DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

10 September 2008

Pak Lah Tersepit Dicelah Pemimpin UMNO P Pinang dan Parti Komponen

Bilakah lagi Abdullah Ahmad Badawi dapat tidor lena dalam majlis rasmi seperti dinikmatinya dahulu?

Belum reda lagi isu kenyataan Ahmad Ismail yang dilaporkan bahawa dia berkata orang Cina pendatang.
Malah, isu ini menjadi semakin buruk, bila membabitkan Koh Tsu Khoon pemimpin Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Serta beberapa pihak lain lagi.
Inikah bahana, dari P 44 Permatang Pauh, yang menyaksikan betapa buruknya kempen di pilihanraya kecil itu, di mana Anwar Ibrahim diaibkan, dihina, dan dimalukan. Serta, beberapa amalan sumpah sumpahan yang memungkinkan datangnya bala.
Perhatikan, ketegangan Ahmad Ismail yang disokongi kesemua 13 UMNO Bahagian, dengan Koh Tsu Khoon mewakili Parti Gerakan Rakyat Malaysia, setakat ini mengakibatkan dua perkara:
Pertama: Mohd Najib Abdul Razak mendapat malu. Minta maafnya bagi pihak Ahmad Ismail kini tidak bermakna, kerana Ahmad Ismail sendiri tidak mahu meminta maaf.
Kedua: Abdullah Ahmad Badawi tersepit di antara hilang sokongan pemimpin UMNO Negeri Pulau Pinang, negerinya sendiri, ketika pemilihan UMNO Disember, 2008, semakin dekat, dan kemungkinan hilang parti komponen yakni Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang sudah mula menyuarakan untuk keluar Barisan Nasional, dan ini boleh memenangi Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Namun, jika Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat menangani hal ini, dari marak yang masih kecil dijangka boleh merebak menjadi gegak yang besar ke seluruh negara, lantaran boleh mengundang keperluan MAGERAN.
MAGERAN boleh menjadi satu cara usaha pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat, tidak mandapat peluang menjadi kenyataan.
Apakah sebenarnya isyarat Abdullah Ahmad Badawi kepada para pemimpin UMNO Pulau Pinang. Selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pulau Pinang kelmarin, Ahmad Ismail menjadi lebih berani dan berlebih-lebihan. Sokongan 13 UMNO Bahagian Pulau Pinang bukan kecil. Restu Abdullah Ahmad Badawi, ketika itu memihak kepada Ahmad Ismail, seraya menyalahkan wartawan. Sedangkan wartawan mempertahankan kebenaran, dan bersaksi pula dua wartawan lain. Pun begitu, bukankah Mohd Najib Abdul Razak hadir ketika Ahmad Ismail membuat kenyataan tersebut.
Ahmad Ismail pun membuat sidang media kedua. Sehingga dikatakan Abdullah Ahmad Badawi sendiri yang mengarahkan Ahmad Ismail membuat sidang media kali kedua ini. Namun kali ini gambar Koh Tsu Khoon pula dikoyak. Gesaan supaya Parti Gerakan Rakyat Malaysia dipecat dari Barisan Nasional.
Media massa dan Internet telahpun merakamkan peristiwa ini ke seluruh negara dan ke seluruh bloggosphere.
Sesiapa yang terlepas tonton, boleh saksikannya di blog Nur Aflah:http://nuraflah.blogspot.com/2008/09/malaysiakini-ahmad-ismail-sudah.html
Pendaman rasa begini sudah lama. Diperhatikan sewaktu Koh Tsu Khoon memimpin Pulau Pinang, telah timbul rasa tidak puas hati di kalangan para pemimpin UMNO, bahawa Melayu di Pulau Pinang merasa dipinggirkan dari arus kemajuan negeri ini.
Tolak ansur kerajaan pusat sering memihak kepada Koh Tsu Khoon. Para pemimpin UMNO beralah. Di suatu ketika timbul usaha membawa Koh Tsu Khoon keluar dari negeri Pulau Pinang untuk ke kerajaan Pusat. Namun bila kalah mengejut dalam PRU 12, ada satu pihak salahkan Abdullah Ahmad Badawi. Ada pihak satu lagi salahkan Koh Tsu Khoon.
Sememangnya, di negeri yang mana Abdullah Ahmad Badawi dan Koh Tsu Khoon, adalah dua pemimpin besar Barisan Nasional dibenci, orang dalaman telah memilih untuk undi sabotaj dan memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang.
Oleh kerana banyak kebaikan yang mula dibawa oleh Lim Guan Eng di negeri ini, merangkumi semua kaum, maka para pemimpin UMNO sudah mula kehilangan hormat di kalangan Rakyat Malaysia di Pulau Pinang.
Pun begitu Koh Tsu Khoon telah banyak berjasa, usahanya tidak boleh diperkecil atau diperleceh begitu sahaja oleh para pemimpin UMNO di negeri ini. Bila Koh Tsu Khoon mengusul pertimbangan keluar dari Barisan Nasional ketika berhadapan tekanan dalam partinya, Mohd Najib Abdul Razak terus meredakan, namun para pemimpin UMNO negeri Pulau Pinang, mudah cakapnya, menyuarakan blah lah Gerakan.
Abdullah Ahmad Badawi tidak tegas. Dia lembik, lemah, longlai, dan lesu. Lagi pun, dia tidak mempunyai kebijaksanaan menangani krisis seperti ini. Jika terjadi yang tidak baik hasil daripada isu di Pulau Pinang ini, maka orang akan salahkan Abdullah Ahmad Badawi.
Kini Abdullah Ahmad Badawi tersepit, dan pening!
Jadi, ketika semua ini semakin hangat dan belum dapat diredakan lagi, soalannya bilakah lagi Abdullah Ahmad Badawi dapat tidor lena dalam majlis rasmi seperti dinikmatinya dahulu?”

No comments: