Jika peranan bloggers selama ini menjadi faktor kepada kecemerlangan pencapaian Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 dan juga beberapa pilihanraya kecil, maka semua parti dalam Pakatan Rakyat perlu mewujudkan blog masing2 diperingkat cawangan, bahagian mahupun negeri. Kekurangan maklumat dari setiap Bahagian menyukarkan penyaluran maklumat kepada masyarakat yang selama ini bergantung kepada akhbar harian milik BN. Kebergantungan kepada Suara Keadilan, Harakah, Wasilah dan lain2 hanya untuk berita yang umum sahaja. Kekurangan wartawan adalah punca permasalahan rakyat diceruk-ceruk kampung tidak terbela. Bahkan peranan ahli2 serta penyokong2 Pakatan Rakyat hanya bersikap tunggu dan lihat.
Angkatan Muda Keadilan Bhgn. Gelang Patah dalam usaha memperkukuhkan lagi kesepakatan Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah dan dalam usaha mengambil pendekatan "PEDULI RAKYAT" seperti yang sering disebut oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengadakan perbincangan dengan Saketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah bagi mewujudkan satu Laman Blog Khas Pakatan Rakyat khusus untuk isu2 sekitar Parlimen Gelang Patah termasuk 2 DUN dibawahnya iaitu DUN Nusajaya dan DUN Skudai. Blog ini akan berperanan sebagai media alternatif rakyat di Parlimen Gelang Patah menyuarakan permasalahan dan ketidakpuashatian mereka. Selain dari itu, Blog ini juga akan bertindak sebagai pemaklum setiap aktiviti Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah.
Sehubungan dengan itu, kami berharap agar kerjasama dan idea AMK Bhgn. Gelang Patah dalam usaha menawan Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya serta mengekalkan kemenangan di DUN Skudai ini, dapat diperbincangkan dengan lebih lanjut diperingkat Pakatan Rakyat Negeri dan seterusnya diselaraskan serta dilaksanakan disetiap Bahagian. Ini amat penting jika kita mahu menawan negeri Johor daripada pemerintahan haprak Umno/BN.
No comments:
Post a Comment