguasai 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Sebelum ini, Anwar mendakwa beliau akan menubuhkan kerajaan baru apabila ahli parlimen BN menyertai Pakatan.

"Selepas berbincang dengan PAS dan DAP, tarikh tersebut boleh dilanjutkan walaupun sasaran kita sebelum ini, ialah 16 September," kata Anwar dalam ucapannya di kediamannya semalam.Bagaimanapun, beliau percaya, kerajaan sekarang sukar untuk mematahkan kebangkitan rakyat.Anwar berkata, Pakatan akan mengadakan mesyuarat petang ini atau esok mengenai persiapannya pada 16 September.

URGENT - Pls. foward

Assalammualaikum...Minta kawan2 semua tolong forwardkan gambar adik saya kepada rakan2 yglain.

Dia telah hilang semenjak hari Rabu, 20-Aug.
Report Polis telah dibuat.
Disyaki berada di kawasan Johor, Pulau Pinang atau Kedah.
Nombor kereta MyVi silver JKH 5380.
Nombor kereta Wira coklat CBL 7772

Kalau ada apa-apa maklumat, sila hubungi /SMS/email :
abang : 012-291 9274 ( roslikluang@yahoo.com)
kakak: 0137690512 019-277 9275 (Rafidah.Ahmad@my.flextronics.com)

Ataupun sesiapa yang mempunyai pengalaman kehilangan orang tersayang,tolong la share bagaimana cara atau ada sesiapa yang boleh kita temui untuk meminta pertolongan..

Terima kasih.

Rafidah Ahmad / Rosli

Anwar sahkan 32 setuju sertai Pakatan Rakyat


TIGA puluh dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat?
“Ya.” Ini jawapan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar sebentar tadi selepas selepas mempengerusikan Mesyuarat bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.Mesyuarat itu berlangsung hampir tiga jam. Dan, ini kali pertama angka tepat jumlah anggota Barisan Nasional (BN) yang didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat disahkan oleh beliau, khususnya selepas dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 28 Ogos lalu.
“Kita membincangkan perkembangan yang berlaku… kami memfokus mengenainya (sasaran 16 September).
“Kami masih mengikut perancangan dan kami sedang fikir bagaimana hendak berhubung dengan mereka (ahli-ahli Parlimen yang hari ini berlepas ke luar negara)… kami berbincang dengan PAS dan DAP tadi,” kata beliau lagi.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Pakatan Rakyat junjung perlembagaan persekutuan

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.
Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.
Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
YB Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS
YB Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen DAP

Anwar Ibrahim “Gulingkan” Badawi Tanggal 16 September

JAKARTA, SABTU - Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, tetap pada target awalnya untuk menggulingkan pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi. Anwar menetapkan batas 16 September sebagai batas akhir baginya untuk “mengistirahatkan” Badawi.

“Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar mengawali pidatonya dalam silaturahmi dengan ICMI di Menara Bank Mega, Jakarta, Sabtu (6/9).
Pemilu sela yang memenangi dirinya dengan 70 persen perolehan suara, menurut Anwar, menjadi cerminan semangat rakyat Malaysia yang menginginkan perubahan. Namun, pemilu itu menjadi pemilu terburuk dalam kacamata Anwar.
“Karena yang terlibat dalam kampanye, mulai dari Perdana Menteri, Wakil Perdana Menteri, dan seluruh pemerintahan berkampanye menjelekkan saya. Untuk mempertahankan kekuasaannya, mereka memanfaatkan isu hubungan antaretnis di Malaysia. Tapi hanya untuk mempertahankan kekuasaannya, bukan untuk benar-benar menyejahterakan rakyat. Isu itu hanya didengungkan untuk mempertahankan elite yang berkuasa. Bukan berkampanye dengan mendengungkan isu jaminan keselamatan rakyat,” ujar politisi Partai Keadilan Rakyat ini.
Selain memaparkan tentang manuver-manuver yang digunakan lawan politik untuk menjatuhkan dirinya, Anwar juga menyinggung kondisi perekonomian Indonesia. Menurut dia, Indonesia harus menyadari tidak bisa menyingkirkan diri dari perkembangan ekonomi global. “Wacana yang berkembang di Indonesia terlalu ekstrem. Terima IMF dan Bank Dunia atau tolak sama sekali. Saya tidak sependapat dengan pandangan itu. Indonesia menurut saya agak ekstrem. Saya tidak percaya dalam situasi global begini kita bisa berjalan sendiri,” katanya.
Menurut Anwar, salah satu solusi yang bisa menyelamatkan perekonomian suatu negara adalah dengan memberantas korupsi di segala lini. “Korupsi ini bisa menjatuhkan kekuatan ekonomi,” ujar Anwar.

Joseph Kurup tidak lagi Timbalan Menteri - Najib

Ini kerana timbalan menteri mestilah daripada kalangan anggota Parlimen.Kurup boleh dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi kelak sekiranya parti bersetuju beliau bertanding semula - Najib

PUTRAJAYA 8 Sept. — Tan Sri Joseph Kurup tidak lagi menjadi timbalan menteri ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengisytiharkan kemenangannya bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum Mac lepas batal dan tidak sah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata ini kerana timbalan menteri mestilah daripada kalangan anggota Parlimen.
Bagaimanapun, Kurup boleh dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi kelak sekiranya parti bersetuju beliau bertanding semula, kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permata Negara, di sini.
Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan juga Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah.
Najib berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu dan akan membuat persediaan menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu sekiranya perlu.


Surat terbuka Paksi untuk Anwar

Ya, syabas dan tahniah Dato’ Seri Anwar!
Surat tahniah ini ditulis khas buat Sdr di waktu orang di sana sini sibuk bertanya ‘betulkah?’, ‘betulkah?’; dan kami mengambil kesempatan ini bukanlah untuk mengganggu kelancaran usaha dan perancangan Sdr.
Tidak sekali-kali. Bahkan kami menjulang idealisme keadilan dan kerakyatan yang Sdr bawa itu. Hanya kami sekadar ingin mengingatkan kepada perkara yang selalu dilupakan itu.
Seperti Sdr pernah sebut bahawa waktu lapang yang banyak ketika dalam penjara di SungaiBuloh membolehkan Sdr membaca berulang kali karya-karya agung Shakespeare.
Maka begitulah - sesuatu yang bernilai agung seperti itu juga, kami percaya, perlu dan boleh dilahirkan dari bumi kita ini. Hanya kita perlu memberi perhatian kepadanya, dan sanggup meluangkan juga waktu untuknya - untuk memikirkan hal-hal kesenian, kesusasteraan, kebudayaan.
Memang politik dan ekonomi itu agendanya selalu membangkitkan kesibukan dan suasana ‘urgent’. Kesenian, kesusasteraan, kebudayaan pula selalu berada di luar daerah sibuk dan’urgent’ tersebut.
Tetapi seperti disebut di atas, bangsa yang melupakannya akan melahirkan masyarakat yang kebengongan, seperti masyarakat kita sekarang, sampaikan sanggup membuang bahasa kebangsaannya yang sudah terbukti mampu menjadi bahasa pengantar Matematik dan Sainsitu, dan mengambil semula bahasa Inggeris. Sebab apa, kalau bukan sebab kebengongan?
Maka dengan semangat surah al-’Asr, kita berpesan-pesan, agar pimpinan Sdr Anwar tidak akan memberi alasan ’sibuk dengan soal-soal politik dan ekonomi yang urgent’ hingga terpaksa meminggir atau menangguhkan terus program kesenian, kesusasteraan, kebudayaan, khasnya (dan urgent) mengenai kedaulatan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu.
Kami kumpulan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) percaya bahawa golongan budayawan-seniman-cendekiawan mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu dalam kehidupan dan upaya pembangunan bangsa dan negara. Hanya selama ini golongan ini tidak diiktiraf dan diberi peluang untuk mereka berperanan dan bertanggungjawab sewajarnya.
Kerajaan selalu lebih mengutamakan bidang sukan misalnya, dengan memperuntukkan perbelanjaan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan, tanpa memikirkan bahawa kalau peruntukan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan begitu, kita mungkin juga boleh melahirkan tokoh kesusasteraan yang bertaraf dunia, setaraf Shakespeare misalnya.
Harapan kami agar Sdr tidak akan mengabaikan peranan golongan budayawan-seniman-cendekiawan. Biarlah mereka yang menentukan agenda mereka. Bukan pimpinan politik yang merencanakan program untuk mereka.
Pengalaman kami mendapati ramai pimpinan politik kita melihat golongan budayawan-seniman sebagai golongan yang boleh dipergunakan untuk membantu perjuangan politik mereka sahaja.Seni dan budaya hanya bernilai apabila ia boleh diperguna atau diperalatkan. Janganlah begitu, ya.
Akhirnya, kami mendoakan Allah mempermudahkan usaha hamba-hamba-Nya bagi menegakkan yang benar dan yang adil. Gabungan mantap pimpinan Sdr bersama dengan barisan ulama dan juga kaum-kaum yang pelbagai di negara ini nampaknya memberi keyakinan rakyat yang membawa kepada kemenangan besar Sdr di Permatang Pauh. Harapan kami agar gabungan mantap ini terus dipelihara.

Dinsman

Pak Lah Tersepit Dicelah Pemimpin UMNO P Pinang dan Parti Komponen

Bilakah lagi Abdullah Ahmad Badawi dapat tidor lena dalam majlis rasmi seperti dinikmatinya dahulu?

Belum reda lagi isu kenyataan Ahmad Ismail yang dilaporkan bahawa dia berkata orang Cina pendatang.
Malah, isu ini menjadi semakin buruk, bila membabitkan Koh Tsu Khoon pemimpin Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Serta beberapa pihak lain lagi.
Inikah bahana, dari P 44 Permatang Pauh, yang menyaksikan betapa buruknya kempen di pilihanraya kecil itu, di mana Anwar Ibrahim diaibkan, dihina, dan dimalukan. Serta, beberapa amalan sumpah sumpahan yang memungkinkan datangnya bala.
Perhatikan, ketegangan Ahmad Ismail yang disokongi kesemua 13 UMNO Bahagian, dengan Koh Tsu Khoon mewakili Parti Gerakan Rakyat Malaysia, setakat ini mengakibatkan dua perkara:
Pertama: Mohd Najib Abdul Razak mendapat malu. Minta maafnya bagi pihak Ahmad Ismail kini tidak bermakna, kerana Ahmad Ismail sendiri tidak mahu meminta maaf.
Kedua: Abdullah Ahmad Badawi tersepit di antara hilang sokongan pemimpin UMNO Negeri Pulau Pinang, negerinya sendiri, ketika pemilihan UMNO Disember, 2008, semakin dekat, dan kemungkinan hilang parti komponen yakni Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang sudah mula menyuarakan untuk keluar Barisan Nasional, dan ini boleh memenangi Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Namun, jika Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat menangani hal ini, dari marak yang masih kecil dijangka boleh merebak menjadi gegak yang besar ke seluruh negara, lantaran boleh mengundang keperluan MAGERAN.
MAGERAN boleh menjadi satu cara usaha pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat, tidak mandapat peluang menjadi kenyataan.
Apakah sebenarnya isyarat Abdullah Ahmad Badawi kepada para pemimpin UMNO Pulau Pinang. Selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pulau Pinang kelmarin, Ahmad Ismail menjadi lebih berani dan berlebih-lebihan. Sokongan 13 UMNO Bahagian Pulau Pinang bukan kecil. Restu Abdullah Ahmad Badawi, ketika itu memihak kepada Ahmad Ismail, seraya menyalahkan wartawan. Sedangkan wartawan mempertahankan kebenaran, dan bersaksi pula dua wartawan lain. Pun begitu, bukankah Mohd Najib Abdul Razak hadir ketika Ahmad Ismail membuat kenyataan tersebut.
Ahmad Ismail pun membuat sidang media kedua. Sehingga dikatakan Abdullah Ahmad Badawi sendiri yang mengarahkan Ahmad Ismail membuat sidang media kali kedua ini. Namun kali ini gambar Koh Tsu Khoon pula dikoyak. Gesaan supaya Parti Gerakan Rakyat Malaysia dipecat dari Barisan Nasional.
Media massa dan Internet telahpun merakamkan peristiwa ini ke seluruh negara dan ke seluruh bloggosphere.
Sesiapa yang terlepas tonton, boleh saksikannya di blog Nur Aflah:http://nuraflah.blogspot.com/2008/09/malaysiakini-ahmad-ismail-sudah.html
Pendaman rasa begini sudah lama. Diperhatikan sewaktu Koh Tsu Khoon memimpin Pulau Pinang, telah timbul rasa tidak puas hati di kalangan para pemimpin UMNO, bahawa Melayu di Pulau Pinang merasa dipinggirkan dari arus kemajuan negeri ini.
Tolak ansur kerajaan pusat sering memihak kepada Koh Tsu Khoon. Para pemimpin UMNO beralah. Di suatu ketika timbul usaha membawa Koh Tsu Khoon keluar dari negeri Pulau Pinang untuk ke kerajaan Pusat. Namun bila kalah mengejut dalam PRU 12, ada satu pihak salahkan Abdullah Ahmad Badawi. Ada pihak satu lagi salahkan Koh Tsu Khoon.
Sememangnya, di negeri yang mana Abdullah Ahmad Badawi dan Koh Tsu Khoon, adalah dua pemimpin besar Barisan Nasional dibenci, orang dalaman telah memilih untuk undi sabotaj dan memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang.
Oleh kerana banyak kebaikan yang mula dibawa oleh Lim Guan Eng di negeri ini, merangkumi semua kaum, maka para pemimpin UMNO sudah mula kehilangan hormat di kalangan Rakyat Malaysia di Pulau Pinang.
Pun begitu Koh Tsu Khoon telah banyak berjasa, usahanya tidak boleh diperkecil atau diperleceh begitu sahaja oleh para pemimpin UMNO di negeri ini. Bila Koh Tsu Khoon mengusul pertimbangan keluar dari Barisan Nasional ketika berhadapan tekanan dalam partinya, Mohd Najib Abdul Razak terus meredakan, namun para pemimpin UMNO negeri Pulau Pinang, mudah cakapnya, menyuarakan blah lah Gerakan.
Abdullah Ahmad Badawi tidak tegas. Dia lembik, lemah, longlai, dan lesu. Lagi pun, dia tidak mempunyai kebijaksanaan menangani krisis seperti ini. Jika terjadi yang tidak baik hasil daripada isu di Pulau Pinang ini, maka orang akan salahkan Abdullah Ahmad Badawi.
Kini Abdullah Ahmad Badawi tersepit, dan pening!
Jadi, ketika semua ini semakin hangat dan belum dapat diredakan lagi, soalannya bilakah lagi Abdullah Ahmad Badawi dapat tidor lena dalam majlis rasmi seperti dinikmatinya dahulu?”

Chedet Kembali ke Lembah UMNO !!

Chedet Kembali ke Lembah UMNO !!
Dr. Mahathir Mohamad kini dikenalpasti telah kembali ke dalam UMNO.
Lebih menggerunkan, Dr. Mahathir hadir kembali ke dalam kem UMNO bersama tujuan yang menggemparkan iaitu bagi mengangkat KU LI untuk menggantikan paklah.
Dikhabarkan juga, orang yang berjaya memujuk Dr. M ialah Muhyiddin Yassin.
Satu lagi berita menarik, Mukhriz bakal berentap dengan Khairy !

UMNO Pulau Pinang cetuskan kekecohan

Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai gambar dan mengoyaknya.Ini perangai ahli UMNO .... Ahmad dan Zainol wajib di ISA kan. Niat mereka untuk menimbulkan kemarahan bangsa Cina marah kepada bangsa Melayu. Yang menarik .. kononnya Pak Lah mengarahkan Ahmad untuk membuat sidang akhbar. Tapi kandungannya berlainan rupa.

Ahmad cuba jatuhkan kepimpinan Pak Lah
Ini tektik UMNO untuk memaksa PAk Lah meletakkan jawatan. Ini kata Ahmad di dalam sidang akhbar hari ini …
“Kami bersyukur YAB Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) faham tentang isu tersebut dan ini boleh kita nilai sendiri dari kenyataan akhbar yang dibuat oleh beliau sebaik sahaja selesai mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang.


“Pak Lah telah meminta saya untuk membuat satu lagi sidang
akhbar - maka inilah kita adakan sidang akhbar pada hari ini,” kata Ahmad.- MKini

Dan selepas sidang akhbar itu ….
Bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.
Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai gambar dan mengoyaknya.





Ini perangai ahli UMNO …. Ahmad dan Zainol wajib di ISA kan. Niat mereka untuk menimbulkan kemarahan bangsa Cina marah kepada bangsa Melayu. Yang menarik .. kononnya Pak Lah mengarahkan Ahmad untuk membuat sidang akhbar. Tapi kandungannya berlainan rupa.
Najib di lapurkan akan bertemu Ahmad esok untuk membincangkan perkara tersebut. Apakah tindakan Pak Lah selepas ini? Insiden tersebut disiarkan di dalam berita ke seluruh negara.
Aku kata ….. ISA kan beruk beruk UMNO tu…Kalau tidak … maknanya UMNO kebal pada ISA. Dan … kerana mangkuk hayun beberapa ekor ni …ia merosakkan nama Melayu seluruhnya.
dan ini kata Pak Lah …

Saya sangat tidak gembira dengan situasi ini, Saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini. Semestinya,” katanya. - bernama

Kubur kan UMNO untuk selama lamanya.




08 September 2008

SALAM TAHNIAH BUAT SEMUA...

SETIAUSAHA AMK NEGERI JOHOR


Kegembiraan jelas terpancar pada setiap penyokong Pakatan Rakyat setelah kemenangan YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana penat, jerih, tekanan dan apa jua bentuk pengorbanan kita selama ini bagi memenangkan YAB DSAI pada pilihanraya kecil tersebut telah terbayar dengan kemenangan yang begitu cemerlang. Sekalung dan setinggi-tinggi TAHNIAH buat semua para Petugas-petugas Pakatan Rakyat, Bloggers2, para pimpinan parti disemua peringkat yang secara langsung ataupun tidak langsung menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat.

Hari ini YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telahpun mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Setelah 10 tahun beliau berjuang diluar Parlimen kini tugasan beliau semakin mencabar yang mana beliau akan memperjuangkan hak rakyat, menyelamatkan harta negara dari terus dibolot oleh pemimpin2 yang tidak bertanggungjawab, menghapuskan rasuah dan menghapuskan apa juga bentuk penindasan terhadap rakyat yang sepatutnya memerlukan pembelaan.Saya sendiri turut merasa gembira dengan terlantiknya YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara dan juga Ketua Pembangkang dengan memakai pakaian batik bagi turut sama meraikan atau menzahirkan kegembiraan saya terhadap perlantikan tersebut.

Saya mewakili Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor mengucapkan jutaan TAHNIAH buat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.Pesanan untuk teman2 terutama AMK Bahagian di seluruh Negeri Johor, sekaranglah masanya bagi kita memantapkan lagi jentera kita. Diharap setiap Ketua AMK Bahagian mengambil pendekatan yang serius bagi memantapkan setiap organisasi masing-masing. Tiada yang mustahil akan berlaku dalam dunia sekarang. Permatang Pauh sudah berlalu, adakah kita telah bersedia sekiranya berlakunya Plihanraya Kecil di tempat saudara-saudara semua.....???

Tepuk Dada Tanya Selera. Tidak dinafikan, kemenangan di Permatang Pauh adalah disebabkan mantapnya setiap organisasi yang dibentuk. Percayalah jika kita mengharapkan Parti Keadilan Rakyat menang di Negeri Johor maka kita selaku sayap kanan parti mestilah sentiasa bersedia dengan jentera yang mantap.Insya-ALLAH selepas Bulan Ramadhan yang akan kita sambut pada awal bulan September nanti saya akan cuba menyediakan kursus-kursus motivasi bagi memantapkan lagi pemahaman ahli tentang erti politik dan perjuangan.

Respond dari anda semua amatlah saya harapkan dan alu-alukan.Ucaplah Tahniah kepada diri anda semua yang menyumbang kepada kemenangan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pemimpin Kesayangan kita.

Salam Reformasi. Salam Bermuhasabah Diri.
SALAM RAMADHAN...

BN Gagal bawa perubahan: Bekas Ketua Gerakan Wilayah sertai KeADILan

KUALA LUMPUR 7 SEPTEMBER (SK) -BEKAS Ketua Gerakan Wilayah Persekutuan, Dr Tan Kee Kwong menyifatkan tindakan beliau menyertai parti keADILan kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan hala tuju Gerakan, Umno dan Barisan Nasional yang di sifatkan gagal membawa perubahan dan kemakmuran kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini..
Dr Tan, 61 merupakan anak kepada Pengasas Gerakan dan tokoh pembangkang yang disegani, Dr Tan Chee Koon pada sekitar 60 dan 70 an. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dari 1999 hingga 2004 serta menjadi ahli parlimen Segambut selama 3 penggal berturut-turut dari 1995 hingga 2004.
“Saya telah mengantar surat untuk keluar dari Gerakan melalui fax yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung parti itu, Chia Kwang Chye pada 5 September lalu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penyertaannya ke dalam keadilan pada satu sidang media yang diadakan di Ibu pejabat Parti keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya pada 6 september lalu .
” Keputusan ini bukan senang tetapi saya percaya parti yang berasaskan satu kaum seperti Umno, MCA dan MIC sudah tidak relevan lagi ” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penyertaannya ke dalam keadilan pada satu sidang media yang diadakan di Ibu pejabat Parti keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya pada 6 september lalu .
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah presiden keADILan, DR Wan Azizah Ismail, menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan barisan pimpinan KeADILan.
Pada Mei lalu, beliau dilantik untuk menjadi pengerusi bersama pasukan khas pengurusan tanah di Selangor yang mengkaji hal-hal berkaitan berkaitan pengurusan batuan, pasir dan tanah di negeri itu.
Menurut Dr Tan, beliau keluar dari gerakan dan menyertai KeADILan kerana percaya era sistem parti yang berasaskan ras atau kaum telah pun berakhir di negara ini dan tiba masa bagi rakyat Malaysia membuat perubahan politik yang memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia.
” Selepas tsunami politik pada 8 Mac, Saya percaya majoriti warganegara di Malaysia mahukan parti politik yang berbilang kaum dan agama” Ujar beliau.
Katanya, KeADILan adalah sebuah parti yang mempunyai masa depan yang cerah untuk generasi berbilang kaum pada masa hadapan dan kerana itu beliau memilih platform keadilan untuk meneruskan perjuangan politiknya.
” Keadilan adalah sebuah parti politik masa depan. Saudara Anwar sedang menuju ke arah untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik, kerana itu saya menyokong perjuangan beliau untuk mengenepikan para perasuah dalam Umno dan BN” ujar nya.
Dalam masa yang sama Dr Tan menyeru supaya pemimpin-pemimpin parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional supaya mengkaji semula perjuangan parti tersebut yang telah lari dari garisan perjuangan dan matlamat yang asal untuk membela hak dan nasib rakyat.
” Tolong jujur kepada diri anda. Umno sudah jauh dari perjuangan asal. Dulu mereka mempertahankan hak nelayan, petani, guru dan sebagainya . Tapi sekarang mereka sudah menjadi parti yang menjadi tauke’” ujarnya.
Dalam sidang media tersebut, beliau turut menyentuh mengenai dasar politik perkauman yang diamalkan oleh Barisan Nasional terutamanya Umno telah menyebabkan beliau semakin hilang kepercayaan terhadap dasar parti tersebut.
” sebab utama yang menyebabkan orang cina merasa marah kepada Umno kerana pemimpin Umno menggunakan keris untuk mengugut masyarakat Cina” ujar beliau.
Ketika di tanya kenapa beliau menyertai keadialan sekarang, Dr Tan berkata, beliau yang menyertai Gerakan kerana diminta oleh bekas naib presiden parti itu, Alex Lee pada 1995 bertujuan untuk mengubah perjuangan parti itu dari dalam.
Dr Tan berkata, beliau menyertai Gerakan secara bidan terjun apabila menyertai parti berkenaan dua bulan sebelum pilihanraya umum pada tahun itu dan bertanding di kawasan Parlimen Segambut.

” Dulu saya fikir mahu menyertai Gerakan untuk mengubah Gerakan dan Barisan Nasional dari dalam tetapi setelah melepasi banyak tahun, sekarang sampai satu tahap yang mustahil” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Dr Tan turut diminta mengulas pandangan beliau terhadap sikap Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman sehingga mengguris hati masyarakat Cina di negara ini, malahan Ahmad mendapat sokongan 13 ketua bahagian Umno di Pulau Pinang.

” Jawapan saya adalah mudah. Pemimpin sebegini tidak sayangkan negara dan mereka cuba untuk memusnahkan Malaysia, negara yang berbilang kaum” katanya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Sasaran 16 Sept.: Pemimpin Pakatan Rakyat temu 3 jam di KL

(Mutakhir) PETALING JAYA: Tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.
mStar Online difahamkan pertemuan itu yang dipengerusikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), yang pulang dari Jakarta petang tadi, hanya memfokus terhadap pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
"Perbincangan pertemuan informal ini hanya memfokus satu topik iaitu menerangkan hasil perbincangan dan perundingan yang telah diadakan sejak dua minggu yang lalu. Kita telah berkongsi hasil perundingan dengan ahli-ahli Parlimen BN setakat ini.
"Perbincangan adalah positif dan semua perancangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang," kata sumber itu kepada mStar Online sebentar tadi.
Pertemuan itu yang berlangsung lebih dua jam di kediaman Anwar di Bukit Segambt berakhir kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
Kesemua pemimpin kanan komponen Pakatan Rakyat hadir kecuali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sumber itu juga menambah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas susulan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur pagi ini (Isnin)..
Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.
Terdahulu di KUALA TERENGGANU: DAP menegaskan ia tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen BN ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan 'periuk nasi politik' mereka.Katanya, jika wakil rakyat BN keluar daripada parti yang selama ini memerintah semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika."Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.
"Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya," kata beliau dipetik Bernama.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan penubuhan DAP cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu di sini hari ini dengan keahlian seramai 60 orang ahli.Parti itu pernah membuka cawangannya di Kelantan pada tahun 1990, namun berkubur pada tahun 2002 ekoran kurang penerimaan daripada masyarakat setempat.
Di JAKARTA, Anwar yang Ketua Pembangkang di Parlimen, yang semalam membawa impiannya untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia pada 16 September kepada media massa di Indonesia, masih gagal menyatakan siapa atau beberapa orang anggota Parlimen Barisan Nasional akan menyeberang ke pihaknya.
"Saya hanya akan menamakan mereka pada masa yang sesuai. Ini adalah persefahaman...perjanjian dengan teman-teman (para anggota parlimen itu)," katanya.
Walaupun ketika berkali-kali ditanya oleh media massa tempatan dan asing yang meliputi pertemuannya dengan Ikatan Cendikawan Muslim Indonesia (ICMI) di sini hari ini, beliau enggan menyatakan siapa atau berapa bilangan anggota Parlimen BN yang sudah mengesahkan menyeberang ke pihaknya.
Anwar menjelaskan bahawa harapan beliau berjumpa dengan ICMI adalah kerana menganggap pertubuhan Islam di Indonesia penting baginya, seperti juga di Malaysia.
Anwar, yang tetap yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan pada 16 September, mendakwa beliau tidak menghadapi sebarang masalah lagi untuk mencapai tujuan itu.
Sambil menegaskan bahawa media massa di Malaysia tidak bebas dan hanya melaporkan berita dari sudut pandangan kerajaan Barisan Nasional, Anwar berkata beliau dapat memberikan kepastian kepada media massa Indonesia dan asing bahawa 'penghijrahan wakil-wakil rakyat BN' akan terjadi 16 September ini walaupun di Malaysia dilapor tidak akan berlaku.
Mengulas lawatan yang dirancang untuk anggota-anggota Parlimen BN ke luar negera sehingga 16 September, beliau berkata, "Saya akan tangani hal ini bila pulang ke Kuala Lumpur petang ini".
Beliau masih mendakwa mendapat maklumbalas positif daripada anggota-anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak malahan juga dari Semenanjung Malaysia.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Ramlang masih imam Masjid Wilayah Persekutuan, mungkin kembali tugas esok

PETALING JAYA: Ramlang Porigi yang menjadi saksi upacara bersumpah bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, masih lagi merupakan imam Masjid Wilayah Persekutuan,
Perkara tersebut disahkan oleh peguam Ramlang, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi oleh mStar Online hari ini.
"Ramlang masih lagi pegawai di masjid berkenaan. Setakat ini (hari ini) beliau belum menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada mana-mana pihak," katanya yang mewakili imam tersebut.
Penghujung bulan lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, penjawat awam yang terlibat dengan program kempen pilihan raya boleh dianggap sebagai bertindak bertentangan dengan peraturan kerajaan.
Menurut Wan Mohamed, Jakim akan menjalankan siasatan lanjut mengenai penglibatan imam tersebut dalam perkara ini.
Ditanya bila Ramlang akan kembali bertugas di masjid berkenaan, Ahmad berkata, cuti anak guamnya akan berkahir Selasa ini.
mStar Online difahamkan Ramlang akan kembali bertugas selepas tempoh cutinya tamat.
Beliau telah mengambil cuti sejak 25 Ogos lalu.
Ramlang telah mencetuskan kontroversi apabila hadir di 'pentas' Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan sumpah Mohd Saiful iaitu bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah.
Ketika ditanya sama ada imam berkenaan ada menerima sebarang panggilan telefon daripada mana-mana pihak meminta anak guamnya memohon maaf secara terbuka, Ahmad berkata:
"Setakat ini kami belum terima sebarang panggilan mahupun surat daripada mana-mana pihak."
Peguam Ramlang berkata, pihaknya akan mempertahankan imam itu daripada sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadapnya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Gerakan ulangi mungkin keluar BN, MCA mahu kekal

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Gerakan mengulangi akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika ia tidak dapat memainkan peranan "yang bermakna" dalam perikatan berusia lebih lima dekad itu, kata Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Gerakan sedang menyemak semula peranannya dalam BN, kata beliau dua hari selepas menyatakan pandangan sedemikian di Kelantan.
Kelmarin, kata beliau, Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya partiparti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakya.

Di Kota Baharu kelmarin, sambil menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesagesa dalam tindakannya dan akan memberi "tempoh munasabah" sebelum mengambil sebarang tindakan.
Beliau yang menghadiri persidangan tahunan Gerakan Selangor hari ini, Koh memberitahu, parti itu akan terus mendesak agar BN melakukan perubahan dan pembaharuan berdasarkan realiti politik semasa serta jangan mengamalkan politik yang bersifst perkauman.
“Lihat simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu,” katanya.

Menegaskan semula bahawa parti itu bukanlah "pak turut" kepada BN, dan tidak akan bersikap sedemikan, Koh berkata, beliau mahu Gerakan dibawa berunding dengan lebih kerap sebagai rakan yang setara dalam membuat dasar dan keputusan di negara ini. "Kami bukanlah 'pak turut' kepada BN secara sewenangwenangnya tanpa mempunyai apaapa peranan bermakna untuk dilaksanakan.

"Namun kami akan pertimbangkan, daripada segi dasar keseluruhan, apa yang kami boleh lakukan untuk rakyat, perpaduan, ekonomi dan negara. Kami akan mengambil kira peranan yang kami ada. "Adakah kami mempunyai peranan yang bermakna untuk dilaksanakan? Ya. Saya fikir adalah wajar untuk kami mengkaji semula kedudukan kami dalam BN. Saya fikir ia sesuatu yang wajar untuk dilakukan, untuk mengkaji semula (hubungan). Ia bukan untuk memberi tamparan kepada rakan kami dalam BN. Kami bukanlah tidak bertanggungjawab," katanya. Ditanya sama ada beliau gembira dengan kedudukan parti itu sekarang dalam BN, beliau berkata "Tidak terlalu gembira dan bukanlah tidak gembira sangat sehinggakan kami segera meninggalkan BN.

Semalam, Timbalan Perdana Menetri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno yang menjadi tunjang kepada kerajaan BN akan tetap menganggap warganegara Malaysia yang bukan Melayu sebagai rakan kongsi dalam memajukan negara dan hak mereka akan tetap dipelihara.Sekalipun pelbagai pihak menyuarakan pelbagai pendapat berhubung isu "memohon maaf" berikutan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail mengenai dakwaannya terhadap masyarakat Cina, Timbalan Pengerusi BN itu menegaskan, apa yang penting ialah dasar Umno terhadap kaum lain di negara ini.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Gerakan akan terus mendesak agar BN menggubal kod etika dan membentuk lembaga disiplin bagi memastikan anggota parti gabungan itu tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan anggota lain.
Beliau juga meminta Dewan Tertinggi BN memanggil mesyuarat dengan secepat mungkin bagi membincangkan perkara itu memandangkan perasaan tidak puas hati semakin meningkat di peringkat akar umbi berikutan kenyataan Ahmad yang dianggap oleh Gerakan dan MCA sebagai bersifat perkauman.

BN tidak mempunyai mekanisme tatatertib bagi mengawal tatalaku anggotanya walaupun semua parti komponennya mempunyai lembaga disiplin masingmasing. Dewan Tertinggi BN dijangka bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan perkara itu. "Kami perlu ada prosedur yang jelas dan tegas bagi menangani perkara seperti itu dengan berkesan. Ia mestilah sesuatu yang mengatasi segalanya (pelembagaan setiap parti). "Oleh itu, saya mencadangkan agar Dewan Tertinggi BN bermesyuarat dengan secepat mungkin, sekurang-kurangnya untuk mencapai persetujuan pada dasarnya, untuk merangka kod etika bagi parti gabungan ini," kata Koh.

Dalam pada itu, di Ipoh, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini berkata, tidak ada sebab untuk parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) seperti mana gesaan daripada anggota akar umbinya. Beliau berkata, MCA bukanlah 'orang luar', sebaliknya bersama-sama Umno dan MIC sebagai pengasas kepada pembentukan parti Perikatan yang kini dikenali sebagai BN. "Maka sebab itu sekiranya terdapat sebarang masalah, kita perlu menyelesaikannya bersama-sama. Itulah semangat yang patut kita ada dan bukannya membangkitkan soal menarik diri daripada BN. Menarik diri tidak akan menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pada ketika ini perpaduan dalam kalangan parti komponen BN lebih penting daripada bercakaran sesama sendiri, apatah lagi dengan dakwaan pihak tertentu kerajaan BN akan ditumbangkan menjelang 16 September ini. "Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu.
"Berhenti bergaduh, berhenti membangkitkan isuisu yang boleh melukakan hati pihak lain dan bekerjalah secara berpasukan mencakupi konteks rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.
Sementara itu di KUALA KANGSAR, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berharap sebarang masalah yang timbul akibat beberapa isu kebelakangan ini yang telah dipolitikkan oleh pihak tertentu akan dapat diselasaikan dalam semangat muhibah BN."Tidak perlu ada kata dua daripada manamana parti dalam BN untuk keluar daripada BN. Kita telah berada dalam gabungan ini lebih dari 50 tahun dan saya percaya masalah ini dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di Masjid Taman Kuala Kangsar malam semalam.Beliau turut menasihatkan agar semua pihak yang berkaitan berhatihati dan tidak terlanjur kata dalam usaha memancing undi ketika menghadapi musim pemilihan parti masingmasing.

"Jangan kerana kita terlalu hendak memancing undi dalam pemilihan parti kita sendiri, kita sanggup keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam BN. (Pemuda) Umno akan menghadapi pemilihan juga dan janganlah kita keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kita dengan parti komponen yang lain."Sama juga dengan Pemuda MCA, jangan kerana hendak jadi hero dalam parti sendiri maka keluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan kawankawan yang lain dalam BN," katanya.Semalam bekas Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Han Chin Peng dan bekas Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng menggesa pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada BN.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Demo: Zulkifli terima surat tunjuk sebab hadapi PKR esok


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) hari ini menerima surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau kerana mengetuai demonstrasi membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu."Hari ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam," kata beliau dalam blognya hari ini.Zulkifli berkata, surat tersebut menyatakan kesalahan yang didakwa dilakukannya adalah menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" anjuran Majlis Peguam."Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. "Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 September. "Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi di sisi Ilahi," katanya.Kata Zulkifli lagi, beliau akan berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin yang dijadualkan Selasa ini.
Sementara itu ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zulkifli mengesahkan, beliau sudah menerima surat tunjuk sebab berkenaan.
"Ya, memang betul saya sudah terima surat tersebut di pejabat saya di Kuala Lumpur," katanya.
Jelasnya, Selasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu mungkin terpaksa ditunda kerana beliau mengendalikan kes di mahkamah.
"Saya mungkin akan meminta tarikh tersebut ditunda ke 15 September ini kerana minggu depan saya ada kes untuk dikendalikan di mahkamah," katanya yang ketika ini berada di kawasan Parlimennya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

05 September 2008


Selamat Berpuasa kepada semua teman-teman seperjuangan yang beragama Islam. Moga ibadat puasa kita ini akan lebih merapatkan kita mengenal erti kehidupan dan menginsafkan kita tentang mereka yang kurang bernasib baik.

Sebenarnya setiap bulan puasa ini amer akan mengambil kesempatan untuk lebih melakukan aktiviti kebajikan – menyediakan kemudahan berbuka puasa bagi mereka yang daif sekitar jaybee, untuk berbuka puasa serta agresif sedikit dalam urusan perniagaan cat mengecat nie...
Bab web terpaksa “slow” sedikit.sooorriiii sangat tak sempat edit cos ramai yang tanya...maklumlah...wartawan jer.... Maaf ye. Apa pun untuk my friend khususnya epol...S/U negeri dan sahabat baik emy ketua reformis,timbalan sepenggal man totok..dan tak sebut tu... – puasa bagi cukup ye... lepas tu bonus untuk Hari Raya ada ke? Hi hi hi .....Selamat Berpuasa semua!
ingat 16 sept makin hampir.....
salam reformasi......
vampirejb@emon...

Label Cina pendatang: 11 bahagian lahir 'sokongan' bagi Ahmad

AHMAD Ismail ketika ditemui di pejabatnya di Pulau Pinang petang semalam.
PETALING JAYA: Seramai 11 ketua Umno Bahagian dijadual mengadakan sidang media di Georgetown, Pulau Pinang petang ini bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang kini menjadi kontroversi dalam isu melabel kaum Cina sebagai pendatang.
mStar Online difahamkan sidang media itu akan didakan di Menara Umno pukul 3.30 petang.
Semalam, Ahmad berkata, "saya tidak pernah buat apa-apa salah pun. Kenapa saya perlu minta maaf.”
Ia merupakan reaksi pertama Ahmad sejak isu berkenaan timbul.

BERITA TERDAHULU:
Cina pendatang, reaksi pertama Ahmad: 'Kenapa perlu minta maaf'
(Dikemas kini) PETALING JAYA: “Saya tidak pernah buat apa-apa salah pun. Kenapa saya perlu minta maaf.”
Demikian reaksi pertama Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menjadi personaliti kontroeversi berhubung kenyataannya bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang.
Ahmad menegaskan, beliau tidak perlu meminta maaf atas 'kesalahannya' yang tidak dibuatnya.
Ditanya sama ada akan menerangkan mengenai perkara tersebut kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkata:
“Saya akan terangkan perkara yang sebenar kepada Presiden parti pada Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri Sabtu ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Tambahnya, "mengikut budaya Melayu jika kita tidak membuat sebarang kesalahan kita tidak perlu memohon maaf."
Dalam satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.
Pelbagai parti politik termasuk MCA, Gerakan mahu Ahmad dikenakan tindakan dan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan terhadap masyarat Cina di negara ini.Terdahulu di Putrajaya hari ini, Abdullah berkata, kaum bukan Melayu tidak harus menganggap kenyataan Ahmad bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu sebagai dasar Umno kerana itu adalah pandangan peribadi.
"Dalam keluarga Umno yang begitu ramai akan adalah ahli-ahli Umno yang akan menyuarakan pandangan seperti itu," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan.
Dipetik Bernama, Abdullah berkata, kenyataan itu bukanlah satu yang disengajakan.
"Ia mengenai kedatangan orang bukan Melayu pada masa dulu, macam mana kedudukannya dan berubah pula setelah sama-sama bermuafakat dan menuntut kemerdekaan, setelah diadakan kontrak sosial," katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan supaya Ahmad memohon maaf kerana membuat kenyataan yang telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun memohon maaf secara terbuka bagi pihak Umno dan berharap supaya orang bukan Melayu tidak terganggu dengan kenyataan Ahmad yang berbentuk peribadi itu.
Mengulas lanjut Abdullah berkata, Umno sangat berpegang kepada pemuafakatan dan kerjasama erat sesama parti komponen yang lain, justeru walaupun mungkin timbul sedikit kesilapan, persoalan pokok yang harus diambil kira ialah kesungguhan pemimpinpemimpin parti komponen yang sentiasa memainkan peranan mereka dengan baik.
"Jika ada yang pasang kamera tersembunyi (di bilik mesyuarat Kabinet), mereka akan terkejut dan rasa lega dengan kesungguhan kita membincangkan sesuatu perkara termasuk isu ini dalam Kabinet," katanya.
Beliau berkata, permohonan maaf Najib adalah tindakan yang wajar namun masyarakat masih memerlukan permohonan maaf daripada Ahmad sendiri untuk menjernihkan semula keadaan.
"Jadi saya cuba hubungi dia tetapi tak dapat lagi dan pemberita pun cuba, saya tahu."Dia akan kata itu bukan niatnya tapi kata orang, apa yang cakap dah tercakap, itu masalahnya. Pepatah Melayu berkata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," kata Perdana Menteri.
Abdullah berkata, beliau pasti Ahmad akan tampil untuk memberi kenyataan kerana "tiada tempat untuk beliau bersembunyi."
"Mana dia nak `pi. Sekurang-kurangnya apabila saya ke Pulau Pinang, pasti saya akan berjumpa dia juga," katanya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Peguam harap kes liwat Anwar digugur minggu depan

PETALING JAYA: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula minggu depan."Kami masih mengekalkan pendirian kami bahawa memang tiada kes, tiada bukti. Kes ini merupakan pendakwaan bermotifkan politik.

"Oleh itu kami berharap kes ini akan digugurkan," kata salah seorang peguamnya, Sankara Nair ketika dihubungi.

Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.Beliau diwakili sembilan orang peguam.Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000. Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Sankara menambah, tiada peruntukan membolehkan pihaknya memfailkan agar kes berkenaan digugurkan.Cuma, jelas beliau, pihaknya telah menyatakan wujudnya alibi dan juga kandungan akuan bersumpah doktor yang memeriksan Saiful bagi membolehkan kes berkenaan ditolak.

"Kami tidak boleh membuat permohonan rasmi. Pendakwaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mendakwa seseorang ataupun tidak," kata beliau yang tetap yakin kes berkenaan akan diketepikan.Malah, Anwar ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang seringkali menyatakan bahawa kes yang dibawa terhadap tidak mempunyai bukti dan ia harus diketepikan.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur majlis sumpah

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menafikan bahawa beliau mengenali Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan ataupun memintanya mengatur dan menguruskan majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid itu pada 15 Ogos lepas.
Khairil Annas berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang dalam artikel "Najib dalang sumpah Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.20083.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.20086.9.2008) adalah tidak benar.
Beliau menuntut Ramlang membersihkan namanya, dan kedua-dua penerbitan itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah dan mengelirukan itu.
"Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar itu diterbitkan di halaman utama kedua-dua penerbitan itu. Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang Porigi dan kedua-dua akhbar tersebut," katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
"Kenyataan Ramlang Porigi melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab. Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiaya saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam," katanya.
Beliau berkata keduadua penerbitan itu tidak pernah sama sekali berusaha mendapatkan komen daripadanya mengenai dakwaan Ramlang itu sebelum menerbitkan artikel temuramah mereka dengan Ramlang.
"Perkara yang tidak benar ini nyatanya telah mengelirukan masyarakat dan memberikan kesan negatif ke atas reputasi saya," kata Khairil Annas.
Pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Ramlang, dan "tidak pernah pada bilabila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."
"Oleh itu, tuduhan Ramlang Porigi yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," katanya.
Khairil Annas berkata pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.
Ramlang merupakan saksi pada majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari yang mengikut syariat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ramlang bagaimanapun pada 24 Ogos lepas telah turun berkempen untuk Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan mendakwa beliau telah diarah untuk menjadi saksi pada majlis itu, dan turut mendakwa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari itu tidak sah.
Bagaimanapun keesokannya, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata kenyataan Ramlang tidak boleh diterima pakai kerana imam itu tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.
Sementara itu, Ramlang dalam temuramah dengan Suara Keadilan dan Siasah mendakwa pegawai khas Najib mengarahkannya menjadi saksi kepada sumpah Mohd Saiful Bukhari itu.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

ORANG KUAT NAJIB LUMPUH????

Musa Hasan lumpuh???

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan yang menjalani pembedahan pintasan jantung baru-baru ini dipercayai lumpuh tangan kiri beliau dan tidak mampu lagi bertutur secara normal.Tan Sri Musa Hasan diberitakan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh melalui rawatan fisioterapi dan kemungkinan besar kesihatan beliau tidak akan pulih seperti sebelumnya sepenuhnya.Sekiranya beliau tidak lagi boleh menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara disebabkan masalah kesihatan, timbalan beliau mungkin akan memangku jawatan Ketua Polis Negara sehingga pengganti Tan Sri Musa Hasan dikenal pasti

* Sebagai insan yang sememangnya dilahirkan dengan seketul darah yang dinamakan hati, marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau dan semoga memberikan keampunan dan ruang untuknya bertaubat dibulan yang mulia ini... al-fatihah *

Salam Reformasi....

Raja Petra beri keterangan polis pagi ini

Beliau tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan Bukit Perdana, di sini, jam 9.40 pagi dengan ditemani isteri, seorang peguam serta kira-kira 20 penyokong
KUALA LUMPUR: Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hadir bagi memberi keterangan kepada polis, pagi ini, bagi membantu siasatan berhubung akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan Bukit Perdana, di sini, jam 9.40 pagi dengan ditemani isteri, seorang peguam serta kira-kira 20 penyokong.
Raja Petra disiasat kerana menyiarkan salinan akuan bersumpah enam muka surat bertarikh 1 Ogos lalu yang dikatakan dibuat pegawai perubatan Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang merawat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.
Dalam akuan bersumpah itu, Dr Mohamed Osman mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful di Hospital Pusrawi, beberapa jam sebelum Mohd Saiful membuat laporan polis dia diliwat.

Sertai Pakatan: PKR Sarawak dakwa 40 MP tunjuk kesediaan

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.
"PKR Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya kepada mStar Online.
Beliau menyatakan demikian sehari selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara semalam.
Malah pada Khamis lalu, seramai enam wakil rakyat dari Sarawak sudah menemui Anwar iaitu pada petang selepa bekas Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.
Menurut beliau, sehingga hari ini hampir 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak dan Sabah telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.
"Keseluruhan dari kedua-dua negeri ialah hampir 30 orang. Dari Sarawak saja kita ada lebih 10 orang yang akan lompat menyertai kita membentuk kerajaan baru pada 16 September nanti," kata beliau.
Ketika ditanya sejauh mana benarnya desas-desus bahawa Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa akan menyertai Pakatan, beliau berkata: "Maaf jangan tanya saya mengenai hal itu. Tiada komen."
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan memberitahu telah menemui kesemua Ahli Parlimen yang dimaksudkannya bagi mengadakan perbincangan mengenai hasrat menyertai Pakatan Rakyat.
"Sudah pastilah saya sudah menemui mereka, tapi siapakah mereka itu tak bolehlah saya dedahkan sekarang. Anda mesti tunggu 16 September ini jika ingin mengetahuinya," katanya.
Ditanya apakah faktor yang mendorong Ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata, perkara itu adalah berdasarkan prinsip yang didokong pakatan itu.
"Mereka sudah sedar bahawa hanya Pakatan Rakyat sahaja yang boleh membela nasib rakyat terutamanya soal memberi perhatian yang lebih baik kepada rakyat di Sarawak dan Sabah yang lebih 10 tahun ketinggalan di belakang," katanya.
Dominique juga menjelaskan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjanjikan pembelaan yang sewajarnya kepada mereka.
"Datuk Seri Anwar berjanji akan memberikan layanan yang sama rata kepada kami. Tidak seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan BN sekarang," katanya.
Selain itu, beliau juga yakin setelah kerajaan Persekutuan berjaya diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri Sarawak akan mengikut jejak langkah yang sama.
"Jangan risau, setelah peringkat pusat kita berjaya kuasai, perkara yang sama juga akan berlaku pada pentadbiran kerajaan negeri Sarawak," katanya.
Beliau juga memberitahu Anwar akan mengadakan lawatan ke Sarawak pada bulan ini, namun tarikhnya masih belum ditentukan.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

RAMALAN CEMAS BUAT KERAJAAN PIMPINAN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Member blogger, Budak Sayong Reformasi melaporkan bahawa Pak Lah sudah berada di Kota Kinabalu sejak petang tadi untuk membuat perbincangan dengan komponen-komponen BN disana. Peserta lompat sudah memulakan warm-up, hanya menunggu wisel dibunyikan.

Sorry Bos!! Bukan gua pecah lubang.

Sorry Brader! Gua tarak cerita sama sapa-sapa itu rahsia. Tapi sekarang orang sudah banyak tau. Ini hari, gua terima SMS, betui-betui serupa sama itu rahsia you suruh simpan. So, sekarang….rahsia terbuka.

5 September : Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.

6 September : Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.

7 September : 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.

8 September : 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.

9 September : Sidang tergempar Parlimen.

10 September : Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.

12 september : Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.

15 September : DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.

15 September : 9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

16 September : DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri

Ayuh pejuang-pejuang muda, bangkit dan cari lah kebenaran disebalik pembentukan Malaysia Baru menjelang 16 Sept nanti...

Salam Reformasi


Perutusan Ramadan Mursyidul Am PAS

PERUTUSAN
Ramadan Al-Mubarak
Mursyidul Am PAS

ALHAMDULILLAH kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.


Menjadi kebiasaan, kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.
Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.
Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.


Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.
Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.
Oleh itu, saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.


YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat


Upko sokong 16 September dijadikan cuti umum negara

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan-dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menyokong cadangan supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum negara ini sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.
Katanya sudah tiba masanya kerajaan pusat melihat semula perkara ini yang pernah dibangkitkan di peringkat kerajaan persekutuan sebelum ini, namun tidak ada keputusan dibuat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan anggota perkhidmatan awam jabatan dan badan berkanun persekutuan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Likas dekat sini hari ini.
Dompok ketika diminta mengulas cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.
Mengenai pendirian Upko berhubung kedudukan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam gabungan Barisan Nasional (BN) berikutan ketetapan parti itu untuk meneruskan usaha mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkata tiada keperluan untuk mengemukakan usul memecat keanggotaan SAPP dalam BN. "Kalau kita teliti betulbetul jelas sekali usul tidak percaya (terhadap Perdana Menteri) ini bukan hanya masalah kepada SAPP tetapi masalah kepada ramai pemimpin yang lain.
"Malah dalam Umno sendiri pun ada pemimpin yang secara terang-terang menyampaikan mesej yang sama...jadi kita rasa tidak perlu ini dijadikan alasan untuk mendisiplinkan SAPP," kata Dompok yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Mengenai kerisauan para pemimpin BN berhubung pertemuan yang diadakan antara presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dan Anwar sebelum ini, katanya Upko tidak melihatnya sebagai satu perkara yang boleh mengundang tindakan disiplin.
"Kita lihat selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas, pihak Umno telah mengadakan pertemuan atau perbincangan dengan Pas untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor dan mungkin juga di Perak.
"Jadi, kalau ini dilihat sebagai satu perbincangan yang baik untuk negara kita, maka saya tidak lihat anggota komponen BN yang lain perlu disekat untuk mengadakan perbincangan atau pertemuan dengan parti pembangkang dengan tujuan yang sama termasuk antara Yong dan Anwar," katanya. BERNAMA

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Anwar janji 'bajet baru' lebih baik

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan membentangkan bajet baru jika Pakatan Rakyat pimpinannya menubuhkan kerajaan baru.Katanya, tema utama bajetnya ialah untuk mengurangkan defisit, mengurangkan cukai dan harga minyak, merangsang pelaburan serta mengamalkan sistem tender terbuka.Anwar menegaskan demikian ketika ditanya sama ada beliau akan membentangkan bajet baru jika berjaya menubuhkan kerajaan baru, yang diuar-uarkannya pada 16 September ini.
Anwar menjawab dengan yakin: "Persoalannya ialah bukan 'jika', tetapi 'bila'."Beliau mengkritik bajet 2009 sebagai satu lagi petanda kegagalan kerajaan untuk menyediakan halatuju ekonomi yang kukuh untuk menghadapi cabaran di peringkat domestik dan global."Jika kita boleh menubuhkan kerajaan, bajet ini (oleh kerajaan BN) akan disemak semula dan bajet baru akan dibentangkan, insya-Allah," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya hari ini.

Hadir sama ialah isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; timbalannya, Dr Syed Husin Ali dan ketua penerangan, Tian Chua serta beberapa ahli parlimen PKR.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet 2008 Jumaat lalu dan mendapatkan reaksi yang berbeza.Parti-parti pembangkang bagaimanapun menyuarakan kekecewaan mereka kerana Abdullah gagal menyediakan insentif baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi serta bimbang dengan peningkatan defisit bajet.
Anwar mendakwa, kerajaan telah memberi perangkaan yang tidak tepat kerana mahu memberi gambaran yang baik mengenai pencapaiannya dan kemajuan ekonomi.Mengulas lebih lanjut mengenai bajetnya, Anwar berikrar untuk mengurangkan defisit - yang dijangka 3.6 peratus KDNK (Keluaran dalam Negeri Kasar) bagi 2009 dan 4.8 peratus tahun ini.Anwar yakin kadar defisit akan turun di bawah kadar 4.8 peratus sekarang jika dilaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan dayasaing serta menghapuskan amalan memberi projek-projek kerajaan tanpa tender."Ini akan dengan sendirinya dapat mengurangkan perbelanjaan (kerajaan) dan saya percaya jika kita boleh melakukan secara cekap, kita boleh menyelamatkan RM4 bilion hingga RM5 bilion sekaligus, dan mengurangkan defisit yang dicatatkan," katanya.Beliau mengkritik kerajaan BN yang didakwanya berbelanja secara tidak bertanggungjawab dan tidak menghiraukan beban yang akan ditanggung oleh generasi akan datang.Anwar juga berkata, beliau komited untuk mengurangkan harga minyak - yang merupakan ikrar pilihanrayanya - dan mengurangkan cukai peribadi dan korporat untuk mengurangkan beban rakyat.'Falsafah ekonomi saya sentiasa "tiada cukai, tingkatkan produktiviti', saya tidak pernah mengubah pendirian itu. Kurangkan cukai, produktiviti yang lebih baik dan lebih tinggi," katanya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah