DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 April 2009

ULASAN "PENTAS ANAK MUDA 11/4"

11/04/09 - Pentas Anak Muda anjuran bersama AMK Johor dan AMK Gelang Patah telah berlangsung dengan jayanya walaupun kehadiran agak kurang memuaskan . Namun ia cukup menaikkan semangat AMK Gelang Patah termasuk AJK Cawangan Taman Damai Jaya yang mana mereka mengharapkan agar aktiviti/program kerap diadakan di cawangan tersebut.

En. Abd Manan selaku Pemangku Ketua Bahagian Gelang Patah memulakan ucapan alu-aluan mengucapkan jutaan terima kasih pada yang hadir dan kemudian dalam ucapannya beliau menyentuh tentang pembentukkan kabinet Najib yang pada pandangan beliau kurang adil dimana negeri/ahli parlimen yang menang dalam PRU-13 tidak dilantik dalam barisan menteri kabinet tapi Najip mengiktiraf negeri/individu yang tewas dalam PRU-13 untuk menjadi menteri/timbalan menteri.

Sdr. Shamsul Bakri (EXCO Pemuda PAS Johor) yang menggantikan Sdr. Khairul Faizi pula menyentuh tetang pilihanraya kecil di 3 kawasan baru2 ini. Beliau amat kagum dengan sokongan kaum tionghua di Perak yang sebahagian besar menyokong pakatan rakyat. Bahkan ada diantara mereka sudah mula berani memakai t-shirt PAS. Ini menunjukkan mereka sudah mulai menerima kehadiran Islam dalam kelompok masyarakat mereka.

YB. Dr. Boo (ADUN Skudai) menyentuh tentang isu "apartied" yang cuba dimainkan sebagai isu perkauman oleh Umno. Sedangkan isu sebenar adalah untuk membela pelabur Dana Johor yang kebanyakannya adalah melayu namun akibat "kecetekan" pemikiran maka pemuda Umno memainkan isu ini sebagai Isu Perkauman. Beliau juga menerangkan bahawa rakyat Johor sudah mulai menerima Pakatan Rakyat berdasarkan tinjauan dan maklumbalas yang beliau terima.

YB. Nik Nazmi (ADUN Sri Setia/Setiausaha MB Selangor) pula menerangkan faedah2 yang diterima oleh rakyat Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Perolehan dan pendapatan negeri Selangor juga jauh lebih baik dari sebelumnya. Kemudahan dan faedah diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Bayi yang baru lahir sehinggalah pewaris kepada mereka yang meninggal dunia akan mendapat bantuan dibawah pelbagai skim dan kemudahan.

YB. Amiruddin (ADUN Batu Caves) antaranya menyentuh tentang isu Khairi Jamaluddin yang tidak dilantik sebagai Menteri walaupun telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno pemilihan Agung Pemuda Umno baru2 ini. Beliau juga menyelar bahawa Najib seolah-olah dibonekakan oleh Tun Dr. Mahatir. Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sewajarnya membersihkan dahulu dirinya sebelum menjawat jawatan tersebut. Beliau membawa kepada kes Tengku Razaleigh yang pernah dituduh menyalahgunakan kuasa satu ketika dulu oleh akhbar Hong Kong. Tengku Razaleigh menyaman akhbar tersebut dan menang dalam kes tersebut yang mana ianya telah membersih namanya dan beliau kembali ke arena politik semula. Namun Najib langsung tidak membuat penafian apabila wartawan perancis telah mendakwa bahawa beliau pernah dilihat bersama-sama Razak Baginda dan Altantunya makan bersama disebuah restoran di Perancis.

Sdr. Faris Musa (Timbalan Ketua AMK Malaysia) yang menggantikan Sdr. Shamsul Iskandar pula menerangkan pada pilihanraya kecil bukit Selambau sejumlah 2000 lebih pengundi hantu/ragu berjaya di kesan sedangkan pengundi yang layak mengundi mengikut senarai nama SPR berikan dikawasan taman tersebut berjumlah 3000 lebih. Bermakna kira2 60% pengundi berdaftar di Taman adalah pengundi hantu/ragu. Ianya langsung tidak dijawap oleh SPR. Beliau juga menyentuh hukuman gantung Azilah dan Sirul yang dituduh membunuh Altantunya. Beliau mencabar Najib menyaman beliau atas kenyataan beliau yang menuduh bahawa Najib dan Rosmah adalah perancang kepada pembunuhan Altantunya.

Ceramah berakhir jam 12tgh malam.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari Umno.

4 comments:

Anonymous said...

baik buruk semua datang dari amk...bukan umno.....umno tu telus..tak macam amk semua gila kuasa.....sikit sikit merajuk....mengada.....tengok umno ok aper...

Anonymous said...

amk pun banyak berasal dari umno....tak ngaku...kalau umno buruk....pkr atau amk pun buruk..sebab asal dari umno.....lu pikirlah sendiri beb

Anonymous said...

saya sebagai rakyat perihatin.....jagna pikir politik..pk anak2 ngan masa depan kita...

Suara AMK Gelang Patah said...

Macam kenal jer yang anta komen... Amk bukan berasal dari Umno. Amk tetap Amk cuma ahlinya sahaja yang mgkn berasala dari Umno. Segelintir pemikiran AMK masih bermetalitikan Umno. Itu yang sukar dikikis. Namun jika kita mempunyai matlamat, visi dan misi mengapa kita harus terus menjadi hamba Umno. Kesedaran itu penting. Amk baru ujud di dunia politik selama 10 tahun. Amk Gelang Patah baru setahun. So, banyak yang harus dipelajari. Kesedaran harus ada. Mungkin saudara tidak mempunyai kesedaran. Sedangkan Umno yang sudah berusia 50 tahun masih berperangai kebudak-budakan dan banyak politiking.. Ok apa macam tu. Dasar pemikiran 'Umno Bangsat' ini harus dikikis jika sesiapa dari Umno berura-ura mahu bersama Pakatan Rakyat. Jika tidak mereka tetap menjadi 'bangsat' walau dimana mereka berada...