Assalammualaikum wbt.
Bersempena dengan kedatangan bulan yang paling mulia bagi seluruh umat islam iaitu Ramadhan al-mubarak beberapa hari lagi,
suka saya mengajak rakan-rakan reformis untuk merenung kembali segala apa yang kita telah lalui selama ini. Setiap detik perjuangan
yang kita tempuhi, sememangnya tidak pernah dan tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan demi kesilapan hanya kerana ingin memartabatkan semangat perjuangan dan Keadilan dalam kehidupan.
Justeru itu, kedatangan bulan yang penuh rahmat ini, marilah kita luangkan sedikit masa untuk bermunajat untuk mencari seberapa banyak keredaan Allah sbgai bekalan di akhirak kelak. Jika selama ini, laungan-laungan keramat seperti Re...formasiiii, Lawan Tetap Lawan, Hi...dupppp- Hi...duppp dan sbgainya sentiasa dijadikan ayat zikir di bibir mulut dan hati dalam perjuangan, maka hari ini sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada fitrah hidup sebagai seorang Islam untuk memenuhi hari-hari ramadhan ini dengan menghambakan diri ke hadrat Ilahi sambil memuji-muji yang maha esa melalui zikir-zikir munajat yang penuh dengan keinsafan dan keikhlasan.
Orang kata, hidup kena "Balance"..... so semoga Allah s.w.t sentiasa bersama kita dalam mencari sesuatu yang dinamakan Perjuangan untuk dunia dan akhirat insyallah. Biarpun di dunia mungkin kita terlepas, tapi belum tentu diakhirat nanti kita akan dilepaskan. Sekali lagi saya menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan reformis yang lain untuk terus mencari keberkatan dalam krhidupan terutamanya disisi Allah swt. Baru sebentar tadi Imam Masjid membacakan kuthbah antara lain menyatakan bahawa dibulan inilah tertutupnya semua pintu Neraka dan terbuka seluas-luasnya pintu syurga untuk seluruh umat islam, wajarkah kita membiarkan pintu-pintu syurga itu terbuka luas tanpa kehadiran kita? Masyaallah....
Akhirnya, saya berdoa agar tuhan akan memanjangkan umur, memberikan kekuatan zahir dan batin, kecekalan hati, keinsafan dan sebagainya kepada kita semua agar kita dapat melakukan ibadah suci ini dengan hati yang tenang dan bersih. Mungkin inilah kesempatan terakhir untuk kita berpuasa, entah esok entah lusa..... belum tentu lagu untuk kita semua. Kesempatan yang mungkin juga buat kali terakhir bagi saya hari ini, ingin sekali rasanya saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada rakan reformis-reformis semua seandainya dalam perjuangan kita bersama selama ini, saya ada melakukan sebarang kesalahan yang mungkin menyentuh hati dan perasaan anda, samaada dalam sedar ataupun tidak. Maklumlah, kadang-kadang untuk menjadi pemimpin dan pejuang, kita seringkali dijamu dengan caci maki @ herdik dr org lain yang mungkin susah untuk diterima oleh akal dan hati kita. Apapun sumbangan yang telah anda beri dan kongsikan bersama saya selama ini, harap dapat diHalalkan dunia dan akhirat.
Sama-samalah kita berdoa agar Tuhan sentisa disisi kita sepanjang kita menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah didunia dan akhirat - insyaallah.
Selamat Menyambut ketibaan Ramadhan al Mubarak......
Wassalam...
salam ramadhan dari amk gelang patah
No comments:
Post a Comment