DEMI RAKYAT
JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT
KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
31 August 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH
Tarikh : 31hb Ogos 2010 (selasa)
Masa : 6.00 ptg ~ selepas solat sunat Tarawikh
Tempat : Dewan Al-Razi (Pejabat PAS Kwsn. Gelang Patah), Taman Universiti, Skudai
Semua dijemput hadir.
UMNO - CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Berikut ini adalah gambar2 yang membuktikan bahawa Pemimpin Umno ini "cakap tak serupa bikin". Cakap mengalahkan Nabi tapi perangai macam ba**. Anda nilailah sendiri berdasarkan gambar2 yang diberi. Kami juga cuba mendapatkan gambar dimana seorang YB telah menggunakan bukan setakat masjid malahan sekolah juga dijadikan gelanggang politik sempit pemimpin "haprak" Umno...
Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.
Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin.
1. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?
2. Cakap tak serupa bikin: Lagi bukti Umno salahguna masjid untuk tujuan politik sempit mereka
3. Umno hina titah Sultan: Lagi kes Umno salahguna masjid demi tujuan politik kepartian!
PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
30 August 2010
PROGRAM PENGEDARAN BUBUR LAMBUK & BANTUAN FAKIR MISKIN
Program diadakan agak lewat (kira2 jam 11.30am) berikutan beberapa masalah kecil, namun dengan semangat kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, Alhamdulillah... Kerja yang berat menjadi ringan. Kerja2 memasaksiap sekitar jam 3ptg.
Datuk Chua Jui Meng(DCJM), Pengerusi MPN Johor yang namanya kini semakin menjadi sebutan orang ramai sebagai calon PKR bagi Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang, turut hadir dalam program tersebut dan beliau juga adalah penaja utama program pada hari itu. Sikap dan komitmen Datuk Chua wajar dicontohi oleh setiap pimpinan. Omongannya untuk menawan Johor bukan kosong. "Membujur Lalu Melintang Patah"...
Selepas solat Asar,kami memulakan pengagihan bubur lambuk serta bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin. Datuk Chua bukan sekadar menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga Melayu yang hidup miskin, bahkan beliau turut memberikan sumbangan peribadi kepada beberapa keluarga bagi membeli persiapan menyambut hari raya yang bakal menjelang. Beliau turut mendengar keluh kesah dan rintihan rakyat yang hidupnya semakin terhimpit. Sehinggakan beliau meluahkan "rupanya inilah nasib rakyatku,masih hidup dengan penuh kedaifan sedangkan pemimpin atasan senang lenang meratah keringat mereka..."
YB Amiruddin turut hadir dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan diakhir program kami berbuka bersama-sama dengan AJK PAS Cawangan Kg.Ladang.
Setinggi-tinggi terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK PAS yang terlibat begitu juga kepada AJK2 PKR Cabang Gelang Patah yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih kepada Datuk Chua Jui Meng, YB Amiruddin Shari dan Sdr. Zabidie kerana menghadirkan diri ke program anjuran Keadilan Cabang Gelang Patah.
22 August 2010
KENYATAAN MEDIA
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Gelang Patah menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah, Sdr. Noorhisham Ismail seperti yang tersiar didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 22hb Ogos 2010, bahawa kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat beliau mensasarkan bahawa setiap isi rumah mampu menikmati pendapatan RM4000 sebulan, adalah sebagai retorik.
Sewajarnya kenyataan Yang Berhormat Datuk Seri Anwar dilihat dari sudut positif oleh kerajaan Umno-BN mempertingkatkan usaha dan menjadikannya tanggungjawab utama Umno-BN sebagai kerajaan pemerintah untuk menaiktarafkan kehidupan rakyat. Setelah lebih 50 tahun Umno-BN menjadi kerajaan pemerintah di Malaysia namun masih ada rakyat hidup dibawah paras kemiskinan tegar sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil buminya. Apakah hasil tersebut digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan negara? Rakyat Malaysia umumnya telah mengetahui bahawa pelbagai penyelewengan atau korupsi telah berlaku melibatkan beberapa pemimpin kerajaan Umno-BN yang melibatkan ribuan jutaan ringgit wang rakyat dibazirkan.
Isu kenaikan harga minyak baru-baru ini juga memperlihatkan, bila mana keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan tidak baik, maka rakyat pula terpaksa memikul beban apabila kerajaan mengambil langkah menaikan harga minyak petrol/disel dan lima barangan lain. Apakah ini dinamakan pembelaan kerajaan pemerintah kepada rakyat dan apakah ini maksud slogan 1Malaysia yang sering dilaung-laungkan “ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”???
Berkaitan dengan kenyataan Sdr. Noorisham tentang isu janji-janji pilihanraya oleh Pakatan Rakyat yang yang menurutnya masih belum ditunaikan termasuk pengagihan RM1000 kepada warga emas di negeri Selangor, AMK Cabang Gelang Patah ingin memaklumkan kepada Sdr.Noorisham supaya jangan membuat kenyataan yang kurang bijak kerana wang RM1000 seperti yang dijanjikan telah pun diagih-agihkan sebahagiannya tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Sewajarnya sebagai pimpinan muda Umno, beliau wajar menegur kepimpinan Umno-BN yang masih belum mampu menunaikan janji-janji mereka walaupun telah melalui beberapa pilihanraya.
Di Parlimen Gelang Patah sendiri, Isu Tuntutan bekas Peneroka Felcra Tebing Runtuh masih tidak mampu diselesai oleh Umno-BN walaupun isu ini sudah berbangkit berbelas tahun lamanya. Begitu juga isu bekas pemilik tanah seramai lebih dari 1000 orang yang terlibat projek lebuhraya 2nd Link yang pada mulanya ditawarkan rumah percuma namun janji tinggal janji walaupun perkara tersebut telah dipersetujui oleh pemaju dan Menteri Besar Johor sendiri. Kedua-dua isu ini cukup lama dibangkitkan namun Umno-BN dilihat tidak mampu menyelesaikannya.
Justeru, AMK Cabang Gelang Patah memberi pandangan bahawa pemimpin-pemimpin Umno-BN ini perlu bermuhasabah dari terus mempersoalkan kepimpinan Pakatan Rakyat. Keadilan Cabang Gelang Patah termasuk PAS dan DAP bersedia mengambil alih kerusi DUN Nusajaya dan kerusi Parlimen Gelang Patah disamping mengekalkan kemenangan di kerusi DUN Skudai pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti kerana melihat Umno-BN seolah-olah tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat yang telah berlarutan belasan tahun.
“HARAPAN BARU RAKYAT JOHOR”
Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan
Cabang Gelang Patah
21 August 2010
JEJAK RAMADHAN AMK JOHOR
10.30am - Persiapan memasak bubur lambuk. (AJK diminta berkumpul di Markas PAS Kg Ladang sebelum jam 10am)
3.ooptg - Pengedaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat serta penyampaian bantuan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak2 yatim.
6.30ptg - 8.00mlm - Ucapan ringkas pimpinan serta Majlis berbuka puasa.
8.30mlm - Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh
9.45mlm - 11.59mlm - Ceramah Umum
12.00tgh mlm - Bersurai.
PERJUANGAN
Beberapa agen calon2 sudah memulakan gerakan melobi untuk memenangkan calon mereka. Bagi penulis yang terlibat secara langsung dalam pemilihan kali ini turut terasa bahangnya. Saban hari penulis dihubungi oleh beberapa agen calon untuk mengadakan program di Johor dan Insya-ALLAH penulis akan memberi kerjasama yang terbaik asalkan program yang diatur dapat memberi faedah kepada Keadilan Negeri Johor.
Cuma sedikit pandangan dari penulis, itupun jika boleh diguna pakai, berdasarkan kepada pengalaman yang setahun jagung ini, maka pilih dan lantiklah mereka yang mampu memberikan komitmen dan keperihatinan terhadap saf kepimpinan serta organisasi. Sedia turun bertemu rakyat pada bila2 masa, mempunyai misi dan visi yang jelas dan yang paling penting ialah tidak meletakkan sesuatu kelemahan dengan menyalahkan orang lain. Meletakkan tanggungjawab sebagai amanah rakyat yang perlu direalisasikan.
Bagi agen2 pelobi pula janganlah bertindak keterlaluan sehingga menjejaskan keharmonian dalam parti. Janganlah bertindak sehingga menjatuhkan maruah orang lain. Berkempen dan bertindaklah secara bijaksana dan dewasa. Janganlah seperti kebudak-budakan. Mendedahkan kelemahan orang lain didalam laman2 sosial amat2lah tidak beretika. Janganlah sampai ada politik adu domba. Ingatlah bahawa setiap kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan, Insya-ALLAH akan dimenangkan oleh ALLAH s.w.t. Keharmonian dan persaudaraan dalam parti perlu diperkukuhkan kerana setiap ruang kelemahan pasti akan digunakan oleh pihak musuh bagi mengucar-kacirkan parti.
Diperingkat Cabang Gelang Patah kali ini dijangka ada beberapa perubahan dalam organisasi disamping kemunculan muka-muka baru yang menawarkan dirinya untuk berjuang bersama-sama parti. Bagi mereka yang dipilih atau dilantik selepas pemilihan nanti, berjanjilah untuk memberikan sepenuh komitmen dan tanggungjawab kepada organisasi. Keadilan Gelang Patah telah diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Alhamdulillah, kebelakangan ini ianya semakin mantap, kerjasama semakin baik dan komitmen setiap AJK semakin positif. Semoga ianya terus berkekalan.
16 August 2010
FELDA KAYA ATAU FELDA BANKRUP..???
Malah Felda juga didakwa tidak lagi mampu membuat pembayaran kepada kontrak yang dilantik untuk mengurus tanah perladangannya sekali gus terjerumus dalam bebanan hutang kepada mereka.
Dr Tan berkata sekiranya benar Felda tidak mengalami masalah hutang yang banyak dan kesempitan kewangan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman yang dibuat daripada kerajaan.
Menurut beliau, banyak aduan diterima mengenai kegagalan Felda untuk membuat bayaran kepada kontraktor yang menjalankan projek di tanah rancangan.
"Ada kes di mana sebuah syarikat kontraktor telah lama berurusan dan menjalankan projek bagi pihak Felda di seluruh Semenanjung. Yang peliknya, angka hutang Felda kepada syarikat tersebut telah mencecah RM3 juta, dan sudah 8 bulan syarikat itu tidak menerima bayaran. Kalau Felda ada banyak wang, apa sebabnya tidak bayar kepada kontaktor itu?
"Ramai kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, terdapat aduan Felda berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Jika Felda ada banyak wang saya minta pihak Felda dan Najib sila jawab," kata Dr Tan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana semalam.
Beliau menegaskan dakwaan ini bukan hanya cakap kosong dan bersandarkan kepada langkah Perdana Menteri melancarkan program yang dinamakan 'Felda Global Venture' untuk memacu agensi itu menjadi pemain dalam industri perladangan dunia.
"Peruntukan sebanyak RM3 bilion telah digunakan, termasuk wang yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan jaminan kerajaan. Sekiranya kewangan Felda kukuh dan ada banyak simpanan, mengapa mereka menggunaan wang KWSP ini?" soal beliau lagi.
Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat pengakuan di dalam Dewan Rakyat bahawa rizab tunai Felda menjunam daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.
15 August 2010
KWSP & KWAP SELAMATKAN PROJEK EMPANGAN BAKUN??
"Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini?
"Adakah perdana menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?" soalnya.
Baru-baru ini, dilaporkan perbezaan pendapat antara kerajaan persekutuan dan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri.
Perbezaan ini memungkinkan kerajaan pusat terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 bilion apabila projek ini diserahkan kelak.
"Di mata BN, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbilion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun," katanya.
Katanya, sikap tidak peduli perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa membiarkan wang rakyat terus digunakan dalam projek itu sangat bertentangan dengan pendapatnya mengenai subsidi minyak dan gula.
"...sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek empangan Bakun setakat ini," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
ISU FELDA BANKRUP : SUARA KEADILAN MASIH MENUNGGU SAMAN DARI FELDA
"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.
"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.
Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.
Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang.
Turut hadir pada sidang media itu adalah naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, pengerusi biro Felda PKR Suhaimi Said dan bekas timbalan menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong di ibu pejabat parti itu petang ini.
Mengulas lanjut, Surendren mendakwa selain badan berkanun, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak dibenarkan menyaman rakyat.
"Jika perkara itu dibenarkan, maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat," katanya.
Mengulas dari sudut moral, Surendren berkata Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya "dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti politik pembangkang".
"Itu bukan tujuan (penubuhan) Felda. Tujuan Felda adalah untuk membantu orang (peneroka) di luar bandar dengan skim-skim perladangan.
Dalam sidang media yang sama, Suhaimi mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM350 dan RM150 masing-masing kepada peneroka bersama dan tidak bersama agensi itu adalah "satu perkara lama yang telah diamalkan oleh BN".
Beliau mendakwa duit yang diberikan itu adalah asalnya duit yang dikumpulkan oleh peneroka dan ia dikembalikan kepada mereka semula.
Pengerusi Felda dapat RM2 juta setahun?
"Seolah-olah peneroka tidak tahu, bahawa duit itu adalah duit mereka sendiri," katanya.
Pada sidang media yang sama, Sivarasa melontar persoalan kepada pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor (kiri, tengah) sama ada benar atau tidak jumlah gaji dan elaun yang diterimanya adalah sebanyak hampir RM2 juta setahun.
"
Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata rakyat dan peneroka Felda menunggu jawapan yang akan diberikan Yusof susulan soalan yang dilontarkannya.
“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.
“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.
“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.
"BANNER" PROVOKASI
Beberapa AJK Keadilan Cabang Gelang Patah turut dipanggil bagi membantu siasatan polis. Pada hari jumaat (13 Ogos 2010), Setiausaha Keadilan Cabang Gelang Patah diminta hadir ke IPD Johor Bahru Utara bagi membantu siasatan polis berhubung banner tersebut. Hari ini (Ahad) 4 lagi AJK akan dipanggil ke IPD Johor Bahru Utara untuk dirakam kenyataan mereka bagi membantu siasatan.
Setiausaha Keadilan Gelang Patah dalam kenyataannya mendakwa bahawa kerja hina ini dilakukan oleh musuh2 politik PKR atau Pakatan Rakyat yang agak tergugat dengan perlantikkan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi MPN Johor. Banner tersebut dibuat dengan tujuan menimbulkan kemarahan serta rasa benci rakyat kepada PKR. Banner tersebut juga dibuat atas tujuan cuba untuk membangkitkan kemarahan Baginda Tuanku Sultan Johor apatah lagi "kontroversi" penarikan darjah kebesaran Datuk Chua Jui Meng baru-baru ini masih lagi "hangat" diperkatakan. Kesempatan tersebut dipergunakan oleh musuh politik PKR dengan mengeksplotasikan gambar Baginda Tuanku Sultan Johor di dalam banner tersebut seolah-olah Baginda Sultan Johor merestui Datuk Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri ini pada PRU-13 akan datang. Perbuatan tersebut adalah satu perbuatan yang cukup keji dan mereka yang terlibat wajar dikenakan hukuman. Diberitakan bahawa banner ini juga ada dipasang di laluan2 Baginda Tuanku dalam program Kembara Mahkota Johor yang tamat pada awal minggu lalu. Ia menguatkan lagi dakwaan kami bahawa ini adalah kerja2 "musuh politik" yang cuba mengeruhkan hubungan antara PKR Johor dan DYMM Sultan Johor.
Justeru PKR Cabang Gelang Patah memberi nasihat kepada mereka2 yang terlibat dalam kerja2 terkutuk ini agar tidak mengulanginya lagi walaupun kami tahu bahawa jika mereka dalam keadaan yang lemah, mereka akan menggunakan 3 talian hayat iaitu dengan membangkitkan isu2 PERKAUMAN, AGAMA ATAU RAJA2 MELAYU untuk menyambung nyawa mereka dan mereka akan menunjukkan kepada umum bahawa merekalah pejuang sebenar namun disebaliknya mereka inilah sebenarnya PENGKHIANAT DAN PENDERHAKA.
10 August 2010
MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA PRESIDEN
Penulis memohon maaf atas kelewatan mengulas program tersebut. Apapun program tersebut berjaya menepati sasaran awal apabila semua meja dipenuhi dan penyampaian mesej yang jelas oleh para penceramah undangan.
Datuk Chua Jui Meng selaku Pengerusi MPN Johor (Orang Umno tulis Pengerusi PKR Johor) telah memberi mesej jelas dengan kesimpulan bahawa kekayaan negara perlu diberikan atau dinikmati oleh semua rakyat dan bukan mengeyangkan perut sesetenggah pemimpin sedangkan masih ada rakyat yang masih hidup dalam keadaan daif walaupun bumi Malaysia ini pernah diiktiraf sebagai bumi yang dipenuhi dengan khazanah atau kekayaan alam. Ianya perlu ditadbir dengan baik oleh pemimpin yang benar2 ikhlas dan telus. Pada majlis itu juga, Datuk Chua Jui Meng memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah Keadilan Johor apabila beberapa keping 'banner' yang cuba mengelirukan rakyat.
Tertarik dengan ucapan Dr. Zulkefli Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) dimana beliau mengatakan bahawa jika peningkatan undi sebanyak 7% memihak kepada PR pada PRU-13 nanti, Insya-ALLAH kemenangan itu akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Statistik ini amat digeruni oleh Umno/BN.
Keadilan Gelang Patah juga pada malam itu telah melancarkan Tabung untuk keluarga Allahyarham Hazmuzair yang meninggal dunia pada 17hb Julai yang lalu. Semoga sumbangan ikhlas dari kami dapat meringankan bebanan keluarga Allahyarham.
Saya selaku Setiausaha Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir pada malam itu. Ucapan terima kasih juga kepada teman2 dari cabang lain yang turut membantu menjayakan program tersebut. Terima kasih kepada para pimpinan parti yang hadir.
Saya mewakili seluruh kepimpinan Keadilan Cabang Gelang Patah sekali lagi mengucapkan terima kasih dan mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN" kepada seluruh umat islam...
*** Masih menanti gambar2 sekitar majlis ini dari jurugambar profesional kami...
05 August 2010
02 August 2010
RAKYAT MAHU DIPERBODOHKAN LAGI OLEH PENTADBIRAN "HARAM JADAH" UMNO/BN
PAS mempersoalkan keseriusan pengurusan ekonomi kerajaan pimpinan Najib yang menyebabkan FDI Malaysia jatuh sebanyak 430 peratus. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.
Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.
Indonesia hanya mengalami kejatuhan sebanyak 91 peratus dengan nilai FDInya masih lebih tinggi dari Malaysia pada 2009 iaitu USD4, 877 juta berbanding USD9, 318 juta pada 2008. Thailand yang bergolak pada tahun lepas pula alami kejatuhan sebanyak 44 peratus iaitu dari USD8, 570 juta pada 2008 kepada USD5, 957 juta pada 2009.
Alasan bahawa pelabur asing tiada duit disanggah dengan peningkatan pelaburan ke negara jiran Malaysia iaitu Singapura yang memperoleh peningkatan sebanyak 32.87 peratus dengan nilai FDI 2009 berjumlah USD16, 256 juta berbanding USD10, 912 juta pada 2008.
Filipina turut mengalami peningkatan walaupun disibukan dengan isu pengganas dan proses pilihanraya. Negara jiran ini mengatasi Malaysia dengan memperolehi USD1, 948 juta pada 2009 berbanding USD1,544 juta pada 2008 dengan kadar peningkatan sebanyak 20.74 peratus.
Kita tidak lupa bahawa FDI Malaysia pada 1998 lebih rendah berbanding Thailand. Kemudian jatuh lagi pada 2005 iaitu lebih rendah dari Indonesia. 2008 FDI lebih rendah dari Vietnam dan tahun ini terus merosot, lebih rendah dari Filipina. Jangan pula selepas ini FDI Malaysia jatuh lebih rendah dari Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar yang secara puratanya di bawah USD500 juta sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Data-data di atas, sekaligus membuktikan bahawa alasan yang dikemukakan oleh Mahathir adalah tidak releven dan cuba memperbodohkan rakyat.
PAS menyakini bahawa kejatuhan ini berpunca dari beberapa tindakan huru hara yang dicetuskan oleh BN sendiri bermula dengan perampasan kuasa dinegeri Perak yang menyaksikan para pelabur hilang keyakinan terhadap kestabilan politik di negara ini.
Seterusnya Najib juga gagal menjamin tahap keselamatan negara apabila dua enjin pesawat TUDM dicuri, dan kapal selam Scorpene yang dibeli gagal berfungsi dengan baik. Kes rasuah yang turut membabitkan nama Perdana Menteri Malaysia sekarang semasa dalam pembelian kapal ini pula mula disiasat Perancis akhir tahun lepas dan ini mencemarkan imej negara kerana kes ini mulai memasuki mahkamah tahun ini.
Tidak cukup dengan itu, kemasukan secara rahsia mantan Perdana Menteri Thailand dalam buruan, Thaksin Shinawatra yang gagal dikesan Polis Malaysia menimbulkan keraguan kalangan pelabur berkaitan keseriusan kerajaan melindungi negara ini. Malah Malaysia dikatakan menjadi negara transit kepada aktiviti pengedaran dadah, pelacuran, pemerdagangan orang dan pengganas. Imej buruk ini amat menakutkan pelabur asing. Ini tidak termasuk lagi dengan faktor kes jenayah dalam negara.
Tahun 2009 juga menyaksikan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang cuba diheret ke mahkamah dengan isu liwat. Kredibiliti beliau yang dihormati ramai pihak ini menjadi sebab pelaburan asing tertahan.
Selain itu pembabitan beberapa pemimpin BN dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) juga menjadi tumpuan kerana ia melibatkan aset fasiliti perdagangan negara. Ketirisan yang berlaku dalam projek ini amat menakutkan pelabur asing kerana mereka juga boleh jadi mangsa kebuasan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika melabur dinegara ini.
PAS menyarankan agar kerajaan dibersihkan dari pemimpin-pemimpin yang korup dan tamak bagi meningkatkan keyakinan para pelabur dan rakyat terhadap potensi negara ini. PAS juga mahu agensi yang mempromosikan pelaburan ke dalam negara berusaha memikat perhatian pelabur asing dari Australia, New Zealand, India, Afrika, Rusia, Kanada dan negara-negara latin di Amerika Selatan. Dalam masa yang sama pelaburan dari Amerika Syarikat, Jepun, China dan sekitar negara ASEAN dipertingkatkan.
PAS juga yakin bahawa pelaburan dan nilai perdagangan mampu meningkat lebih tinggi walaupun tanpa perjanjian FTA.
PAS juga mengingatkan Mahathir agak tidak mengambil inisiatif yang membuta tuli membela Kerajaan BN dalam isu ini hanya kerana mahu berterima kasih kepada Najib kerana melantik anak beliau Mukriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu kementerian yang bertanggungjawab menarik pelaburan asing ke dalam negara.
Kerajaan BN juga haruslah ikhlas dalam membantu negeri-negeri Pakatan bagi mempromosikan program pelaburan mereka ke negara luar. Sehinga ke hari ini program NCER dan ECER belum lagi menunjukan kesan yang besar kepada negeri-negeri yang terbabit, apatah lagi bila ianya sudah dikuasai Pakatan. Tahap keinginan BN untuk memajukan negeri berkenaan begitu rendah. FDI negara akan terus jatuh merundum jika BN tidak mahu menerima hakikat yang mereka perlu bekerjasama dengan Pakatan dalam memajukan negara ini terutamanya melalui negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.
Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
PEMUDA "BACUL" UMNO SILA DAKWA TUNKU AZIZ JIKA KENYATAAN BELIAU PALSU
Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.
Lambakan wang kertas ini akibat pencetakan wang berganda akan menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan bakal mengheret negara kepada inflasi kata Tunku Abdul Aziz.
Beliau berkata amalan rasuah kini sudah menular ke institusi kewangan negara sehinggakan tahap integriti dan urus tadbir BNM kini turut diragui.
"Sekarang, korupsi telah menguasai perjalanan pentadbiran di kedua-dua sektor; swasta dan kerajaan. Malang sekali buat negara kita, rasuah telah menjadi amalan hidup kita," ujar beliau ketika berucap dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Negara.
Beliau yang juga bekas pengerusi Transparency International Malaysia merujuk skandal berhubung komisyen bernilai RM11.4 juta yang diterima seorang usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia.
Dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah usahawan tersebut, yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno, yang bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat itu dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.
Naib Presiden DAP itu juga mempersoalkan mengapa kontrak percetakan mata wang negara yang membabitkan perbelanjaan awam itu dilakukan melalui pihak ketiga.
Tegasnya, Zeti sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penjelasan berhubung isu itu.
"Saya kira, bagi berlaku adil serta melindungi nama baik dan reputasi beliau dan Bank Negara di mata dunia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu memberi komen terhadap laporan ini. Hanya dengan cara ini, beliau boleh menyelamatkan nama beliau.
"Kita tahu pihak berkuasa Australia telah membawa perkara ini kepada Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah bagi menyiasat dakwaan ini yang mana nilai rasuah dengan penglibatan agen bernilai sehingga A$47 juta.
"Persoalan yang kita ingin penjelasan ialah mengapakah perolehan awam seperti wang plastik RM5 ini kita memerlukan agen yang bertindak bagi pihak kerajaan?," soal Tunku Abdul Aziz yang terkenal dengan penulisan buku mengenai integriti dan perjuangannya menentang rasuah.
Menurut beliau, skandal kontrak mencetak mata wang negara itu menyerupai pembelian peralatan ketenteraan yang menjurus kepada amalan rasuah ratusan juta ringgit seperti mana yang berlaku dalam pembelian kapal selam Scorpene.
"Sekiranya pihak kerajaan serius dan jujur dalam mewujudkan sebuah negara yang bebas rasuah, 'accountable' dan telus maka kita perlulah mengamal serta menerapkan ciri-ciri sedemikian," ujar beliau.
01 August 2010
LAGI GAMBAR PENCEROBOHAN POLIS KE MARKAZ PAS SUNGAI TONGKANG, RENGIT
Ceramah yang diadakan didalam dewan diatas tanah milik penuh PAS telah diceroboh oleh pihak Polis dan FRU dengan alasan "Kami menurut arahan"... Bila ditanya arahan siapa.. mereka "bungkam" dan diam seribu bahasa... Mengapa begitu..????