DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

20 April 2009

CATATAN MESYUARAT AMK JOHOR

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Gelang Patah telah menjadi tuan rumah Mesyuarat EXCO Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (AMK Johor). Mesyuarat yang diadakan di Pejabat PKR Negeri, Taman Teratai, Skudai telah di Pengerusikan oleh Ketua AMK Johor Sdr. Zabidie bin Abas dan mesyuarat bermula jam 2.45ptg.

Ketua AMK Gelang Patah tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut berikutan beliau terpaksa bergegas ke Muar kerana masalah keluarga. Namun begitu AMK Gelang Patah diwakili Sdr. Choong manakala Sdr. Azman bin Hj. Idris mewakili Sdr. Azlan sebagai Ketua Zon 4. Menurut Sdr. Azlan, walaupun Sdr. Choong merupakan AJK baru AMK Gelang Patah namun beliau diberi peluang untuk duduk bersama Exco AMK Negeri sebagai pendedahan serta pengalaman dan pendedahan ini akan diberikan kepada semua AJK yang benar2 komited. Sdr. Azlan juga mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Ramli, Sdr. Zainalhelmi dan Sdr. Amer kerana banyak membantu menjayakan mesyuarat tersebut. Sokongan dan kerjasama seperti inilah yang amat diharapkan dimana semua AJK mengambil peduli setiap program yang diadakan di Gelang Patah.

Mesyuarat semalam juga menerima kedatangan Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Malaysia bersama Tn. Hj. Ramlan (Exco AK Malaysia) dan Sdr. Hamuzair (SUK AMK Malaysia). Kedatangan Sdr. Shamsul disambut dengan nyanyian lagu "Arus Perjuangan" oleh Exco AMK Johor dengan penuh semangat. Banyak yang diperkatakan oleh Sdr. Shamsul antaranya beliau mahukan semua Ketua2 AMK Bahagian memulakan gerak kerja pilihanraya. Penerangan berbentuk ceramah umum, ceramah kelompok juga pengedaran risalah harus dilakukan seberapa segera dan kerap agar rakyat tidak termakan dengan berita2 yang telah diputarbelitkan oleh media arus perdana yang terus menerus berkempen untuk Umno/bn.

Selepas itu kami berkonvoi mengiringi Sdr. Shamsul Iskandar ke Kg. Baru Pletong Tengah. Setiba disana kami lihat semua rumah sudahpun dirobohkan dan suasana hiba dan sedih apabila melihat suasana kampung tersebut seperti dilanda gempa bumi. Diberitakan bahawa sejumlah penduduk akan disaman oleh Pemaju (Bkt. Lenang Development sdn Bhd) sebanyak RM1juta seorang. Setelah rumah penduduk yang daif dan miskin ini dirobohkan kini mereka berdepan pula dengan saman oleh pemaju. Apa yang Umno buat jika mereka mengatakan bahawa Umnolah pejuang orang2 Melayu...?? Mana Khalid Nordin... Mana Ghani Osman... Inikah dia pembela melayu. Untuk makluman penduduk Kg. Baru Plentong Tengah adalah 100% Melayu.

Selepas menunaikan Solat Maghrib di Surau Kg. Baru Plentong Tengah kami kemudiannya bergerak untuk menuju ke rumah Timb. Ketua Bahagian PKR Pasir Gudang (Sdr. Shukor) untuk bersiap bagi ceramah perdana bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Kedatangan Ketua AMK Malaysia amat bermakna untuk kami. Terima Kasih Sdr. Shamsul Iskandar.

No comments: